Sunday, May 10, 2009

1MALAYSIA

http://www.1malaysia.com.my/index.php

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Thursday, February 12, 2009

Sentuhan Gay Durjana

AYER HITAM: Awas lelaki kacak berharta dan kedudukan tinggi kerana anda mungkin diperhatikan lelaki gila seks songsang yang menggunakan ilmu pukau untuk menjalinkan hubungan cinta sejenis dan mengikis harta anda.

Lelaki berusia 30-an itu dikatakan memiliki kebolehan luar biasa dengan hanya menyentuh bahu mangsa ketika berselisih di tempat awam untuk menjadikan mereka tempat melampiaskan nafsu songsangnya.

Sihirnya dapat mematikan nafsu mangsa terhadap wanita, termasuk isteri supaya dapat dijadikan kekasih sejenis.

Selepas beberapa bulan menjalin hubungan intim, kesempatan itu digunakannya untuk mengikis harta mangsa, termasuk tanah bagi membuktikan keutuhan percintaan mereka selain wang perbelanjaan setiap bulan.

Terbaru, seorang lelaki yang hanya ingin dikenali sebagai Murad, 40-an menjadi mangsa lelaki bernafsu syaitan terbabit.

Menurutnya, sebaik bersentuhan bahu di sebuah pasar raya dalam kejadian setahun lalu, dia terpukau dan mula terpikat kepada lelaki itu biarpun menyedari kaum sejenis.

“Ketika itu, perasaan ingin mengenalinya amat tinggi. Sebaik disapa, saya terus menjadi selesa dengannya biarpun baru mengenalinya.

“Setahu saya sebelum ini saya seorang yang agak pendiam dan jarang bertegur sapa dengan sesiapa, terutama individu tidak dikenali,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Selepas beberapa bulan mengenali lelaki terbabit, Murad dipelawa ke rumahnya untuk berbual kosong.

Dia hanya menuruti permintaan itu tanpa berfikir panjang dan akhirnya terjerumus ke lembah kehinaan.

Malah, kata mangsa, dia langsung tidak mempedulikan perbuatannya menyalahi ajaran agama.

“Sejak hari itu, saya mula diperlakukan seperti kekasihnya dan terpaksa melayani nafsu buasnya.

“Peliknya, nafsu saya terhadap isteri dan perasaan sayang kepada keluarga, termasuk ketiga-tiga anak saya sudah hilang. Apa yang ada dalam fikiran saya hanyalah lelaki itu,” katanya yang mendedahkan perkara itu bagi mengelakkan kejadian sama menimpa orang lain.

Murad berkata, akibat terlalu mencintai lelaki itu, dia sanggup memberikan beberapa hektar tanah sebagai hadiah selain wang saku RM2,000 sebulan.

Lebih dikesalinya, dia pernah menghalau isteri dan anak keluar rumah semata-mata untuk melayan nafsu lelaki berkenaan.

“Mana tidaknya, setiap kali melihat dia, gelora nafsu saya tidak mampu bertahan dan keinginan melakukan hubungan songsang dengannya makin menjadi-jadi.

“Namun, dengan bantuan ahli keluarga akhirnya saya pergi mendapatkan rawatan tradisional dan bersyukur kerana sudah sembuh daripada ‘penyakit’ itu,” katanya.

Kini dia sedang berusaha menyelamatkan rumah tangganya daripada kehancuran dan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila terserempak dengan orang yang tidak dikenali.

Pengamal perubatan tradisional, Fadzil Othman, 46, berkata mangsa sebenarnya disihir lelaki terbabit.

“Dia turut diberi makan benda kotor yang dijampi bagi mematikan nafsunya terhadap isteri. Ini bukan kejadian pertama, saya sudah mengubati lebih 10 pesakit seumpama itu dan bersyukur kerana berjaya membantu mereka,” katanya.

Menurut Fadzil, perbuatan sihir itu mampu dihindari jika orang ramai tidak meninggalkan Rukun Islam selain mempunyai pendinding ketika meninggalkan rumah.

“Antara amalan yang boleh dijadikan sebagai pendinding adalah berwuduk selain mengamalkan ayat Kursi,” katanya.

Sementara itu, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria ketika dihubungi berkata, perbuatan segelintir individu mengamalkan sihir bagi mendapatkan habuan haram di sisi agama.

“Tidak kiralah apapun tujuan penggunaannya ia tetap sesat. Mana tidaknya, sihir itu sendiri digunakan untuk tujuan salah semata-mata memerangkap mangsa bagi mendapatkan keuntungan sendiri.

“Orang ramai perlu meningkatkan keimanan selain tidak meninggalkan rukun Islam bagi mengelakkan diri daripada terkena sihir itu,” katanya.


Harian Metro 12 Feb 2009


Oleh Mohamad Hussin dan Mohd Firdaus Ibrahim
mohamad@hmetro.com.my

Wednesday, January 14, 2009

Jadual Pembayaran Gaji Tahun 2009

Jadual Pembayaran Gaji Tahun 2009
JANUARI 19.1.2009 ISNIN Tahun Baru Cina 26 & 27.1.2009
FEBRUARI 25.2.2009 RABU
MAC 25.3.2009 RABU
APRIL 23.4.2009 KHAMIS
MEI 25.5.2009 ISNIN
JUN 25.6.2009 KHAMIS
JULAI 23.7.2009 KHAMIS
OGOS 25.8.2009 SELASA SEPTEMBER 10.9.2009
KHAMIS Hari Raya 20 & 21.9.2009
OKTOBER 8.10.2009 KHAMIS Deepavali 17.10.2009
NOVEMBER 25.11.2009 RABU
DISEMBER 17.12.2009 KHAMIS Hari Krismas 25.12.2009

Monday, November 17, 2008

Perkahwinan Bukan Bermodalkan Cinta Sahaja

Sekarang dah musim cuti sekolah, musim hujan dan musim orang artis berkahwin . Kesempitan akibat ekomoni bukanlah alasan, majlis perkahwinan tetap meriah.

