Saturday, March 29, 2008

DAULAT TUANKU


Friday, March 28, 2008

Penilaian Tahap Profisiensi Guru Sains & Matematik (PTP) 2008

26 April 2008
Writing, Reading & Listening


24, 26, 27 & 28 Mei 2008
Speaking


Tempat Peperiksaan, sila rujuk PPD selepas : 7 April 2008

Saturday, March 22, 2008

PERAYAAN HARI GURU KALI KE-37 TAHUN 2008

Tema :
GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG
Slogan :
" Terima Kasih Cikgu"

Monday, March 17, 2008

Konvo IPPM 2008

Berlangsung pada
8 Mei 2008
Bertempat di
MITC Ayer Keroh Melaka

Sunday, March 16, 2008

Gelombang pilihan raya 30 sen

SEORANG guru wanita Melayu di Selangor menangis pada pagi 8 Mac lalu selepas dia mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-12. Arwah bapanya ialah seorang penyokong setia UMNO, Perikatan dan Barisan Nasional (BN). Ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad berada di kemuncak popularitinya pada tahun 1990-an, bapa guru itu yang pernah menyaksikan betapa sukarnya pimpinan UMNO terdahulu memperjuangkan kemerdekaan bertepuk tangan apabila mendengar kepetahan Dr. Mahathir berucap di kaca televisyen.
Tetapi pada pagi 8 Mac 2008, air matanya bergenang. Guru wanita itu berasa tertekan kerana dalam pilihan raya itu dia mengundi calon DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), iaitu parti yang bukan menjadi pilihan politik dirinya dan arwah bapanya. Dia memberitahu rakan-rakan rapatnya: “Saya sedih, saya menangis dan saya berasa bersalah tetapi saya terpaksa mengundi pembangkang untuk memberikan satu mesej kepada kepimpinan UMNO dan kerajaan.”
Di seluruh negara seminggu lalu, terdapat begitu ramai pengundi seperti guru ini. Di Parlimen Kelana Jaya yang di bawahnya kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, ramai pesara Melayu di kawasan itu yang tidak pernah tidak keluar mengundi dalam pilihan raya sejak tahun 1960-an dan pada setiap kali pilihan raya mereka memangkah lambang dacing – enggan terlibat dalam proses pilihan raya. Seorang pesara berusia 65 tahun di situ memprotes: “Biarlah, biar padan muka.”
Akibatnya, di Parlimen Kelana Jaya, calon PKR, Gwo-Burne Loh, anak muda berusia 33 tahun yang merakamkan video perbualan peguam V.K. Lingam – yang tidak pernah pun ada sekelumit jasa kepada penduduk tempatan di Kelana Jaya – memperoleh 30,298 undi mengalahkan calon BN, Datuk Lee Hwa Beng yang mendapat 25,267 undi. Undi majoriti Gwo-Burne ialah 5,031. Di peringkat DUN Seri Setia pula, seorang pemuda Melayu berusia 26 tahun daripada PKR menjadi wakil rakyat kawasan itu mengalahkan seorang pemimpin wanita UMNO yang terkenal.
Empat tahun lalu, pada pilihan raya umum 2004, pesara yang kecewa dengan kerajaan itu adalah antara pengundi yang telah memenangkan bekas Ahli Parlimen BN di situ yang mendapat undi majoriti 21,671. Bayangkan, dalam tempoh empat tahun, di Parlimen Kelana Jaya sahaja berlaku penghakisan sokongan terhadap BN yang begitu dahsyat. Wujud swing kira-kira 26,500 pengundi yang beralih daripada menyokong BN kepada menyebelahi PKR pada pilihan raya kali ini.
Malang bagi BN, pilihan raya umum 8 Mac lalu diadakan dalam mood negatif ini yang dirasai oleh guru wanita dan pesara itu serta berjuta-juta lagi rakyat yang selama ini merupakan penyokong setia parti-parti kerajaan di seluruh negara. Ia bukan sahaja dirasai oleh pengundi Melayu, tetapi juga para pengundi Cina dan India. Ia tidak sahaja menimpa UMNO, tetapi juga MCA, Gerakan dan MIC.
Mood itu sudah lama tercetus, bukan baru seminggu lalu, tetapi ia tertutup daripada difahami. Kesombongan politik telah melindungi mata sesetengah pemimpin daripada merasai kemarahan rakyat itu.
Dalam pilihan raya umum 21 Mac 2004, BN menang besar kerana wujud persepsi positif terhadap kerajaan dalam kalangan orang seperti guru wanita dan pesara itu. Orang seperti merekalah yang membolehkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membawa kemenangan hebat menguasai 198 daripada 219 kerusi Parlimen pada pilihan raya tahun itu, dengan undi popular untuk BN sebanyak 64 peratus.
Namun, 40 hari selepas menang besar pada pilihan raya umum 2004, kerajaan mula menaikkan harga petrol dan gas, mula-mula sebanyak dua sen tetapi dalam tempoh tidak sampai dua tahun harga petrol telah dinaikkan lima kali. Kali terakhir ia dinaikkan pada 28 Februari 2006, sehingga 30 sen seliter, yang menjadikan dalam tempoh dua tahun harga petrol dinaikkan sebanyak 57 sen.
Kerajaan mungkin mempunyai alasan tersendiri mengapa ia tidak mampu terus menampung subsidi petrol. Pada Februari 2006, kerajaan memberi alasan penjimatan RM4.4 bilion setahun daripada subsidi petrol ekoran kenaikan 30 sen seliter boleh digunakan untuk projek membaiki sistem pengangkutan awam. Malangnya, guru wanita dan pesara itu tidak nampak pun projek itu di kawasan mereka dan mereka bukanlah orang yang mendapat manfaat langsung daripadanya.
Fenomena
Maka meletuslah perasaan marah dan geram. Penjimatan RM4.4 bilion setahun itu menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan menjadi tidak terkawal. Tarif elektrik dan air naik, harga susu melambung, harga sayur, ikan dan barang keperluan dapur melonjak mendadak. Upah gunting rambut pun bertambah mahal.
Kerajaan, dan Abdullah secara peribadi, memang berusaha keras untuk membendung kenaikan kos sara hidup itu, tetapi isu tersebut menjadi pencetus satu fenomena. Walaupun media prokerajaan cuba mengimbanginya, tetapi sedikit demi sedikit kerajaan mula ditafsirkan sebagai tiada kasihan belas kepada rakyat. Apabila ada pemimpin UMNO berkata ‘biarlah kerajaan susah sedikit asalkan rakyat jangan susah’, idea itu tidak mendapat sokongan dalam UMNO dan kerajaan. Kemenangan besar tahun 2004 telah menimbulkan sesuatu, pada pihak kerajaan dan BN, ia dipanggil keyakinan, tetapi pada mata sebahagian kecil rakyat, ia dianggap suatu keangkuhan.
Senario itu mewujudkan mood yang dahsyat pada 8 Mac lalu, dua tahun selepas kali terakhir harga petrol dinaikkan. Selama ini sebahagian pengundi tidak kisah dengan kesilapan yang pemimpin negara lakukan. Gosip politik mengenai pemimpin muda yang kelihatan terlalu berpengaruh seperti Khairy Jamaluddin mereka tidak hiraukan sangat dalam situasi biasa. Siapa ahli perniagaan mendapat projek kerajaan yang boleh menjadikan seseorang kaya-raya juga mereka pandang dengan sebelah mata.
Tetapi dalam keadaan poket mereka diserang, pendapatan benar merosot, kualiti hidup mereka terjejas dan perasaan bahawa dari segi kewangan hidup mereka sekarang adalah lebih susah daripada empat tahun lalu, maka bermulalah satu sentimen yang kemudian merebak. Sentimen bertukar menjadi mood masyarakat. Bergulinglah snowball effect. Gosip politik mula dipercayai, skandal dibincangkan secara terperinci dan putar belit pembangkang kini dianggap benar.
Sebahagian mereka, terutama pengundi atas pagar yang tidak terikat dengan mana-
mana parti politik, dalam diam-diam mula bertekad mahu menghukum kerajaan. Dari Kuala Lumpur dan Lembah Klang, di mana kos sara hidup yang tinggi memanaskan lagi kegelisahan, ia kemudian merebak ke kawasan lain di pantai barat dalam kalangan penduduk bandar. Masalah hubungan kaum akibat timbulnya isu Hindraf menjadi faktor yang merumitkan lagi keadaan. Dari Kuala Lumpur membawa ke Kedah, dari Kuala Lumpur melarat ke selatan, pengundi yang selama ini diam membuak-buak ingin bersuara.
Mereka mahu menggunakan peti undi untuk menunjukkan rasa tidak puas hati. Masing-masing ingin memprotes, termasuk para pengundi konservatif Melayu. Dalam proses untuk meluahkan apa yang mereka meluat itu, mereka tidak sedar akibatnya. Lidi kalau sebatang boleh dipatahkan, jika segenggam boleh membunuh. Undi protes jika satu sahaja tidak membawa apa-apa bekas, tetapi menyatakannya dalam jumlah yang ramai sehingga berjuta-juta orang, ia menggoncang kekuatan BN yang selama ini tidak pernah termimpi dapat disaingi pembangkang.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menceritakan kepada pemberita bagaimana mood protes dari Kuala Lumpur dibawa oleh pengundi muda Melayu, Cina dan India ke kawasan Parlimen Padang Rengas di Perak. Mereka, kata Nazri, balik ke kampung mempengaruhi ibu bapa masing-masing supaya mengundi pembangkang. Nazri hanya dapat mempertahankan kerusi Padang Rengas dengan undi majoriti 1,749 sahaja, sedangkan empat tahun sebelum itu beliau menang dengan undi majoriti yang lebih selesa sebanyak 5,563. “Saya hanya selamat kerana hubungan peribadi saya dengan pengundi di situ,” katanya.
Hakikat bahawa BN hanya memperoleh 140 kerusi Dewan Rakyat, dan tewas di 82 kerusi Parlimen – berbanding kemenangan 198 kerusi pada 2004 – dan kalah di berpuluh-puluh lagi kerusi DUN sehingga hilang penguasaan ke atas negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor selain gagal menawan Kelantan mencerminkan betapa besarnya gelombang mood rakyat. Para penganalisis mengumpamakannya dengan tsunami – satu gelombang besar yang memukul dan memusnah tanpa disedari.
Di Parlimen Kuala Langat yang pada tahun 2004 BN menang dengan undi majoriti 21,495, calon BN di kawasan itu, Datuk Sulaiman Mohd. Karli tidak menyangka beliau boleh tewas kepada calon PKR, Abdullah Sani Hamid dengan undi majoriti 989. Semasa kempen pilihan raya, Sulaiman tidak merasai langsung tanda-tanda BN akan kalah di situ. Pada malam keputusan diumumkan, seorang pembantunya yang panik mengirim SMS kepada seorang editor akhbar: “Saudara, apa sudah berlaku ini?”
Di sesetengah kawasan pilihan raya, mood rakyat diburukkan lagi dengan masalah politik kaum. Kuala Langat mempunyai kira-kira 18.49 peratus pengundi India daripada 66,515 pengundi di situ, iaitu seramai 12,298 orang. Dengan Abdullah mengumumkan pilihan raya ketika masalah Hindraf dan ketidakpuasan hati masyarakat India belum dirungkaikan, Sulaiman menjadi salah seorang yang tumbang.
Undi India jugalah yang menumbangkan BN di banyak kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Pulau Pinang. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kalah di Lembah Pantai kerana pengundi India.
Politik perkauman yang telah menipis kini tebal semula dalam pilihan raya umum yang baru lalu. DAP berjaya dengan kempennya di Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Parti itu memberitahu pengundi Cina bahawa satu undi kepada MCA dan Gerakan bermakna satu undi yang akan mengukuhkan dominasi UMNO. Banyak orang Cina, khususnya di Pulau Pinang, termakan dengan hasutan itu.
Perkauman
Sentimen perkauman pengundi Melayu juga berputik. Di Parlimen Hulu Selangor, misalnya, Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel yang mewakili BN tersungkur di kawasan itu. Pengundi Melayu di situ memberi kemenangan kepada BN di ketiga-tiga kerusi DUN di Hulu Selangor iaitu kepada calon MCA di DUN Kuala Kubu Baharu dan dua calon UMNO di DUN Batang Kali dan Hulu Bernam. Tetapi di peringkat Parlimen, sebahagian besar pengundi memangkah calon PKR, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad, dan membenamkan masa depan politik Palanivel, cuma dengan undi majoriti 198.
Palanivel tentulah amat kecewa kerana pengundi yang sama di Hulu Selangor pada tahun 2004 telah membantunya mengalahkan tokoh Pas, Datuk Ismail Kamus dengan undi majoriti 14,483. Kali ini orang Melayu di situ, pengundi yang sama, menolaknya walaupun beliau ialah seorang wakil rakyat yang berdedikasi. Perbalahan politik yang berlaku dalam masyarakat India memberi implikasi kepada persepsi pengundi Melayu. Persepsi inilah yang melanda bukan sahaja Palanivel tetapi juga Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu yang kalah di Parlimen Sungai Siput.
Serangan terhadap kerajaan melalui laman-
laman blog dan Internet sudah wujud sejak pilihan raya 1999, tetapi strategi itu gagal membantu kemaraan pembangkang dengan berkesan, malah tidak efektif langsung dalam pilihan raya 2004. Blog dan laman web hanya menjadi satu medium komunikasi yang berpengaruh pada 2008 apabila mood rakyat terhadap kerajaan bertukar ekoran kenaikan harga minyak selepas pilihan raya 2004.
Di Kedah pula, perbalahan antara Abdullah dan Mahathir mungkin bukan satu-satunya faktor kenapa Kedah jatuh kepada Pas, dan hujah itu tidak popular di kalangan sesetengah orang UMNO, tetapi ia menambahburukkan lagi sentimen pengundi.
Di Kedah, analisis awal menyebut sebahagian besar pengundi saluran 3 dan 4 di peti-
peti undi di negeri itu, iaitu mereka yang lahir pada tahun 1960-an dan 1970-an, menyokong pembangkang. Pendapatan benar yang merosot di kalangan pengundi berusia 30-an dan 40-an yang sedang membina keluarga digambarkan dengan jelas dalam pola pengundian. Ia membuktikan petunjuk-petunjuk ekonomi seperti nilai perdagangan luar berjumlah trilion ringgit dan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar sehingga hampir tujuh peratus belum dapat diterjemahkan kepada kemakmuran hidup rakyat biasa.
Faktor calon di kebanyakan kawasan dalam pilihan raya kali ini bukan isu besar kerana jika pembangkang letakkan ‘batu, kayu atau sesiapa sahaja’ pun ia akan menang berdasarkan kecenderungan rakyat kali ini. Contoh klasik ialah calon bebas yang menang di DUN Bukit Selambau, Kedah. Pengundi Melayu dan Cina sudah sampai ke peringkat mereka tidak berasa bersalah mengundi siapa sahaja asalkan BN kalah. Perasaan ini berleluasa.
Jentera pembangkang tidak sekukuh seperti yang disangkakan. Sungguhpun pembangkang kelihatan mempunyai lebih banyak wang untuk berkempen kali ini, undi protes dalam pilihan raya umum bukan timbul kerana faktor jentera pembangkang atau kerana hujah-hujah pemimpin seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim.
BN hilang kuasa di Terengganu pada 1999 kononnya kerana faktor sentimen rakyat terhadap Anwar ketika itu. Kenapakah kali ini BN tidak jatuh lagi sekali di Terengganu ketika Anwar berada di luar penjara? Rakyat Terengganu tahu betapa susahnya hidup di bawah kerajaan pembangkang. Mereka tidak mahu lagi, mereka serik.
Sebaik sahaja selesai pilihan raya 8 Mac lalu, ramai pengundi yang memprotes menghela nafas panjang dan mengurut dada. Mereka kini menyesal. Baru mereka sedar betapa hebatnya kuasa undi protes mereka. Mereka kini tahu bahawa satu undi kepada Pas dan PKR akan membolehkan ahli-ahli politik DAP menguasai kerajaan negeri dan negara.
Mereka kini ada contoh jelas bagaimana kuasa UMNO dan Melayu jatuh. Muncul di depan mata mereka pengalaman orang Melayu hampir-hampir hilang kuasa, pemimpin Melayu terpaksa menjadi boneka dan bagaimana ayat al-Quran digunakan dalam kempen oleh sesetengah pihak tetapi bila memperoleh kuasa ia dilupakan untuk membantu menaikkan politik cauvinis Cina di Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur dan Selangor.
Banyak pengajaran daripada pilihan raya Sabtu lalu – kepada rakyat mahupun pemimpin. Kepada ahli-ahli politik yang kalah dan pemimpin yang hampir kalah, pengajarannya ialah jawatan politik adalah satu tragedi yang tidak boleh dielakkan. Selepas kemenangan, akan datang kekalahan. Yang bernasib baik mungkin mati semasa memegang jawatan. Yang tidak beruntung akan dihantui kekalahan itu sepanjang hidup mereka.
Bagaimanapun, politik dalam konteks orang Melayu di Malaysia melampaui kepentingan perseorangan. Kekalahan banyak kerusi bakal membawa pembaharuan, kerana politik bukan sekadar kisah peribadi. Politik bagi orang Melayu lebih besar daripada isu jawatan dan individu, kerana ia soal ketahanan kuasa bangsa. Dalam politik, orang Melayu kini berdoa, barang dijauhkan Allah kuasa bangsa Melayu ditimpa tragedi, barang dijauhkan Allah bangsa Melayu hilang negeri lagi.