Ramai yang memasuki gerbang perkahwinan hanya dengan bermodalkan cinta semata-mata. Sedangkan perkahwinan yang bermula dengan cinta membara bukan jaminan untuk ia terus bertahan.
Dan, surat nikah pula bukan jaminan kebahagiaan kerana ia ibarat lesen kereta yang belum tentu menjamin keselamatan jalan raya jika kita tidak mematuhi peraturan lalu lintas. Dalam perkahwinan kita membawa beraneka kelakuan dan kebiasaan. Kelakuan itu sama ada baik mahupun buruk, kelebihan atau kelemahan serta kedewasaan atau kanak-kanak.
Perkahwinan adalah tindakan orang dewasa walaupun ketika memasuki gerbang perkahwinan, kita belum cukup dewasa. Sepatutnya, apabila diijab kabul, kita yakin kepada diri sendiri bahawa kita dalam dunia orang dewasa. Dalam perkahwinan, kita mungkin terbawa sikap keanak-anakan atau perangai ganjil dan mementingkan diri sendiri. Malah, perkahwinan bukan jaminan kita akan meninggalkan semua sifat itu. Namun, apabila kita mampu mengimbangi kelakuan yang sukar itu, perkahwinan menjadi perpaduan yang menyenangkan.
Terdapat juga seseorang yang begitu lama mempunyai sikap keanak-anakan tiba-tiba berubah menjadi orang dewasa apabila memasuki alam perkahwinan. Kadangkala perkahwinan itu melukai kita tetapi perkahwinan juga menyembuhkan kita. Banyak pasangan suami isteri yang bahagia mempunyai cerita betapa sulitnya mereka ketika dalam masa penyesuaian. Malah, mereka hampir terhempas dan karam. Tetapi, mereka mampu menghadapi semua cabaran itu dan akhirnya perkahwinan menjadikan mereka dewasa.
Dalam perkahwinan kita beruntung kerana mempunyai seorang kawan tempat kita mengadu, membahagikan masa dan menghadapi hari-hari yang tidak dapat dipastikan sama ada seronok atau sebaliknya. Walaupun kadangkala perangai suami menyakitkan hati, tetapi dia masih boleh menjadi suami yang baik malah kadangkala dalam kesepian, dapat juga kita melabuhkan kepala ke bahu atau dada suami.
Memang selalu kita dengar keluhan yang menakutkan mengenai perkahwinan. Misalnya, seorang wanita bercerita, “selama 20 tahun saya menjadi isterinya, hidup saya benar-benar terseksa. Barulah sekarang kami bahagia”. Mendengar keluhan begini, tentu ada yang beranggapan bahawa begitu lama untuk mencari penyesuaian, jika begitu lebih baik tidak berkahwin. Sebenarnya, kejadian yang begitu dramatis tidaklah selalu terjadi untuk mencapai penyesuaian dalam perkahwinan.
Sebagai bukti, ketika hidup bersama keluarga, ayah, ibu, kakak, abang dan adik atau dalam pergaulan sehari-hari, teman sebilik juga memerlukan keseimbangan. Malah, kejadian sehari-hari seperti itu adalah latihan untuk hidup bersama pasangan anda dalam perkahwinan.

Tanda-tanda Akhir Zaman

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Perlukah contohi AS?

SETELAH mendengar dan membaca dolak-dalih Datuk Tan Lian Hoe yang menyalahkan wartawan (Utusan Malaysia terutamanya) dan orang lain kerana memutar-belitkan kenyataannya sebelum ini, saya terus terpanggil untuk terus menulis. Apatah lagi isu pemilikan ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus (Dasar Ekonomi Baru) masih belum reda setelah berkali-kali ia disarankan oleh MCA, DAP dan Gerakan agar ia dihapuskan.
Terbaru, timbul pula cerita lama yang secara sengaja dibangkitkan semula oleh ketiga-tiga parti politik Cina ini. Mereka mahukan negara kita meniru atau mencontohi trend yang berlaku di Amerika Syarikat (AS) yang memilih Barack Hussein Obama, seorang pemimpin berkulit hitam menjadi Presiden negara tersebut, memecah tembok perkauman antara kulit putih dan kulit hitam selama lebih 200 tahun.
MCA, DAP dan Gerakan mahukan negara kita turut memecah tembok perkauman ini dengan melantik bukan Melayu sebagai ketua negara atau ketua syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) atau kerajaan negeri seperti.
Apa yang saya lihat, kerajaan telah banyak membuka ruang dan peluang sebegini, cuma saya belum melihat respons syarikat-syarikat yang diterajui oleh bukan Melayu membuka ruang dan peluang kepada orang Melayu. Kalau adapun hanyalah sebagai syarat untuk mengaburi mata orang Melayu sahaja atau melariskan perniagaan mereka dalam sektor makanan dan perkhidmatan.
Lebih menyedihkan lagi ada yang tidak diberikan kesempatan masa untuk bersembahyang dan solat Jumaat.
Permainan politik ini membuatkan saya teringat kepada kata-kata bekas Presiden MCA, Tun Tan Cheng Lock yang meluahkan pandangannya terhadap seorang pemimpin Melayu seperti yang dinukilkan oleh teman seangkatannya, Thio Chan Bee. Chan Bee dalam artikel bertajuk The Foundation of Racial Harmony, merakamkan perbualan Cheng Lock dengan seorang pemimpin Melayu ketika MCA hendak ditubuhkan.
"Orang Cina sudah mempunyai kuasa ekonomi manakala orang Melayu mempunyai kuasa politik. Jika orang Cina menolong orang Melayu membantu meningkatkan status ekonominya, sudah pasti orang Melayu akan berkongsi kuasa politik dengan orang Cina.
Jika orang Cina mahu memberikan kerjasama dengan orang Melayu, orang Melayu pasti mengalu-alukan kerjasama itu. Sebaliknya, jika orang Cina bertekad untuk menentang orang Melayu, sudah tentu secara spontan orang Melayu akan membalas tindakan tersebut".
Mendengar sahaja kata-kata itu, Cheng Lock berasa gembira dan mengumumkan penubuhan MCA dengan matlamat utama untuk menggalakkan dan mengekalkan hubungan harmoni antara kaum di Malaya. Asas hubungan kerjasama telah disepakati (Bulletin MCA, The Guardian. Vol 2. June 2006: 5). Dengan tertubuhnya MCA juga, semakin ramai orang Cina tidak dihantar balik ke negeri asal mereka di China.
Inilah bentuk pakatan politik yang dikatakan telah berjaya menyatukan kaum Melayu-Cina ketika itu. Orang Melayu berpegang kepada prinsip more power more say, manakala orang Cina dengan budaya more money more say. Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama, amat optimis dengan formula ini dan pernah meluahkan kata-kata yang sama, let Malay handle the power, the Chinese take care of the business (Comber, 2007). Tunku juga merasakan formula ini akan membawa kejayaan kepada Tanah Melayu dan ia perlu dikekalkan.
Kenyataan ini turut diperakui oleh Comber (2007: xxii) yang memetik kata-kata Tunku Abdul Rahman pada tahun 1969 yang menyebut bahawa "Orang- orang Melayu telah memperolehi kuasa politik untuk diri mereka sendiri. Orang- orang Cina dan India telah memenangi kuasa ekonomi."
Namun, keadaan berlaku sebaliknya. 'Formula' Tunku ini semakin meretakkan hubungan baik antara Cina-Melayu kerana orang Cina tidak mahu mematuhi perkara yang telah dipersetujui itu. Orang-orang Cina lebih terpengaruh dengan kempen Malaysia untuk orang Malaysia atau Malaysian Malaysia yang dipelopori oleh PAP sebelum itu yakni konsep sama rasa dan sama rata. Setelah ekonomi dikuasai, PAP juga mahukan jawatan tertinggi negara turut dibuka kepada mereka, termasuk jawatan Perdana Menteri.
Kebaikan
'Formula' Tunku ini ditentang oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu. Dr. Mahathir mengkritik secara terbuka terhadap Tunku Abdul Rahman dengan melabelkan Tunku sebagai Chinese lover. Penguasaan kuasa ekonomi dan kuasa politik mengikut garis kaum ini tidak akan mendatangkan kebaikan kepada kedua-dua belah pihak, malah akan merumitkan lagi keadaan pada masa akan datang.
Hari ini, apa yang nyata, formula ini tidak boleh diterima pakai. Keadaan sudah jauh berubah dan jauh berbeza. Menurut Lee Boon Kok (temubual, 8 Januari 2007), kata-kata biarlah orang Melayu memegang kuasa politik dan orang Cina, memegangkan kuasa ekonomi sudah tidak relevan lagi.
Orang Cina mahu lebih daripada itu. Mereka bukan hanya mahukan kuasa ekonomi, tetapi juga kuasa politik. Dengan adanya kuasa politik, barulah kegiatan ekonomi boleh berkembang dan berjalan dengan lancar.
Orang Cina tidak akan berhenti menuntut dan mendesak selagi tidak wujud konsep sama rata dan sama rasa. Melalui sistem perkongsian kuasa dengan dalam Barisan Nasional (BN), kuasa juga mereka telah perolehi, tetapi mereka terus meminta lebih kuasa.
DAP terus membangkitkan bahawa jawatan Menteri Kewangan, malah jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, perlu dibuka kepada orang Cina. Begitu juga desakan jawatan-jawatan tinggi dalam kerajaan termasuk institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan sektor perkhidmatan awam.
Orang Cina terus mendesak agar jawatan-jawatan ini diberikan kepada mereka selain dibolot daripada orang Melayu. Pendek kata, apa yang dirasai oleh orang Melayu, mesti juga dirasai oleh orang Cina.
Inilah sifat kiasu atau mahu sentiasa menang yang mula bersarang pada generasi hari ini. Sifat kiasu ini adalah baik jika digunakan pada tempatnya yang betul. Tetapi dalam konteks yang berlaku masa kini, sifat ini berlaku dalam keadaan yang amat menakutkan. Sekadar mempunyai kuasa ekonomi tidak cukup, ia mesti disertai dengan kuasa politik, barulah boleh mendapat segala-galanya.
Saya tidak menafikan sumbangan orang Cina terhadap perkembangan ekonomi negara kita. Tanpa orang Cina, Malaysia tidak seperti adanya pada hari ini. Jika dicabut semua bangunan orang Cina di Kuala Lumpur sahaja, kita dapat lihat bagaimana hodohnya wajah Kuala Lumpur seolah-olah seperti berada pada zaman pra-merdeka.
Saya fikir semua orang mengakui bahawa orang Cina telah memberikan sumbangan yang begitu besar terhadap perkembangan dan kegiatan ekonomi negara ini.
Namun, apa yang saya persoal adalah yang melampaui batas seperti kaduk naik junjung atau seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Lihatlah realiti sejarah dan keadaan sebenarnya Malaysia.
Kita perlu ingat, keadaan di AS berlainan dengan keadaan kita. Begitulah juga dengan sejarahnya. Malaysia bukan AS dan AS bukan Malaysia. Mengambil contoh AS, adalah pemikiran ultra kiasu yang bahaya dalam politik di Malaysia. Inilah akibatnya apabila masih ramai warganegara buta sejarah, seperti mana yang disebut oleh Lian Hoe.
Lian Hoe yang tampil mempertahankan diri, mengatakan bahawa mereka yang mempolitikkan ucapannya sebagai buta sejarah dan mempunyai mentaliti kelas ketiga.
Selaku seorang pengkaji, saya terus mencari biodata Lian Hoe untuk melihat kepakaran bidang beliau. Setelah diselidiki maka barulah saya tahu bahawa beliau memiliki ijazah pengajian Melayu daripada Universiti Malaya, pernah menjadi guru dan penolong kanan sekolah sebelum bergiat secara aktif dalam politik. Bermakna beliau bukanlah pakar bidang sejarah.
Sejarah
Seorang pakar adalah mereka yang mengkhusus dalam bidang diceburi dengan mendapat ijazah sarjana dan doktor falsafah. Apatah lagi bidang antara bahasa Melayu dan sejarah agak jauh berbeza. Trend buta sejarah atau sengaja membutakan sejarah mula berleluasa dalam masyarakat bukan Melayu hari ini. Dunia sudah terbalik. Golongan pakar bercakap sesuatu di luar kepakarannya. Manakala yang pakar tidak bercakap tentang kepakarannya. Ini yang disebutkan sebagai pakar atau profesor kangkung. Budaya merujuk pakar sudah tidak berlaku lagi.
Hari ini, semua orang mahu mendapatkan keuntungan politik dan menjadi jaguh, maka bercakaplah mereka walaupun terkeluar daripada bidang mereka. Dengan harapan, mudah-mudahan apa yang dikeluarkan itu dapat menambah undi dan terus memegang kuasa.
Keadaan menjadi semakin buruk apabila ia disokong oleh sistem pendidikan perkauman yang tidak banyak membantu mencelikkan mereka yang buta sejarah.
Apa yang wujud adalah, yang buta sejarah terus menjadi buta. Manakala yang tidak buta, buat-buat buta, sehingga menjadikan kenyataan-kenyataan yang dihamburkan amat pahit untuk diterima oleh mereka yang faham sejarah. Apatah lagi dalam kes Lian Hoe (Gerakan), Low Tiong Lai (MCA) dan Lim Kit Siang (DAP), yang saya fikir sengaja membutakan sejarah.
Semua ini berlaku disebabkan kita gagal melahirkan generasi yang mempunyai semangat nasional yang tinggi. Apa yang ada hari ini ialah rakyat yang mempunyai semangat perkauman yang amat menebal. Ini disebabkan oleh sistem pendidikan perkauman yang terus- menerus dibiarkan terasing daripada arus perdana.
Secara umumnya, terdapat dua jenis kumpulan bukan Melayu di negara ini berasaskan pendidikan perkauman.
Dalam hal ini, saya hanya mengambil contoh kumpulan orang Cina sahaja yang mewakili 26 peratus keseluruhan penduduk, yakni berjumlah 6.5 juta orang, selaku majoriti kedua terbesar.
Kumpulan pertama orang Cina, mewakili 85-90 peratus, berlatar belakangkan perkauman Cina, berpegang kepada tiga rukun, menyertai pertubuhan-pertubuhan Cina, bersekolah Cina dan membaca/mendengar/menonton media Cina. Rata-rata berpendapat bahawa hanya sekolah Cina sahaja yang dapat mengekalkan kecinaan mereka.
Kumpulan ini kebanyakan tidak bergantung kepada kerajaan. Mereka banyak berdikari dengan menjalankan perniagaan persendirian.
Manakala selebihnya mewakili kumpulan kedua, 10-15 peratus, adalah kumpulan yang mendapat pendidikan Inggeris yang tidak mendapat pendidikan Cina. Kebanyakan mereka ada yang beragama Kristian, Cina Peranakan dan menyertai kelab Lions dan Rotary. Kumpulan kedua ini banyak mensosialisasikan diri mereka dengan persekitaran Melayu, berbanding majoriti kumpulan satu hanya mensosialisasikan diri mereka dengan kelompok Cina sahaja.
Melalui kajian yang saya lakukan, kebanyakan di kalangan mereka langsung tidak mempunyai kawan berbangsa Melayu, apatah lagi untuk bergaul antara satu sama lain. Pendek kata majoriti hidup dalam kepompong dan tempurung mereka sahaja.
Proses sosialisasi itu telah berlaku sekian lama dalam kesemua bidang, ekonomi, politik, sosial, media dan sebagainya.
Akibatnya, kita hanya berjaya melahirkan rakyat yang hidup dalam kepompong perkauman, hanya meletakkan kepentingan bangsa atau etnik di hadapan, dengan mengenepikan kepentingan nasional.
Tidakkah sepatutnya dalam sebuah negara berbilang kaum, kepentingan nasional mesti diletakkan di hadapan berbanding dengan kepentingan etnik?