Saturday, March 15, 2008

Calon2 Pelajar AF6


Naik Pangkat Matlamat Semua

SETIAP individu tentunya mempunyai matlamat masing-masing dalam pekerjaan, tidak kiralah sebesar atau seserius mana matlamat yang dipasang.

Matlamat yang rata-ratanya dimiliki mereka yang bekerja pastinya jawatan tinggi yang menjanjikan gaji yang lumayan. Namun, ramai yang 'kurang selidik' bagaimana caranya untuk mengecap impian berkenaan.

Andainya kenaikan pangkat adalah matlamat anda untuk pada tahun ini ataupun tahun depan, pertama sekali, anda perlu memeriksa diri, adakah anda sudah melakukan apa yang sepatutnya dilakukan demi mencapainya? Alangkah baiknya jika bakat dan usaha yang gigih memberi laluan mudah untuk seseorang memperoleh kenaikan gaji, jawatan serta tanggungjawab yang lebih penting.

Tapi, realitinya adalah, lebih banyak daripada bakat dan usaha gigih diperlukan untuk bergerak ke peringkat yang lebih tinggi. Paling utama, anda mestilah arif mengenai tugas yang anda sandang sekarang ini. Anda juga harus mempersiapkan diri dengan ilmu secukupnya mengenai bidang tugasan jawatan yang cuba anda raih itu. Buktikan bahawa anda boleh bekerja di peringkat yang lebih tinggi dan menjalankan tugas yang lebih penting daripada yang anda tangani sekarang. Dengan cara itu, pihak yang berkenaan dalam syarikat anda bekerja menyedari apa yang anda usahakan itu.

Namun, anda harus berhati-hati. Tugas besar yang cuba anda pikul itu juga mempunyai risikonya, Kegagalan melaksanakannya dengan baik bukan saja menghancurkan usaha anda untuk naik pangkat malah anda mungkin terpaksa mencari pekerjaan baru. Oleh itu, anda harus memberikan yang terbaik dalam tugasan berkenaan dan tidak salah jika meminta bantuan rakan untuk menyiapkannya. Pastikan diri anda dikenali dalam organisasi tempat anda bekerja. Luaskan jaringan perhubungan anda dalam organisasi dan kenal pasti juga siapakah yang bertanggungjawab memilih calon untuk jawatan yang anda inginkan itu, dengan siapakah mereka bekerja atau mendapatkan pandangan?

Selepas itu, mulakan hubungan anda dengan individu ini, mungkin dengan menawarkan diri untuk membantu mereka dalam sesuatu tugasan agar mereka dapat melihat kebolehan anda. Selain itu, berusaha untuk menjalinkan hubungan yang baik secara profesional dengan ketua anda. Ramai pekerja yang tidak begitu bernasib baik dan terpaksa bekerja lebih untuk memenangi hati ketua tapi mereka tidak sepatutnya berputus asa sebaliknya terus mencari jalan terbaik untuk menjayakannya kerana jika ketua anda tidak sukakan anda, peluang untuk anda naik pangkat amatlah tipis. Memberikan kerjasama yang baik kepada ketua anda juga adalah suatu langkah yang baik kerana individu inilah yang akan menentukan sama ada anda akan dinaikkan pangkat ataupun tidak. Oleh itu, anda harus belajar untuk membuatkan ketua anda kagum dengan kebolehan yang anda miliki.

Walaupun kedengaran agak remeh, penampilan atau lebih tepat lagi, cara berpakaian turut memainkan peranan dalam usaha mendapatkan kenaikan pangkat lebih-lebih lagi dalam organisasi yang mempunyai kod etika berpakaian. Cuba-cubalah mengenakan pakaian yang dapat menampakkan ‘ketokohan’ anda untuk memegang jawatan penting dalam syarikat. Bukankah sayang jika orang meragui kehebatan anda semata-mata kerana penampilan anda tidak meyakinkan? Anda juga mesti peka terhadap peluang yang ada di sekeliling anda. Rebut peluang berkenaan dan laksanakan ia bersungguh-sungguh. Kadangkala, peluang seseorang datang dari sesuatu perkara atau tugasan yang orang lain tidak mahu atau tiada orang yang dapat melakukannya. Mungkin dengan peluang ini, anda akan muncul sebagai orang harapan pula secara tiba-tiba.

Kesabaran juga satu elemen yang penting jika anda mengimpikan jawatan tinggi. Ia bukannya seminggu, sebulan atau setahun tetapi bertahun-tahun untuk seseorang itu dilihat layak untuk memegang jawatan tinggi. Jadi, bagi yang masih baru dalam alam pekerjaan, bertukar-tukar kerja dalam masa yang singkat bukanlah tindakan yang baik jika anda bercita-cita tinggi dalam pekerjaan.

Sekiranya anda serius melaksanakan langkah-langkah yang disenaraikan ini, tidak mustahil, anda berupaya menduduki jawatan atau posisi yang anda idam-idamkan dalam organisasi atau setidak-tidaknya menghampiri matlamat anda itu. Tapi, pastikan anda melaksanakannya secara ‘semula jadi’ dan jangan lupa, bersiap-sedia dengan pelan B yang lebih teliti sekiranya strategi anda itu tidak membuahkan kejayaan.

Friday, March 14, 2008

Wawancara PM Bersama BERNAMA

BTV: Selepas berakhirnya pilihan raya umum, kita semua tahu bagaimana keadaan pasaran saham atau bursa. Ia tidak menentu dan pasaran memerlukan sedikit keyakinan. Apakah pesanan Datuk Seri kepada pelabur.