Sunday, November 9, 2008

Binasa Diri

PESANAN kepada perokok tegar — jika sayangkan keluarga, berusahalah untuk berhenti. Jika ia terlalu sukar, langkah terbaik anda boleh lakukan ialah merokok di luar rumah supaya isteri dan anak, khususnya yang masih kecil, terhindar daripada bahaya asap rokok. Apabila merokok, anda bukan hanya menjejaskan kesihatan diri tetapi secara tidak langsung dan tanpa disedari, asap rokok yang anda nikmati memudaratkan kesihatan orang di sekeliling, terutama ahli keluarga.B ahaya atau kesan langsung asap rokok terlalu kerap dibincangkan dan semua orang tahu. Yang mungkin masih kurang jelas ialah kesan terhadap perokok pasif atau sekunder, iaitu orang yang tidak merokok tetapi terpaksa menghidu asap rokok.Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC) mendapati bukti kaitan rokok dengan kanser pada perokok aktif dan pasif.

Perokok sekunder juga berisiko mendapat kanser paru-paru pada kadar 20 peratus di kalangan wanita dan 30 peratus bagi lelaki yang tinggal serumah dengan perokok. Perokok sekunder yang terdedah kepada asap rokok di tempat kerja juga mempunyai risiko ini pada kadar 16 hingga 19 peratus dan risikonya bertambah dengan peningkatan pendedahan kepada asap rokok. Agensi Perlindungan Alam Sekitar California menganggarkan asap rokok menyebabkan 3,000 kematian setahun akibat kanser paru-paru di kalangan bukan perokok. Selain itu, orang yang terpaksa menghidu asap rokok mempunyai risiko 25 hingga 35 peratus mengalami kesengsaraan akibat penyakit arteri koronari (jantung) akut. Malah, masalah pernafasan kronik banyak dilaporkan di kalangan perokok pasif. Kesihatan kanak-kanak yang ada ibu bapa merokok di rumah juga terancam kerana terdedah kepada risiko jangkitan saluran pernafasan bawah dan otitis media (jangkitan telinga tengah), lebih kerap mendapat serangan asma serta sindrom mati mengejut di kalangan bayi.Rokok adalah punca utama lebih 90 peratus kes kanser paru-paru, 75 peratus kes bronkitis kronik dan emfisema (paru-paru rosak) serta 25 peratus penyakit jantung. Sebenarnya, merokok juga mendekatkan kita dengan pelbagai risiko kesihatan lain dari hujung rambut sampai hujung kaki seperti.
Kesan buruk asap rokok kepada bukan perokok:
l Rambut — berbau.
l Otak dan kesan mental — strok.
l Mata — berair dan pedih.
l Hidung — berasa tidak selesa dan rengsa.
l Pernafasan dan paru-paru — kanser paru-paru; memburukkan masalah pernafasan sedia ada seperti asma, penyakit saluran pernafasan kronik (COPD) dan emfisema.
l Jantung — melemahkan salur darah ke jantung, sakit dada dan serangan jantung.
l Rahim — bayi dilahirkan kecil (kurang berat), bayi meninggal selepas dilahirkan.

Secara global, jumlah perokok di seluruh dunia makin meningkat kerana pengaruh iklan dan kawan, walaupun pelbagai usaha kesedaran dilakukan. Di negara kita contohnya, ada yang menyifatkan kempen kesedaran dan program anti merokok sebagai pembaziran, tetapi jika diperhalusi ia sebenarnya memberi kesan positif, terutama pada golongan muda. Bagaimanapun, untuk melihat penurunan jumlah perokok mengambil masa lama kerana usaha berhenti merokok bukan mudah. Boleh dikatakan ramai perokok ingin berhenti, malah ada yang mencuba berkali-kali, tetapi masih gagal. Menurut Timbalan Pengarah Kesihatan Wilayah Persekutuan, Dr Sallehudin Abu Bakar, keinginan berhenti merokok perlu disertakan dengan semangat kuat, kesungguhan dan sokongan keluarga serta rakan untuk berjaya. Kajian menunjukkan perokok berumur dan ada latar belakang pendidikan baik mempunyai peluang lebih tinggi untuk berhenti merokok. Usaha berhenti ini lebih mudah di kalangan perokok sosial yang merokok sekali sekala berbanding perokok tegar. Malah, lebih memeranjatkan ialah perokok wanita lebih sukar berhenti merokok berbanding lelaki. Setiap tahun lebih 46 peratus perokok Amerika Syarikat cuba berhenti tetapi hanya lima peratus berjaya menahan diri daripada merokok setahun selepas mencuba. Peratusan kejayaan sama ditunjukkan di negara yang menjalankan program kawalan tembakau seperti Kanada, Australia dan United Kingdom. “Ada perokok berjaya berhenti dengan sekali cubaan, tetapi ramai perlu mencuba berkali-kali. Bagaimanapun, jika ada kesedaran dan keinginan berhenti, segera dapatkan bantuan kerana cubaan sendiri biasanya menemui kegagalan.“Kini ada 294 klinik berhenti merokok di seluruh negara yang sentiasa bersedia membantu anda. Atau dapatkan nasihat doktor di klinik berhampiran supaya anda boleh dirujuk ke klinik berhenti merokok.“Kebanyakan perokok memerlukan terapi penggantian nikotin untuk berhenti merokok. Selain itu mereka akan dibantu daripada segi kaunseling dan dipantau tiga hingga enam bulan.“Sehingga kini seramai 3,000 perokok berjaya berhenti merokok sejak klinik itu ditubuhkan pada 2000. Secara purata, peratus kejayaan berhenti merokok sekitar 15.6 peratus,” katanya. Ketua Program Penyedia Perkhidmatan Berhenti Merokok Bertauliah (CSCSP), Profesor Madya Dr Mohamad Haniki Nik Mohamad, berkata ketagihan nikotin jauh lebih teruk dan sukar dihentikan berbanding ketagihan dadah seperti kokain, amfetamin dan opiat. Ini kerana apabila nikotin memasuki otak, ia melekat pada reseptor nikotin untuk menghasilkan hormon dopamin iaitu hormon yang membuatkan seseorang berasa gembira dan puas. Kesan ini lama kelamaan mengubah pengaturan otak yang menyangka ia memerlukan nikotin untuk membolehkan seseorang gembira.“Dalam proses berhenti merokok, perokok akan mengalami pelbagai perubahan fizikal dan emosi yang dikenali sebagai sindrom ketagihan seperti resah, kecewa, marah, sukar tidur, selera makan bertambah, emosi berubah-ubah, berasa kurang sabar dan mudah terganggu.“Kebergantungan terhadap nikotin menyebabkan ramai terus merokok. Justeru, perokok diberi kaunseling untuk memahami masalah kebergantungan terhadap nikotin bagi meningkatkan kejayaan rawatan,” katanya.