PM: Saya perlu memastikan mereka mempunyai keyakinan terhadap kerajaan. Itu sangat penting. Perkara pertama yang saya perlu lakukan ialah membentuk Kabinet. Saya mahu memastikan orang ramai yakin terhadap Kabinet. Sudah tentu akan ada muka-muka baru. Dan pada masa yang sama saya mahu memastikan mengenai dasar-dasar yang telah kami laksanakan sebelum ini. Dasar-dasar yang baik, adakah kami akan teruskannya atau tidak atau adakah kami menukarnya untuk dasar-dasar lain.Dasar-dasar yang menambat keyakinan pelabur dan komuniti perniagaan akan dikekalkan terutamanya dasar-dasar yang berfungsi dengan baik. Ia akan terus menjadi mesra pelabur.Dan sebarang insentif yang kami rasa akan merangsangkan lagi keyakinan, pastinya kami akan pertimbangkan, tetapi buat masa ini kami belum memikirkannya lagi.Bagaimana kami menangani inflasi dan kenaikan harga minyak sekarang. Apa yang kami lakukan. Ini adalah isu-isu yang sangat besar. Saya yakin kami berupaya menangani perkara ini.Menangani inflasi sangat penting.Pada masa yang sama, saya mahu melihat ekonomi kita terus dikekalkan. Kita perlu mengekalkan kemampanan ekonomi kita pada tahap tertentu. Kita akan berusaha mecapainya, saya tidak pasti bagaimana ia boleh dicapai tetapi kita mahukan pertumbuhan ekonomi mampan pada tahap tertentu dengan mengambil kira apa juga keadaan yang kita ada, ekonomi perlu terus mampan.Menguruskan ekonomi perlu cekap dan hubungan antara kerajaan Malaysia dan sektor swasta perlu diteruskan. Program transformasi yang melibatkan kerajaan dan pentadbiran dan sektor swasta terutamanya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu diteruskan, ini benar-benar amat penting kepada saya.Dan kami perlu memastikan kita menikmati keselamatan dan keamanan sepanjang masa, itu merupakan prasyarat paling penting. Bagaimana kami menguruskan kerajaan, itu akan diperhati dengan berhati-hati. Apa yang kami janjikan, kami akan laksanakan. Program yang kami telah komited, kami akan laksanakan.Projek-projek baru yang kami telah berjanji untuk dilancarkan di bawah rancangan pembangunan koridor, itu pastinya kami akan laksanakan. Jika ia melibatkan kerajaan negeri, kami akan berbincang dengan mereka. Ini yang perlu kami lakukan dan saya pasti sektor swasta berminat dan yakin dengan apa yang kami lakukan.Kami setiap masa sedar, kemampanan ekonomi perlu dikekalkan.


BTV: Sudah semestinya ini merupakan antara yang dibimbangkan, berkaitan dengan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang. Dari sudut pandangan komuniti pelabur antarabangsa, adakah akan terdapat perubahan dalam dasar.

PM: Kami tidak perlu menukar dasar. Dasar-dasar yang dilancarkan telah dipertimbangkan dengan begitu teliti. Dan sudah tentunya kami perlu berurusan dengan negeri-negeri yang kini berada di bawah pembangkang atau dikuasau parti lain. Kami perlu membincangkannya.Kami telah berbincang dengan PAS sebelum ini. PAS menjadi parti pembangkang yang menguasai Kelantan. Dan seterusnya kami perlu berbincang dengan empat lagi negeri yang kini berada di bawah parti lain. Tidak menjadi masalah kepada saya untuk berbincang dengan mereka.Apa juga projek yang kami putuskan untuk dilaksanakan, projek yang telah diberi peruntukan dan yang kami telah komited, sudah tentu ia akan menjadi keutamaan kami untuk dilaksanakan. Tetapi jika atas alasan tertentu mereka tidak mahu projek-projek baru, bagaimana saya boleh memaksa mereka dengan projek-projek baru. Namun begitu, kami mengawal projek-projek persekutuan.


BTV: Jadi maksudnya projek-projek dilulus persekutuan akan diteruskan, projek-projek yang telah diberi peruntukan dan kerajaan telah komited akan diteruskan.

PM: Ya.


BTV: Menyentuh mengenai pelaburan asing berkaitan dengan ekuiti swasta, persoalan yang lazim akan ditanya oleh orang ialah, bagaimana pandangan kerajaan persekutuan sekiranya pelabur-pelabur ini melabur di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang.

PM: Saya tidak akan membantah. Mengapa perlu saya bantah pelaburan dari luar negara untuk melabur di negeri-negeri ini sekiranya terdapat peluang. Ya tentu saja, teruskan, saya tidak akan menghalang mereka daripada berbuat demikian sekiranya ia baik untuk rakyat.


BTV: Nyata sekali, apabila kita menyentuh mengenai projek-projek, terutamanya di negeri Datuk Seri sendiri iaitu Pulau Pinang seperti jambatan kedua dan monorel, adakah ia masih akan diteruskan.

PM: Ia telahpun diluluskan dan kami telah membincangkan pinjaman dengan kerajaan China dan pinjaman yang sangat wajar dan dengan kadar faedah yang sangat munasabah. Saya tak nampak mengapa kita tidak perlu memulakan projek jambatan kedua. Jambatan kedua perlu untuk Pulau Pinang. Ia bukan hanya bagi negeri Pulau Pinang, tetapi bagi keseluruhan wilyah utara. Pulau Pinang merupakan hab logistik bagi koridor utara.Kita perlukan jambatan kedua. Ia baik untuk rakyat dan juga untuk ekonomi.


BTV: Bagi penggal pertama pemerintahan, keutamaan datuk seri ialah pertanian yang diterima dengan baik oleh rakyat. Penyusunan semula GLC dan sudah tentunya penubuhan pelbagai koridor ekonomi. Tetapi dengan penggal kedua sekarang, apakah yang menjadi teras utama datuk seri dalam rancangan ekonomi.

PM: Macam inilah. Kami telah membangunkan banyak program sepanjang empat tahun lepas dan kami mula melaksana untuk melancarkannya. Pembangunan koridor merupakan yang terakhir akan dilancarkan. Kami telahpun melancarakannya dan oleh itu saya tidak boleh membiarkannya dan memikirkan dasar-dasar baru lain.Dasar-dasar telah dibentuk, program telah diputuskan, wang telah diperuntukkan. Jadi untuk 2008, banyak pelaksanaan telah dilaksanakan.


BTV: Ini adalah untuk susulan.

PM: Ini adalah untuk susulan. Kami yakin projek-projek tersebut yang kami lancarkan adalah projek-projek yang baik, baik untuk ekonomi kita, baik untuk negara, baik untuk rakyat. Ia akan mewujudkan peluang pekerjaan, banyak pelabur masuk, ia akan mewujudkan kekayaan baru, peluang baru kepada kita.Tiada sebab mengapa saya harus hentikan hanya kerana sekarang kami mempunyai beberapa (negeri yang) tidak menjadi milik BN. Saya akan terus berbuat demikian. Kami perlu melaksanakannya. Terdapat tempat-tempat lain juga (di mana pembangunan perlu dilaksanakan).Kawasan koridor pertanian kini dikuasai oleh parti lain. Sabah masih berada di bawah Barisan, Sarawak masih di bawah Barisan, sebagai contoh.


BTV: Jadi, pertanian merupakan teras utama.

PM: Bagi keutamaan yang telah ditentukan sebelum ini, kami telah mencapai kejayaan. Sektor pertanian mencatatkan prestasi baik bukan sahaja sektor perladangan tetapi juga sektor tahap ketiga. Jadi mengapa saya harus berhenti setengah jalan.


BTV: Jadi, akan ada lebih banyak teras, lebih banyak peningkatan.

PM: Kami perlu mempunyai (peningkatan). Saya bersetuju dengan anda. Kami harus menggunakan perkataan peningkatan dan pada masa yang sama, kami mempunyai projek baru untuk dilaksanakan. Saya akan laksanakan. Terdapat banyak perkara yang kami telah lancarkan. Kami terus melancar tetapi bukan melaksana.


BTV: Akan ada banyak pengumuman. Saya gembira datuk seri berkata demikian kerana ini merupakan antara perkara yang ramai orang memperkatakannya.

PM: Terdapat banyak pada 2004. Pada 2004, semasa kami datang, kami datang dengan asas manifesto yang rakyat sangat gembira dengannya. Tetapi manifesto 2004 mempunyai begitu banyak perkara yang tidak boleh dilaksanakan antara 2004 dan 2008.Banyak perkara yang kami kata mahu lakukan, saya berhasrat untuk melaksanakannya sehingga tahun 2020 kerana kami mempunyai tempoh tiga rancangan pembangunan lima tahun. Kami perlu menggabungkannya. Ia permulaan fasa kedua pembangunan bagi wawasan 2020. Dan ia perlu dilakukan selangkah demi selangkah. Ia melibatkan beberapa program jangka panjang, beberapa masalah dan sebahagian boleh dilaksana dan diselesaikan dalam tempoh empat tahun lepas yang telah dilakukan. Begitu banyak bahagian yang kami boleh usahakan. Saya gembira untuk menyatakan bahawa rakyat masih mahukan kami.Kita masih diberikan mandat yang baik.Sebenarnya majoriti itu kuat. Ia bukannya menjadikan kita susah untuk bekerja. Tentunya tidak. Saya tidak percaya dengan majoriti yang kurang daripada sepertiga, kita menjadi tidak berupaya atau lumpuh atau kita menjadi tidak bermaya dan tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Kita boleh.Kita boleh menjadi kerajaan yang kuat, dan saya berhasrat menubuhkan kerajaan yang kuat.


BTV: Mungkin ada halangan psikologi berhubung majoriti dua pertiga.

PM: Rakyat sudah terbiasa dengan itu (majoriti dua pertiga), tiba-tiba kita capai kurang daripada itu.


BTV: Tetapi, Datuk Seri masih mentadbir kerajaan, itu yang penting.

PM: Saya akan mentadbir kerajaan. Saya yang bertanggungjawab.


BTV: Kita bercakap tentang sentimen pasaran. Ia sentiasa mencerminkan keyakinan dan sebagainya. Melihat kepada ekonomi dunia, seperti yang kita sedia maklum AS telah menjadi rakan dagang kita dan negara itu kini mengalami kelembapan. Kata orang ia menuju ke arah kemelesetan. Jadi, itu akan menjejaskan kita tetapi pada masa yang sama, saya percaya kita ada lebihan dagangan yang kukuh. Adakah Datuk Seri merasakan ekonomi kita cukup kukuh, adakah ia berdaya tahan.

PM: Pada dasarnya, ekonomi kita kukuh. Kita telah mempelbagaikan pasaran kita, kalau boleh saya gunakan ungkapan itu. Kita telah mempelbagaikannya.Kita tidak bergantung semata-mata kepada pasaran AS sahaja.Hari ini, dari segi jumlah dagangan, dari segi peratusan, kita lebih banyak berurusan dengan Asean. Dagangan kita dengan negara-negara Asean telah meningkat kepada 26 peratus. Dagangan dengan AS kurang daripada 18 peratus, 16 peratus lebih. Dan kita lebih banyak berdagang dengan negara-negara Asia Timur, dengan Jepun, China.China juga adalah rakan dagang terbesar bagi kita. Kita sedang membina hubungan perdagangan baru dengan India yang kita anggap sebagai rakan kongsi strategik yang sangat penting, malah sekarang lebih banyak perdagangan dengan Timur Tengah. Jadi, kita berpuas hati. Kita berada pada kedudukan yang baik di rantau ini, yang diharapkan dapat memperlihatkan prestasi baik. Kita perlu ingat itu. Jadi, kita akan teruskan apa jua yang kita lakukan. Kita dapat mandat, tetapi kita mesti pilih apa yang terbaik untuk dimajukan, projek apa, sektor apa yang harus kita bangunkan, yang boleh memberikan kita kelebihan daya saingan, sesuatu yang berbeza daripada orang lain. Misalnya, kalau kita bercakap tentang pelancongan, banyak negara yang mahu menggalakkan pelancongan, betul tak, Tetapi apa yang istimewa tentang Malaysia, apa yang unik dan berkesan tentang Malaysia ialah kita mahu melakukannya. Ini adalah sesuatu yang kita mahu lakukan. Kita perlu memastikan kedudukan kita tetapi kita mesti lakukannya dengan cekap, barulah kita dapat pulangan terbaik daripada apa yang kita lakukan.Kita perlu menambah baik banyak bidang. Contohnya, saya rasa (bidang) yang boleh (ditambah baik) ialah perkhidmatan kewangan Islam, ini adalah sesuatu yang merupakan bidang kepakaran kita. Kita boleh mengembangkannya, ia boleh berkembang, ia sedang berkembang hari ini.Kemudian, bidang bioteknologi. Pembangunan biotek sebagai sebuah industri. Kita berada pada kedudukan yang baik untuk melakukannya. Kita boleh lakukannya. Ini industri baru.Oleh itu, kita mesti gunakan sumber-sumber kita dan dapatkan orang yang sesuai.Dan yang pentingnya, kita perlu memberi penekanan kepada pembangunan modal insan. Bagi saya, aset paling penting yang kerajaan perlu ada ialah produk yang satu ini, yang dipanggil modal insan. Kita perlu ada pengurus yang cekap, juruteknik yang cekap. Kita mesti ada orang yang pakar dalam banyak bidang, orang yang melabur dalam pengetahuan, teknik pengurusan.Jadi, inilah orang yang membuat Malaysia bergerak. Inilah orang yang akan mempunyai kekuatan minda dan ketinggian ilmu untuk menghadapi cabaran, menghadapi masalah, kemelesetan, apa saja. (Jika) mereka cukup kuat, kita akan selamat. Jika modal insan tidak kuat, walau kelengkapan terbaik, kemudahan terbaik (sekalipun) tidak akan membantu kita.(Yang dapat membantu kita) ialah lelaki dan wanita Malaysia yang terpelajar, yang bersedia untuk bersaing dan menang, dan cekap dalam apa yang mereka lakukan.Inilah satu perkara, satu keutamaan yang akan saya berikan perhatian.


BTV: Jadi, boleh saya andaikan ini adalah satu daripada cabaran-cabaran utama yang akan dihadapi Datuk Seri dan Kabinet baru Datuk Seri. Cabaran ekonomi, dan jangan lupa, ada juga tekanan inflasi yang mula muncul dan menjadi isu.

PM: Ya. Inflasi. Memang menjadi satu isu. Rakyat perlu lebih berhati-hati terhadap lebih banyak perkara yang akan datang, disebabkan oleh kenaikan harga minyak.Sebelum 2004, harga minyak AS$50 setong tetapi telah melonjak ke paras lebih sekali ganda. Ini bukan mudah. Situasi ini tidak mudah dihadapi, tetapi apa yang boleh kita lakukan.Apa yang kita lakukan ialah memastikan rakyat mempunyai lebih banyak wang dalam saku mereka.Bukan hanya berikan mereka wang, tetapi mewujudkan peluang bagi mereka meraih pendapatan tambahan. Kita berikan mereka permit, lesen untuk membuka warung atau melaksanakan projek-projek kecil, perniagaan kecil-kecilan supaya mereka boleh mendapat sedikit wang bagi keluarga mereka.Kita perlu wujudkan peluang bagi ini dan kita juga ada pembiayaan mikro.Mudah bagi mereka mendapatkan wang daripada Bank untuk memastikan perniagaan kecil boleh berkembang dan menjana pendapatan. Pada masa yang sama, kita juga memastikan harga yang dibayar bagi perkhidmatan lain atau keperluan mereka, berada pada paras serendah mungkin.Kita sedia maklum kita ada senarai barangan keperluan yang kita kawal pada paras harga tertentu.Itu akan diteruskan. Kita akan terus mengadakan senarai ini dan memastikan jika harga meningkat, ia meningkat kerana tidak dapat dielakkan, sekurang-kurangnya ia meningkat pada kadar berpatutan.Rumah-rumah dikenakan sewa termampu, harga termampu. Kita prihatin. Ini adalah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya. Pada masa yang sama kita perlu memastikan ekonomi kita berkembang kukuh. Kita mesti galakkan pelaburan.Pelaburan-pelaburan ini akan mewujudkan peluang pekerjaan. Ini amat penting.Tetapi kita perlu melatih orang kita agar dapat mengambil kesempatan daripada peluang-peluang pekerjaan yang diwujudkan. Jika mereka tiada kemahiran, apa boleh mereka buat.