Risiko
> Rambut berbau dan bertukar warna.
> Otak dan kesan kepada mental — strok, ketagihan, mengubah keseimbangan kimia dalam otak dan resah
> Mata — mata pedih, berair dan lebih banyak berkelip; kebutaan akibat kemerosotan makular dan katarak.
> Hidung — hilang sensasi dan kepekaan deria bau.
> Gigi — berubah warna menjadi kuning dan berkarat, plak, risiko kehilangan gigi dan penyakit gusi (gingivitis).
> Mulut dan tekak — kanser bibir, mulut, tekak dan anak tekak; sakit tekak; deria rasa berkurang dan nafas berbau.
> Kulit — berkedut dan cepat tua.
> Pernafasan dan paru-paru — kanser paru-paru; batuk berkahak, nafas menjadi pendek; mudah dapat selesema, pneumonia dan asma; penyakit saluran pernafasan kronik; penyakit tibi bertambah teruk.
> Hati — kanser hati.
> Buah pinggang dan pundi kencing — kanser.
> Sistem pembiakan lelaki — menyebabkan kecacatan sperma; kemandulan dan mati pucuk.
> Sistem pembiakan wanita — senggugut; menopaus awal; kanser serviks, kurang subur dan susah hamil.
> Luka dan pembedahan — luka lambat sembuh; lambat baik selepas jalani pembedahan.
> Kencing manis — risiko dapat kencing manis.
> Kaki — jika ada kencing manis, merokok kurangkan kepekaan kaki, penyakit salur darah.
> Tangan — kelancaran aliran darah terjejas; kuku menjadi kuning.
> Jantung — melemahkan saluran darah ke jantung; merangsang masalah salur darah tersumbat dan serangan jantung.
> Abdomen — ulser perut; kanser perut, pankreas dan usus serta salur darah bengkak.
> Tulang — osteoporosis; keretakan tulang belakang dan pinggul.
> Darah — leukemia.
> Sistem imun — jadi semakin lemah.

Saturday, November 1, 2008

PERSEKOLAHAN 2009

Kumpulan B
Penggal Cuti dan Hari Persekolahan Mula Akhir Hari
I Hari Persekolahan 05.01.2009 30.01.2009 20
Hari Persekolahan 01.02.2009 27.02.2009 20
Hari Persekolahan 01.03.2009 13.03.2009 10
Cuti Pertengahan Penggal 14.03.2009 22.03.2009 9
Hari Persekolahan 23.03.2009 31.03.2009 7
Hari Persekolahan 01.04.2009 30.04.2009 22
Hari Persekolahan 01.05.2009 29.05.2009 21
Cuti Pertengahan Tahun 30.05.2009 14.06.2009 16
II Hari Persekolahan 15.06.2009 30.06.2009 12
Hari Persekolahan 01.07.2009 31.07.2009 23
Hari Persekolahan 03.08.2009 21.08.2009 15
Cuti Pertengahan Penggal 22.08.2009 30.08.2009 9
Hari Persekolahan 31.08.2009 1
Hari Persekolahan 01.09.2009 30.09.2009 22
Hari Persekolahan 01.10.2009 29.10.2009 22
Hari Persekolahan 02.11.2009 20.11.2009 15
Cuti Akhir Tahun 21.11.2009 03.01.2010 44
Jumlah 285
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 208
Jumlah Hari Cuti Penggal 77

Wednesday, September 24, 2008

Mencari Lailatul Qadar

"SESUNGGUHNYA Kami menurunkannya (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu?

Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Al-Qadr:1-5)


Lailatul Qadar itu ialah satu malam pada Ramadan yang penuh berkat, iaitu malam yang mengandungi banyak kebaikan, kerana pada malam itu malaikat turun membawa rahmat dan kesejahteraan seperti diterangkan dalam al-Quran.

Agung dan mulianya Lailatul Qadar sehingga Rasulullah s.a.w menganjurkan umatnya melakukan persediaan menyambut dan menghayati malam yang berkat itu. Persediaan yang dimaksudkan itu bukan dengan pesta yang tidak ketentuan, tetapi dengan amal ibadat yang membawa rahmat.

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabdanya, bermaksud: "...sesiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan solat (dan pelbagai ibadat lain), sedang dia beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya dia diampunkan dosanya yang lalu." (Hadis sahih riwayat Bukhari)

Ibadat yang dimaksudkan termasuk membaca al-Quran, berzikir, beristighfar, bertaubat dan berdoa pada malam yang berkat itu manakala beriman disebut dalam hadis berkenaan merujuk kepada kepercayaan dan keyakinan benarnya keistimewaan Lailatul Qadar yang mulia itu.

Sebenarnya Ramadan, al-Quran dan malam Lailatul Qadar adalah gandingan yang mempunyai hubungan sangat rapat. Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadar, pada Ramadan.

Walaupun Lailatul Qadar mempunyai keberkatan dan kebaikan berlimpah ruah, sehingga dikatakan tiada tandingan berbanding malam lain, ia tidak dinyatakan dengan jelas pada hari tertentu.

Tetapi Rasulullah s.a.w ada membayangkan malam berkenaan, malah menasihati supaya melakukan persediaan untuk menghadapinya, seperti dinyatakan dalam hadis bermaksud:

Daripada Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 malam akhir Ramadan." (Hadis sahih riwayat Bukhari)

Malam yang ganjil sudah pasti malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan. Ada hadis yang menyatakan Lailatul Qadar pernah ditemui pada zaman Rasulullah s.a.w pada malam 21 Ramadan dan malam 23 Ramadan.

Baginda juga pernah meminta seorang sahabat yang bertanya mengenai Lailatul Qadar supaya dia bersedia menghayatinya pada malam 27 Ramadan.

Keterangan di atas menunjukkan Lailatul Qadar tidak tetap, sebaliknya boleh bertukar dalam 10 malam terakhir Ramadan pada setiap tahun.

Hikmah malam penuh berkat itu dirahsiakan supaya setiap orang Islam bersungguh-sungguh menghayati 10 malam terakhir Ramadan dengan amal ibadat dan memberi pengharapan yang tinggi kepada Ilahi supaya dapat bertemu malam berkenaan.

Imam Nawawi, berkata: "Lailatul Qadar dapat disaksikan orang yang dikehendaki Allah pada tiap-tiap tahun ketika Ramadan, sebagaimana yang diterangkan dengan jelas dalam hadis Rasulullah s.a.w dan diberitakan juga oleh orang yang soleh..."

Kemudian beliau menyebutkan penjelasan Imam Al-Mawardi, dalam kitabnya, Al-Hawi: Bahawa orang yang dapat menyaksikan Lailatul Qadar, elok dia menyembunyikan perkara yang disaksikan (supaya dia terselamat daripada perasaannya) dan hendaklah dia berdoa (pada saat yang berkat itu) dengan ikhlas serta sepenuh-penuhnya yakin dengan permohonan yang disukainya mengenainya agama dan dunianya, biarlah kebanyakan doanya itu untuk (kebaikan dan keselamatan) agama serta hari akhirat."

Ada orang berkata, mereka yang menemui Lailatul Qadar akan melihat cahaya terang di segenap tempat manakala sesetengah pihak mendakwa mendengar ucapan salam dan kata-kata lain daripada malaikat, melihat semua benda termasuk pokok rebah (sujud) dan doanya makbul.

Bagaimanapun, Imam at-Tabari memilih pendapat yang menegaskan, semuanya itu tidak lazim (tidak semestinya dia dapat melihatnya), kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui Lailatulqadar.

Cuma yang penting ialah taat beribadat kerana Allah semata-mata dan ganjaran orang beribadat adalah terjamin, sama ada dapat dirasai di dunia atau di akhirat. Justeru, umat Islam digesa rajin beribadat pada Ramadan, lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir Ramadan.

Rasulullah s.a.w contoh terbaik menghayati Ramadan, terutama 10 malam yang akhir dengan beriktikaf di masjid dan melakukan amal ibadat sebagai persediaan untuk menyambut kedatangan Lailatul Qadar.