BTV: Jadi, semuanya adalah soal pengagihan sumber modal insan.

PM: Sumber-sumber mesti ada. Jika pelabur datang, kita ada sumber modal insan yang baik, pekerja yang baik, ada disiplin, ada kemahiran, serta sikap yang betul dan cekap, mereka akan datang.


BTV: Maksudnya, Datuk Seri tentunya mahu bercakap tentang menamakan atau melantik barisan Kabinet baru, dari sudut pandangan pelabur, semua orang berminat (untuk mengetahuinya).

PM: Semua orang berminat.


BTV: Sebab mereka akan membantu Datuk Seri memerintah Malaysia bagi lima tahun akan datang. Jadi, beberapa portfolio tertentu, khususnya, jika boleh saya kata demikian, akan diteliti, iaitu portfolio kewangan dan perdagangan. Boleh Datuk Seri beri komen mengenainya.

PM: Mereka akan memerhati dengan teliti siapa yang akan ditempatkan di situ. Sama ada mereka berpuas hati atau tidak, sama ada kita yakin atau tidak. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Tentunya semua orang ada kaedah penilaian dsb. Ada juga muka baru.


BTV: Maksud saya, sejauh manakah Datuk Seri akan mengambil kira suara rakyat.

PM: Tentu sekali saya mesti mengambil kira suara rakyat. mana boleh kerajaan tidak mengambil kira suara rakyat, apa yang mereka mahu. Saya melalui empat tahun lepas. Saya tahu, ada banyak berkata yang mereka fikir saya tidak buat, yang mereka ingin buat. Mereka tanya Pak Lah kenapa Pak Lah tak mahu dengar cakap mereka. Inilah antara sebab mereka memberi reaksi sedemikian.


BTV: Sekarang ini, pilihan raya, kesudahannya, kejutan, apa jua, sudah agak reda. Jadi, perkara apakah yang Datuk Seri mahu rakyat tumpukan perhatian memandangkan pilihan raya sudah berlalu.

PM: Tumpukan perhatian kepada kerja mereka selepas pilihan raya dan pastikan kita mencapai produktiviti, keupayaan kita untuk bersaing labih baik hari ini daripada semalam. Keazaman untuk berjaya mesti ada. Bersamalah kita.Kita akan lakukan apa yang terbaik untuk Malaysia.


BTV: Dan Datuk Seri rasa dalam tempoh lima tahun akan datang, dengan semua cabaran yang Datuk Seri hadapi, Datuk Seri agak yakin, saya pasti Datuk Seri yakin, untuk terus mengorak langkah ke hadapan.

PM: Saya suka cabaran. Ia membuat saya bertenaga.

Tuesday, March 11, 2008

MAJLIS PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2007 NEGERI JOHOR

Majlis tersebut akan diadakan seperti maklumat di bawah:

Tarikh : 12 Mac 2008
Masa : 10.00 pagi
Tempat : SMK Tinggi, Batu Pahat

"TAHNIAH KEPADA MEREKA YANG BERJAYA"

Aduhai Rakyat Malaysia

Ketua Menteri Pulau Pinang adalah bekas banduan.

Mungkinkah Perdana Menteri Malaysia juga akan menuruti jejak itu .

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Monday, March 10, 2008

Suara rakyat adalah suara keramat

POLITIK negara mencatat sejarah besar selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 diperoleh pagi semalam. Ramai rakyat, walaupun mereka yang inginkan perubahan - terpaku dan bagai tidak percaya apabila keputusan tidak rasmi mula diketahui pada awal malam. Suara terkejut, gembira, sedih dan wajah tidak percaya bersilih berganti, setiap kali keputusan baru diperoleh, kemudian sehingga berlarutan ke waktu subuh.

Ternyata suara rakyat adalah suara keramat. Pilihan raya kali ini menyaksikan rakyat membuatkan keputusan untuk memilih orang yang mereka percaya boleh menjadi wakil dalam menyuarakan pendapat, keperluan serta rintihan mereka di gelanggang politik, bukannya memilih pemimpin yang gemar disanjung dan ‘dikejar’, sebelum bantuan diberi. Barisan Nasional (BN) masih disayangi dan dipercayai untuk meneruskan rekod kemajuan pembangunan yang memang cemerlang sejak 50 tahun lalu. Bagaimanapun, rakyat berasa sudah tiba masanya setiap projek dan program pembangunan yang dirancang, polisi yang digariskan diberi perhatian yang lebih telus bagi mencipta ‘check and balance’. Kuasa besar yang diberi kepada BN sejak negara merdeka 50 tahun lalu, hari ini memulakan anjakan paradigma paling bersejarah untuk membolehkan negara ini berkembang dengan lebih adil dan saksama bagi tempoh 50 tahun akan datang.

Rakyat membuat keputusan untuk memberi kuasa yang lebih sedikit kepada parti pembangkang bagi menjadi kumpulan pemantau lebih serius, dengan harapan arus globalisasi yang semakin menyesakkan kantung ekonomi rakyat terbanyak dapat dilonggarkan dan agihan kekayaan lebih adil dapat dilaksanakan - bukan saja kepada golongan perniagaan dan yang miskin, bahkan turut membabitkan rakyat kelas pertengahan yang kini menjadi majoriti rakyat Malaysia.

Ironinya, parti pembangkang utama iaitu Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini tidak lagi menjadi pembangkang di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor selepas berjaya membentuk kerajaan negeri. Selama 18 tahun lalu, Kelantan adalah satu-satunya negeri yang dikuasai Pas dan Terengganu turut berada di bawah pentadbiran parti itu selama sepenggal selepas Pilihan Raya Umum 1999. Pada pilihan raya kali ini, Pas bukan saja terus mendapat mandat rakyat Kelantan, bahkan BN turut kehilangan beberapa negeri.

Dengan kemenangan di 38 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Pas akan terus menguasai Kelantan bagi tempoh lima tahun akan datang, tetapi sama ada jawatan Menteri Besar terus dipegang Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat atau diserah kepada anak didiknya, Datuk Husam Musa yang juga Naib Presiden Pas. Gandingan Pas, PKR dan DAP di Kedah turut mengubah landskap politik negeri jelapang padi itu kerana kemenangan 21 kerusi DUN memberikan mereka peluang membentuk kerajaan campuran.

Di Kedah, persaingan sengit menyaksikan Datuk Mukhriz Mahathir, Datuk Paduka Abu Bakar Taib, Datuk Mohd Johari Baharum dan Datuk Chor Chee Heung, menyelamatkan maruah BN di negeri itu. Semalam, Pesuruhjaya Pas Kedah, Azizan Abdul Razak mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang baru. Pemilihan beliau berdasarkan kedudukan Pas yang memenangi paling banyak kerusi berbanding dua lagi parti pembangkang iaitu DAP dan PKR. Perang yang diisytihar DAP ke atas Pulau Pinang menggegarkan pemimpin Gerakan.

Pemangku Presidennya, Tan Sri Koh Tsu Koon, dilihat sebagai ‘pengecut’ apabila membuat keputusan untuk tidak bertanding pada peringkat DUN, sebaliknya memilih kerusi Parlimen Batu Kawan. Tindakan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang selama 18 tahun itu, bukan saja membawa padah kepada dirinya apabila tewas teruk di tangan calon DAP, Dr P Ramasamy, bahkan Pulau Mutiara turut tergadai ke tangan DAP. Gandingan DAP dan PKR memberikan pembangkang 29 kerusi DUN, berbanding BN yang hanya menang 11 kerusi. Rakyat meluahkan rasa marah dan tidak percayakan lagi kepada kepemimpinan Gerakan, dengan memberi kemenangan besar kepada pembangkang yang menyapu bersih semua kerusi DUN dan Parlimen yang diwakili calon Gerakan.

Tsunami perubahan di Pulau Pinang tidak berhenti setakat calon Gerakan, bahkan ia turut membabitkan calon BN dari parti MCA dan Umno. Turut menjadi mangsa kepada gelombang perubahan mendadak ini ialah bekas Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah dan lima bekas Exco kerajaan negeri. Dengan kemenangan itu, DAP dan PKR membentuk kerajaan campuran dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang menang di DUN Air Putih, menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru. DAP juga mengetuai kemenangan pakatan pembangkang di Perak dengan memperoleh 18 DUN, PKR (7) dan Pas (6), menjadikan 31 kerusi milik mereka, berbanding BN yang memperoleh 28 kerusi. Kelebihan empat kerusi bagi pakatan pembangkang, mungkin membolehkan mereka membentuk kerajaan campuran, tetapi bakal menghadapi masa yang sukar setiap kali DUN bersidang bagi tempoh lima tahun akan datang.

Bagi mempamerkan keikhlasan pakatan alternatif ini kepada rakyat, DAP dikatakan bersetuju untuk menyerahkan jawatan Menteri Besar Perak kepada wakil rakyat Pas, Mohamad Nizar Jamaluddin, yang menang di DUN Pasir Panjang. Selangor turut menjadi mangsa laungan perubahan, apabila 36 kerusi DUN dimenangi PKR, DAP dan Pas, manakala BN pula hanya memperoleh 20 kerusi. Ketiadaan pakatan yang kukuh di kalangan parti pembangkang, menyaksikan keputusan untuk membentuk kerajaan campuran ditangguh sehingga PKR, DAP dan Pas, dapat mencari kata sepakat. Negeri yang dianggap paling maju itu juga menghadapi perubahan besar dari segi pencapaian kerusi Parlimen, apabila PKR menguasai sembilan daripada 22 kerusi berkenaan, dengan Pas dan DAP masing-masing berkongsi empat kerusi. BN hanya mendapat lima kerusi.

Setiausaha Agung PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dijangka dipilih pakatan pembangkang sebagai Menteri Besar. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menerima gelombang tsunami paling buruk apabila Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique, adalah calon tunggal BN yang menang di ibu negara, manakala 10 kerusi Parlimen lain dikuasai DAP (5), PKR (4) dan Pas (1). Antara yang tersungkur ialah tokoh wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Laungan perubahan rakyat memang mencatat kejutan luar biasa.

Ketika ini, rakyat yang marah, kecewa dan tidak puas hati dengan pemerintahan BN mungkin terubat kekecewaan yang dirasakan. Cuma diharap jangan sampai menang sorak, kampung tergadai. Suara rakyat adalah suara keramat, maka wakil rakyat yang baru menang dalam Pilihan Raya Umum ke-12 ini mesti bermuhasabah diri bahawa mereka adalah wakil rakyat, bukannya ‘tuan’ rakyat.

BN paling banyak berjasa kepada rakyat

KEPUTUSAN Pilihan Raya Umum Ke-12, menyaksikan Barisan Nasional (BN) gagal membentuk kerajaan negeri di Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Perak, manakala Kelantan, tetap setia dengan pembangkang. BN, sama ada penyokong atau pemimpinnya, tentu tidak menjangka mengalami kekalahan di negeri terbabit kepada pembangkang. Malah, pembangkang sendiri juga terkejut dengan perubahan mendadak itu hinggakan sesetengahnya bagaikan tidak percaya. BN seperti diketahui sudah menunaikan tanggungjawabnya dengan baik dan membawa pembangunan yang sepatutnya bagi faedah semua kaum tanpa mengira di bandar atau luar bandar.

Namun, apabila negeri terbabit sudah membangun, rakyat berasakan mereka memerlukan pembangkang untuk merasai nikmat diperintah pembangkang pula? Apakah politik pembangunan sudah tidak relevan lagi kepada BN? Sukar untuk dijawab. Tanpa pembangunan, Malaysia akan terus ketinggalan. Pembangunan yang bagaimana rakyat inginkan? Apakah pembangunan yang tidak seimbang di dunia dan akhirat? Apakah rakyat inginkan pembangunan akhirat semata-mata? Soalan lain ialah apakah rakyat sudah muak dengan konsep perkongsian kuasa ala BN?

Apakah rakyat lebih suka cara demonstrasi jalanan? Apakah rakyat sudah menolak hak istimewa orang Melayu sebagai perjuangan politik mereka? Apakah rakyat lebih suka parti yang menabur janji untuk menurunkan harga minyak sedangkan ia mustahil? Apakah rakyat yakin pembangkang boleh menurunkan harga minyak? Jika diperhatikan, negeri yang jatuh ke tangan pembangkang itu sudah maju berbanding negeri lain. Jika BN tidak buat kerja, tentulah negeri tidak maju. Jadi apa kecacatan BN dan apa pula kelebihan pembangkang? Saya tidak tahu apakah isyarat yang cuba disampaikan rakyat di negeri terbabit? Apa-apa pun, dalam negara demokrasi ini, saya ingin ucap syabas kepada pembangkang atas kejayaan mereka 'menggoda' rakyat negeri terbabit.

Umno, MCA dan MIC dalam BN, saya masih menganggap BN adalah parti yang paling berjasa untuk Malaysia. Sabarlah dengan dugaan Pilihan Raya Umum ke-12 ini. Kepada pucuk kepemimpinan parti, teruskan perjuangan.

BN PerluKan Rawatan Segera

Pilihan Raya Umum Ke-12 yang dilaksanakan baru-baru ini telah menjadi tanda dan titik tolak kepada kepentingan bagi setiap parti yang terlibat.

Barisan Nasional (BN) yang merupakan “juara bertahan” yang selama ini berjaya mengekalkan majoriti kerusi 2/3 telah tempang dalam pilihan raya pada kali ini apabila pembangkang berjaya memperoleh 82 kerusi Parlimen manakala BN hanya mampu menakluki 140 kerusi sahaja.

Secara kasarnya dari segi angka jumlah kerusi yang dimiliki oleh pembangkang menunjukkan jumlah yang kecil daripada BN, namun ia sebenarnya merupakan kejayaan terbesar kepada pembangkang yang berjaya mencatatkan peningkatan drastik dari tahun 2004. Manakala dari perspektif BN, kejayaan pembangkang ini merupakan rekod terburuk BN semenjak tahun 1957.
‘Kekalahan BN’ ini mula menggamit para penganalisis bagi mencari ‘akar penyebab’ yang mempengaruhi rekod catatan rekod terburuk BN pada kali ini. Pelbagai alasan mula meniti di bibir-bibir rakyat yang cuba memperjelaskan fenomena perubahan terhadap dominasi BN selama ini.

Alasan-alasan seperti isu kenaikan harga barang, minyak, perpecahan dalam parti, kelemahan pentadbiran dan dasar kerajaan, nepotisme, masalah penamaan calon, lobi-melobi, gila kuasa, menjatuhkan antara satu sama lain, kelemahan pucuk pimpinan BN dan sebagainya adalah alasan yang merujuk kepada satu faktor asas iaitu kelemahan BN.

Malah terdapat masyarakat yang melihat kekalahan BN adalah disebabkan oleh kemunculan parti pembangkang yang kuat, berkarismatik, penawaran manifesto yang baik dan sebagainya.
Persoalannya adakah kejayaan pembangkang benar-benar dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti mana yang diuar-uarkan? Sekiranya kita menganalisis, kejayaan pembangkang pada pilihan raya kali ini, ia adalah hasil daripada kelemahan yang wujud dalam BN itu sendiri.
Pilihan raya pada kali ini telah membuka ruang yang memberikan ‘tuah’ kepada pembangkang untuk mengambil kesempatan dan menewaskan ‘dominasi’ BN dalam politik Malaysia selama ini.

BN sepatutnya tidak boleh menuding jari kepada pembangkang dengan kekalahan ini, sebaliknya BN perlu mengenal pasti apakah faktor utama yang menyebabkan kekalahan besar BN?

Dengan perkataan lain, BN perlu mengambil pendekatan yang lebih berkesan dengan mengenal pasti faktor yang mempunyai keutamaan terhadap kekalahan dalam pilihan raya kali ini. Ini menunjukkan BN memerlukan rawatan segera bagi memastikan BN kembali kukuh seperti yang pernah dikecapi sebelumnya.