Daripada Aisyah r.a katanya: "Rasulullah s.a.w memperbanyakkan amalan apabila sampai hari yang ke-10 terakhir Ramadan, baginda juga membangunkan isterinya agar beribadat (solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya). Baginda juga menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Menurut ulama, Lailatul Qadar kemuncak Ramadan kerana kemuliaannya yang diterangkan di dalam al-Quran dan hadis Nabi s.a.w, malah malam berkenaan dirakamkan khusus dalam satu surah di dalam al-Quran, menunjukkan keistimewaannya.

Orang yang tekun beribadat pada 10 malam yang berkenaan akan mendapat rahmat yang dijanjikan kerana sudah sabit dalam hadis yang sahih Lailatul Qadar wujud pada satu daripada 10 malam itu.

Justeru, orang yang tekun beribadat pada 10 malam terbabit akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu, sama ada dia menemuinya atau tidak dan tidak melihat apa-apa. Cuma yang dapat menemuinya dianjurkan berdoa kebaikan, kesejahteraan dan keampunan.

Nabi s.a.w ada mengajar berdoa seperti berikut: "Ya Allah, ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau sentiasa memaafkan (salah silap hamba-Mu), lagi suka memaafkan, oleh itu maafkanlah salah silapku."

Yang penting ialah menghayati malam terbabit dengan amal ibadat, beriman dengan yakin Lailatul Qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadat semata-mata ikhlas dengan mengharapkan rahmat dan reda-Nya.

Monday, August 18, 2008

Majlis Permuafakatan Pelajaran di semua PPD

Majlis permuafakatan pelajaran yang menggabungkan kerjasama semua pihak bagi menangani sebarang masalah di setiap sekolah akan diwujudkan secara tetap di setiap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) seluruh negara.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail berkata, antara isu yang boleh dibincang dan diselesaikan melalui majlis tersebut termasuk disiplin, kesihatan dan kebersihan sekolah serta masalah sosial pelajar.

Katanya, pihak yang terlibat pula termasuk polis, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), hospital, persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) serta jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK).

Ia akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Sekarang di Terengganu sudah ada majlis tersebut dan ia amat membantu pihak sekolah menyelesaikan banyak isu sekolah dan pelajar.

Tuesday, August 12, 2008

Pengemaskinian Maklumat Pembayaran Cukai Berjadual (PCB)

Dimaklumkan perlaksanaan Pembayaran Cukai Pendapatan berdasarkan Jadual PCB telah dilaksanakan secara auto melalui sistem HRPY GFMAS mulai gaji bulan Februari 2008. Oleh yang demikian semua kakitangan diminta untuk mengemaskini maklumat diri dengan mengisi Borang Kemaskini Maklumat PCB.

Maklumat kakitangan yang telah dikemaskini hendaklah disahkan oleh Ketua Jabatan/Pengetua/Guru Besar dan dihantar ke Unit Gaji, Seksyen Bayaran, Bahagian Akaun, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Adalah menjadi tanggungjawab kakitangan untuk mengemaskini maklumat kategori dan bilangan tanggungan LHDN (sekiranya terdapat perubahan) melalui borang perubahan (SG20). Tindakan ini dapat mengelakkan cukai terlebih potong daripada gaji bulanan kakitangan.

Di samping itu sekiranya maklumat yang diberi tidak tepat yang mengakibatkan lebihan potongan, setiap anggota berkenaan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas potongan cukai pendapatan tersebut dan sebarang tuntutan hendaklah diuruskan sendiri dengan pihak LHDN.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan pihak tuan boleh menghubungi pegawai-pegawai di Unit Gaji berikut:
Puan Rokiah binti Ahmad 03-88847318
Puan Norfazila binti Din 03-88847319
Cik Kogilawaniswary Vatumala 03-88847320
Puan Nur Azliza Yanty binti Ghazali 03-88847437

Penyamun Bermusim



MUSIM cuti sekolah yang akan bermula seminggu lagi seperti biasa menjadi tumpuan masyarakat mengadakan kenduri kahwin kerana ketika itulah masa paling sesuai untuk ahli keluarga sama ada jauh atau dekat untuk berkumpul. Itu belum lagi dikira jiran, penduduk kampung atau taman, jemputan khas serta kenalan pengantin. Semuanya akan hadir dengan satu tujuan, iaitu meraikan pengantin baru dan menerima pasangannya sebagai seorang daripada ahli keluarga dan masyarakat.

Tetapi, awas. Berhati-hati dengan tetamu yang tidak dikenali, berlagak seolah-olah ahli keluarga ketika kenduri kahwin tetapi mempunyai niat jahat tersirat mencuri apa saja yang berkenan di hati atau memberi pulangan lumayan. Jika awal 80-an hingga 90-an memang ada dilaporkan kes mencuri ketika kenduri kahwin tetapi ia lebih kepada kehilangan kasut atau basikal milik kanak-kanak. Tetapi trend semasa lebih kepada memecah masuk, menceroboh dan mencuri di rumah pengantin. Menariknya, ia berlaku di tengah-tengah hadirin penuh sesak di rumah, tetamu duduk menjamu dan sudah tentu pengantin sedang tersimpuh malu di atas pelamin.
Pada masa sama tuan rumah, sama ada bapa dan ibu pengantin sibuk melayan tetamu serta memastikan semuanya berjalan lancar atau tidak sebarang masalah akan timbul. Sudah tentu ketika ini soal keselamatan di bilik pengantin atau bilik utama agak longgar. Apa yang menarik perhatian ialah himpunan duit hantaran yang biasanya diletakkan di dalam album gambar, barang kemas atau barang bernilai seperti kamera atau apa saja yang terhidang di depan mata akan menjadi sasaran terbuka. Konsep rumah terbuka yang kebiasaan diamalkan keluarga Melayu sebenarnya memberi peluang kepada penjenayah untuk memecah masuk tanpa disedari atau lebih mudah dikatakan lebih berisiko berbanding jika diadakan di dewan atau hotel. Namun, persoalan sama ada kenduri wajar diadakan di dewan atau rumah mempunyai pro dan kontra tersendiri.

Penganalisis jenayah yang juga Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Kamal Afendi Hashim berkata, tetamu yang datang ke majlis kenduri kahwin sebenarnya mempunyai pelbagai niat termasuk ada yang cuba melakukan jenayah. “Sesiapa saja boleh datang. Bahkan, boleh dikatakan ada yang sengaja datang untuk makan percuma, padahal langsung tidak dijemput atau mengenali keluarga pengantin. “Dalam hal mencuri dalam rumah atau bangunan, biasanya dilakukan wanita kerana golongan inilah yang paling ramai di dalam rumah pengantin dan terbabit secara langsung dalam kerja menghias, menyiapkan pelamin atau hal-hal wanita. “Wanita tidak mudah disyaki, jika ahli keluarga ternampak individu tidak dikenali, mereka tidak akan tergamak menghalau dan mereka juga bijak berlakon dengan mendapatkan sedikit maklumat awal mengenai latar belakang keluarga pengantin,” katanya. Kebiasaannya kes ini berlaku di kawasan pinggir bandar atau kampung disebabkan majoriti penduduk bandar kini lebih gemar dan selesa mengadakan kenduri di dewan atau hotel. Sehubungan itu, katanya, majlis di dewan lebih selamat kerana setiap tugasan mempunyai ahli jawatankuasa sendiri misalnya beberapa orang ditugaskan menjaga hal ehwal hadiah, tetamu. Ini sekali gus mengurangkan risiko barang dicuri. Bahkan, kebiasaannya barang hantaran juga tidak dibawa ke dewan dan majlis juga lebih tertumpu kepada acara utama iaitu bersanding, makan beradat, memotong kek serta sesi bergambar dan bertemu tetamu. “Kawalan di hotel atau dewan lebih ketat. Memang diakui kosnya lebih mahal berbanding kenduri di rumah, tetapi ia lebih selamat dan memudahkan keluarga pengantin kerana semuanya diuruskan di sana. “Tetapi ada juga kes menyamar sebagai wakil keluarga pengantin. Ia berlaku di rumah atau di dewan. Caranya cukup mudah, jika ada tetamu bertanyakan siapa bapa atau wakil pengantin, mereka cepat-cepat mengaku dia adalah wakil. “Adat orang Melayu, tetamu yang datang biasanya akan memberikan sumbangan. Ketika ‘salam berisi’ itulah penjenayah itu memainkan peranan dengan mengambil sampul surat berisi duit. Mereka cuma perlu berpakaian sama dengan tema keluarga dan letakkan bunga pada baju. Itu sudah cukup meyakinkan tetamu,” katanya.