Kekalahan BN pada kali ini turut dikaitkan dengan faktor 30 peratus pengundi muda yang telah menjejaskan undi BN dalam pilihan raya kali ini. Namun faktor ini hanyalah faktor yang melindungi faktor yang utama iaitu kelemahan BN itu sendiri. BN perlu bertanyakan mengapa golongan muda ini memilih pembangkang dan mengapa tidak BN?

Inilah analisis yang sepatutnya diutarakan dan bukannya dilihat sebagai faktor kekalahan BN.
Perlu kita sedar, senario cara dan penilaian berpolitik di Malaysia pada hari ini adalah berlainan berbanding pada masa dahulu. Usia Malaysia kini berumur 50 tahun dan ia membawa maksud telah wujud satu generasi yang berumur 50 tahun selepas tahun 1957.

Generasi ini adalah golongan yang menyaksikan perkembangan politik Malaysia yang berlandaskan keberkesanan kerajaan dan kemajuan ekonomi. Pemikiran politik sebilangan besar generasi baru ini adalah berbeza dengan generasi lama yang berpolitik berlandaskan kepentingan parti dan negara.

Di sini persoalan mengenai mengapa pemilih muda beralih kepada pembangkang adalah disebabkan oleh kelemahan BN itu sendiri yang gagal memahami perubahan pemikiran pengundi bagi generasi-generasi baru.

Perlu kita sedar, kejayaan pembangkang yang berjaya mencatatkan peningkatan undi dalam pilihan raya pada kali ini adalah hasil daripada pengundi yang pernah memilih BN dalam pilihan raya 2004. Ini bermaksud golongan ini pernah memberikan kepercayaan dan keyakinan kepada BN yang dipimpin oleh Perdana Menteri.

Jadi mengapa pada pilihan raya kali ini sokongan tersebut memihak kepada pembangkang? Pastinya kelemahan BN telah mempengaruhi undi golongan muda ini.
Perlu kita fahami salah satu faktor yang mempengaruhi undi rakyat adalah kewibawaan dan karismatik pemimpin sesuatu parti itu. Kelemahan kepimpinan dalam menangani masalah dalaman parti dan kelemahan dalam pelaksanaan dasar kerajaan telah menjadi kayu ukur bagi rakyat terhadap BN secara keseluruhan.

Isu-isu nasional seperti harga barang, kenaikan minyak, tol, rasuah, kes klip video berkaitan, skandal seks elit politik, rusuhan, nepotisme dalam politik negara, masalah masyarakat India, keselamatan sosial dan sebagainya adalah isu yang mempengaruhi tanggapan terhadap kemampuan kerajaan BN pada ketika ini.

Sememangnya ia adalah isu yang amat perit diterima, namun inilah isu yang diguna pakai oleh pembangkang yang berjaya memancing kepercayaan dan keyakinan rakyat. Di sini dapat kita lihat relevannya mengapa pembangkang melahirkan manifesto negara kebajikan, kerajaan yang bersih, menghapuskan tol, harga barang, keadilan dalam perundangan, menurunkan harga barang, menentang isu nepotisme, menawarkan pembangunan dan pembelaan bagi bukan Melayu dan kemakmuran negara.

BN perlu sedar, pertandingan mereka dalam setiap pilihan raya adalah satu gelanggang yang tidak hanya membawa imej dan nilai kewibawaan seseorang calon semata-mata. Sebaliknya ia juga akan turut membawa apa-apa sahaja pelaksanaan dan perkembangan yang dijalankan oleh BN semasa memerintah.

Ini menunjukkan para pengundi akan mengambil kira kelemahan dan kebaikan yang pernah dibuat oleh BN selama ini.

Di dalam gelanggang pilihan raya, parti yang bertanding tidak dapat melindungi apa-apa kelemahan yang telah berlaku kerana kelemahan setiap parti adalah senjata bagi parti-parti lain untuk mengalahkan musuh.

Justeru, semakin banyak kelemahan yang dilakukan, semakin banyak ruang dan senjata dapat digunakan oleh parti lain dalam mengalahkan BN dalam gelanggang pilihan raya.
‘Kekalahan BN’ pastinya akan menjadi lebih teruk sekiranya penyakit yang dialami oleh parti pada ketika ini tidak diselesaikan. Sekiranya BN hanya memberi penumpuan penyelesaian terhadap faktor-faktor sampingan dan tidak melakukan perubahan terhadap faktor yang sebenar iaitu kepimpinan dan masalah parti, ia sebenarnya akan gagal menggamit keyakinan dan kepercayaan rakyat Malaysia.

Situasi ini sekali lagi akan mempengaruhi prestasi BN pada pilihan raya akan datang. Rombakan dalaman parti boleh dilaksanakan berdasarkan merit yang berjaya dicapai oleh calon-calon dalam pilihan raya baru-baru ini.

Kekalahan elit politik dan muka lama BN yang satu masa dahulu merupakan tunjang atau ikon bagi setiap parti adalah satu titik tolak yang memberi isyarat kepada BN untuk memperkenalkan muka baru dalam barisan parti pada kuantiti yang lebih besar.
Pengenalan muka baru ini perlulah merujuk kepada sejauh mana sokongan rakyat, kebolehan dan sumbangan golongan ini kepada rakyat di sesuatu kawasan.

Kejayaan pembangkang mengemukakan barisan muka baru termasuk Nurul Izzah Anwar yang berjaya mengalahkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang merupakan gergasi wanita BN perlu dinilai oleh BN khususnya kemampuan golongan ini menggamit hati dan kepercayaan pengundi terhadap calon muda.

Dalam aliran politik Malaysia pada hari ini dominasi golongan oligarki (orang lama) dalam kuantiti yang besar adalah tidak seiring dengan peningkatan kadar pengundi muda dalam politik negara.

Saturday, March 8, 2008

KEPUTUSAN PRU 12

Semakan Keputusan PRU KE-12

http://pru12.spr.gov.my/spr/laporan/5_KedudukanAkhir.php

Friday, March 7, 2008

Siapakah Pilihan Daku?

P144 LEDANG
Jumlah Pengundi: 58,501
Peratusan Kaum: M: 52.92% C: 42.41% I: 4.60%
1. Hamim Samuri (BN)
2. Lau Tek Hai (PKR)
Penyandang: Hamim Samuri (BN) (Majoriti: 21,671 undi)


N11 SEROM
Jumlah Pengundi: 20,579
Peratusan Kaum: M: 65.46% C: 33.65% I: 0.82%1
1. Datuk Abdul Ghani Othman (BN)
2. Rusman Kemin (Pas)
Penyandang: Datuk Abdul Ghani Othman (BN) (Majoriti: 8,081 undi)

SELAMAT BERSARA . . .


Monday, March 3, 2008

Sekadar Fakta

DUN yg paling sejuk, DUN Batu Berendam
DUN yg paling tak de rasa, DUN Air Tawar,
DUN yg paling panas, DUN Pedas
DUN yg paling miskin, DUN Sekupang
DUN yg paling muda, DUN Sri Muda
DUN yg paling lemah, DUN Batang Berjuntai
DUN yg paling basah, DUN Sg Besar
DUN yg kuat makan satay, DUN Kajang
DUN yg banyak hantu, DUN Pucong
DUN yg ada istana, DUN Kota Raja.
DUN yg banyak ikan, DUN Tg Sepat
DUN yg paling keras, DUN Batu Tiga
DUN paling pendalaman, DUN Hulu Klang
DUN banyak air, DUN Ampangan
DUN banyak pengganas, DUN Kuala Kubu
DUN paling takde kemajuan, DUN Gurun
DUN paling bahaya, DUN Baling
DUN banyak semut, DUN Kota Sarang Semut.
DUN paling pelik, DUN Sg Ada Burung.
DUN ada binatang, DUN Kijang
DUN paling wangi, DUN Pokok Sena
DUN paling tak cantik, DUN Batu Buruk
DUN paling garang, DUN Senggarang
DUN paling banyak berahsia, DUN Tell Anybody kehkehkeh..