INFO: Waktu kritikal berlakunya kecurian semasa kenduri kahwin : 3 jam
1 jam pertama - sebelum persandingan
2 jam pertama - semasa ketibaan pengantin, persandingan
3 jam pertama - selepas selesai, semua orang sibuk
Hanya 30 peratus yang datang kenduri benar-benar ikhlas untuk menyaksikan majlis perkahwinan pengantin dan berjumpa mereka iaitu kawan lama, keluarga dan jiran terdekat.
Tetamu lain adalah ‘populasi tetap’ iaitu, mak andam, catering, pasukan kompang, pasukan juruteknik sistem bunyi.
Bakinya adalah tetamu yang datang sekadar memenuhi undangan keluarga pengantin.

INFO: Modus operandi pencuri
Mendapatkan maklumat awal tempat kenduri kahwin berdasarkan poster atau apa saja tanda perkahwinan termasuk bunga manggar di persimpangan ke rumah pengantin sehari sebelum majlis.
Memakai pakaian hampir sama dengan tema pakaian keluarga pengantin.
Bertanyakan kepada jiran atau penduduk setempat mengenai latar belakang keluarga pengantin.
Duduk setempat untuk tempoh lama, misalnya di dalam rumah sambil memerhatikan keadaan sekeliling.
Kebiasaan akan membawa kanak-kanak dengan membiarkan anak bermain di sekitar rumah dan berlagak seolah-olah sedang menjaga mereka.
Akan menyelinap masuk ke bilik pengantin ketika waktu kritikal (sebelum, semasa dan selepas majlis persandingan).
Berpura-pura ke bilik air jika terserempak dengan tetamu lain ketika mencari bilik pengantin.
Kebiasaannya penjenayah ini mempunyai rakan yang bertugas sebagai pemandu yang menunggu di luar rumah.
Penjenayah bermusim ini biasanya menjadikan majlis keramaian, perjumpaan termasuk majlis kematian sebagai sasaran mereka.

TIP:
Kurangkan risiko kehilangan duit hantaran - Dicadangkan dibuat secara kiriman wang atau bank draf atas nama pengantin. - Menggubah wang hantaran kepada bentuk lebih selamat berbanding diletakkan di dalam album gambar kerana gubahan lebih sukar dibawa lari
Kebanyakan pencuri adalah wanita. Perhatikan individu yang mencurigai dan mendakwa sebagai ahli keluarga tetapi jarang bergaul atau ditemui berbanding ahli keluarga lain.
Kes ragut tetamu di luar rumah. - Jarakkan kedudukan ketika berjalan dengan mewujudkan zon penampan, misalnya menggunakan payung. Ini kerana, lingkaran payung secara automatik akan menjadi satu zon selamat dan sukar bagi peragut mencapai beg tangan di bahu.
Penggunaan tas tangan wanita bertali panjang. - Lebih selamat jika menggunakan tas tangan bertali pendek, mudah dipegang dan boleh diselitkan di bawah ketiak dan mengurangkan kecenderungan untuk meletakkan beg di atas meja makan.
Niat menghadiri majlis. Tukar persepsi menghadiri majlis perkahwinan untuk menunjuk-menunjuk barang kemas bagi mengelak anda menjadi sasaran mudah penjenayah.

Selamat Berjuang DSAI



Monday, August 11, 2008

Tema Hari Kebangsaan Malaysia Ke-51 2008


Perpaduan Teras Kejayaan



(Unity Is The Core of Success)

Sunday, August 10, 2008

Happy Birthday 2 DSAI Ke-61


Hari ini genaplah usia DSAI Ke-61.

Semoga panjang umur dan . . .

Wednesday, August 6, 2008

Kenyataan Akhbar Pengerusi SPR : P44 Permatang Pauh

KENYATAAN AKHBAR
PENGERUSI
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR), MALAYSIA
BIL.17/2008
PILIHAN RAYA KECIL BAHAGIAN PILIHAN RAYA
PARLIMEN P.44 PERMATANG PAUH

1. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah dimaklumkan secara rasmi pada 1 Ogos 2008 oleh Yang di Pertua Dewan Rakyat berhubung dengan kekosongan kerusi bahagian pilihan raya Parlimen P.44 Permatang Pauh berikutan dengan perletakan jawatan sebagai Ahli Dewan Rakyat oleh Y.B Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail pada 31 Julai 2008.

2. Berikutan dengan kekosongan kerusi Dewan Rakyat tersebut, SPR, berpandukan kepada undang-undang yang berkaitan dengannya perlu mengambil tindakan-tindakan yang sesuai dan telah melantik seorang Pegawai Pengurus dan tiga orang Penolong Pegawai Pengurus untuk melaksanakan tanggungjawab menjalankan pilihan raya kecil untuk mengisi kekosongan berkenaan.

3. Mereka yang telah dilantik adalah terdiri daripada pegawai-pegawai berikut :-
Pegawai PengurusEncik Roslan bin Yahaya Pegawai Daerah, Seberang Perai Tengah.
Penolong Pegawai Pengurus
i. Encik Zainol Abidin bin Md. Noh Setiausaha, Majlis Perbandaran Seberang Perai.
ii. Encik Kamarul Haizal bin Koderat Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan)Seberang Perai Tengah.
iii. Encik Azizal bin Ahmad Penolong Pegawai Daerah (Tanah)Seberang Perai Tengah.

4. Sehubungan dengan perkara ini, SPR telah bermesyuarat pada 6 Ogos 2008 untuk menetapkan tarikh-tarikh bagi menjalankan pilihan raya kecil sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang. Dengan ini diumumkan bahawa bagi menjalankan Pilihan Raya Kecil bahagian pilihan raya Parlimen P.44 Permatang Pauh, SPR telah menetapkan tarikh-tarikh seperti berikut :-
4.1 Tarikh Writ dikeluarkan : 7 OGOS 2008
4.2 Tarikh Notis dikeluarkan : 8 OGOS 2008
4.3 Tarikh Penamaan Calon : 16 OGOS 2008
4.4 Tarikh Pengundian : 26 OGOS 2008(Jika ada pertandingan)

5. Bagi tujuan pilihan raya kecil ini, menurut Peraturan 9 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, Suruhanjaya Pilihan Raya menentukan bahawa Daftar Pemilih Induk 2007 yang diwartakan pada 5 Februari 2008 dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama tahun 2008 yang diwartakan pada 19 Jun 2008 dan dikemaskinikan sehingga 31 Julai 2008, hendaklah digunakan dalam pilihan raya kecil P.44 Permatang Pauh ini. Seramai 58,459 pemilih yang terdiri daripada 57,969 pemilih biasa dan 490 pemilih pos adalah layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil bagi P.44 Permatang Pauh ini.

6. Dalam tempoh pilihan raya kecil ini dijalankan, amat penting semua pihak mematuhi arahan pihak keselamatan dalam menjaga ketenteraman dan keselamatan awam. Oleh itu, semua pihak terutamanya parti-parti politik, calon-calon, petugas-petugas parti dan individu-individu lain yang terlibat perlu sentiasa mematuhi undang-undang pilihan raya serta tatasusila berkempen yang telah ditetapkan. Semua pihak perlu juga ambil ingatan bahawa terdapat beberapa kes petisyen pilihan raya bagi Pilihan Raya Umum 2008 masih dalam perbicaraan. Oleh yang demikian, calon-calon adalah diingatkan supaya tidak menyentuh isu-isu yang melibatkan kes-kes petisyen dalam kempen-kempen mereka.

7. Maklumat-maklumat lain berhubung dengan pilihan raya kecil bagi bahagian pilihan raya ini akan diumumkan dari masa ke semasa oleh Pengarah Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang dan Pegawai Pengurus P.44 Permatang Pauh.

Sekian, terima kasih.

(TAN SRI DATO’ SERI HAJI AB RASHID BIN AB RAHMAN)
PengerusiSuruhanjaya Pilihan Raya
Malaysia.
6 OGOS 2008

Friday, May 16, 2008

Hadiah Hari Guru

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan beberapa insentif untuk guru dalam usaha kerajaan memperkasakan profesion perguruan.

Perdana Menteri berkata bertepatan dengan gagasan kerajaan membangunkan modal insan dan bersesuaian dengan dasar pensiswazahan, kerajaan bersetuju untuk mengambil kira pengalaman mengajar guru semasa dalam skim bukan siswazah D.G.A 29 untuk pertimbangan kenaikan gred secara "time-based" setelah berada dalam skim siswazah iaitu dari D.G.41 kepada D.G.44.

Kaedah yang akan digunakan ialah setiap tiga tahun pengalaman di Gred D.G.A.29 akan dikira sebagai satu tahun pengalaman di Gred D.G.41, tertakluk kepada had maksimum pengiraan sebanyak tiga tahun pengalaman D.G.41.Insentif ini merupakan satu tambahan kepada keputusan kerajaan sebelum ini untuk memberikan satu hadiah kenaikan gaji.

Asas pertimbangan sama iaitu menggalakkan guru melanjutkan pelajaran, kerajaan bersetuju meluluskan cadangan supaya guru Gred D.G.41 yang berasal dari skim bukan siswazah dan memegang jawatan guru besar, dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat ke Gred D.G.44 selepas tiga tahun berkhidmat sebagai guru besar pada Gred D.G.41.

Kuota jawatan lebih 300 peratus dalam Skim Guru Cemerlang pada tahun 2006, dan untuk memastikan jawatan itu dapat dinikmati segera oleh guru, kerajaan bersetuju untuk menambah baik beberapa syarat bagi skim itu.

Pertama, bagi pengisian jawatan guru cemerlang D.G.A.32 dari gred asal D.G.A.29 dan jawatan guru cemerlang D.G.44 dari gred asal D.G.41, syarat tempoh kelayakan dipendekkan dari tujuh tahun kepada lima tahun pengalaman mengajar.

Kedua, bagi pegawai yang telah dinaikkan pangkat guru cemerlang di sesuatu gred, boleh dipertimbangkan kenaikan pangkat ke gred selanjutnya tanpa perlu menunggu tempoh tiga tahun perkhidmatan dalam gred yang sedang disandang.

Perdana Menteri berkata pada Hari Guru tahun lepas, beliau telah mengumumkan Skim Cemerlang baru iaitu Guru Besar Cemerlang D.G.A. 38 dengan sebanyak 1,700 jawatan.Bagi membolehkan skim itu dinikmati oleh guru bukan siswazah secara meluas, kerajaan telah bersetuju untuk memperuntukkan 10 peratus daripada kuota sedia ada untuk diberikan kepada pengelola dan guru yang berkhidmat di Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan daerah dengan syarat mereka menunjukkan prestasi cemerlang.

Abdullah berkata kerajaan juga telah bersetuju untuk menaikkan gred Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) dari Gred D.G.48 ke Gred D.G.52 dan D.G.54, dan menyeragamkan struktur Pejabat Pelajaran Daerah di seluruh negara dengan memansuhkan Pejabat Pelajaran Gabungan bagi Sabah dan Sarawak."Selain kenaikan Gred PPD, penambahbaikan itu juga akan mewujudkan ratusan jawatan kenaikan pangkat baru untuk guru yang berkhidmat di Pejabat Pelajaran Daerah," katanya.

Beliau berkata kerajaan juga bersetuju untuk mengembalikan bayaran insentif Perkhidmatan Kritikal kepada pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah (ketukangan) dan pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan diploma (ketukangan) memandangkan terdapat kewajaran untuk menetapkan kedua-dua perkhidmatan sebagai perkhidmatan kritikal, berkuatkuasa Januari 2008.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga telah meluluskan cadangan penstrukturan baru Kementerian Pelajaran yang kali terakhir distrukturkan pada 1995.Katanya peringkat awal kelulusan ini akan melibatkan pertambahan jawatan dan kenaikan gred bagi jawatan pengurusan tertinggi dan ketua bahagian dari Gred 54 hingga ke Jusa A.

Sebagai contoh, kesemua jawatan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran kini diseragamkan pada Gred Jusa A berbanding sebelum ini yang berbeza pada Gred Jusa A,B,C dan D.G.54.

Abdullah berkata penambahbaikan dan penstrukturan semula itu disasarkan akan dapat memantapkan sistem penyampaian pendidikan di setiap peringkat.Terdahulu, Abdullah berkata menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memperkasakan profesion perguruan kerana ia penting untuk melahirkan modal insan terbaik yang diperlukan negara pada masa depan.Beliau mahukan guru melaksanakan tanggungjawab mereka dengan berkesan untuk mendidik anak-anak dengan baik supaya mereka menjadi insan yang cemerlang.Katanya ini termasuklah menjadikan sekolah tempat yang aman dan bahagia yang sentiasa mampu menarik minat pelajar untuk belajar.

Pada majlis itu, Abdullah menyampaikan Anugerah Tokoh Guru 2008 kepada empat penerima iaitu bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Rashidi Ramlan, 61, bekas Timbalan Pengarah Pelajaran Perak, Datuk Dzulkarnain Abdul Rahman, 69, bekas guru Abu Bakar Shawkat Ali, 63, dan bekas guru K.Krishnasamy, 68.-- BERNAMA

Monday, May 5, 2008


Wednesday, April 30, 2008

Selamat Berkonvokesyen IPPM 2008



Saturday, March 29, 2008

DAULAT TUANKU


Friday, March 28, 2008

Penilaian Tahap Profisiensi Guru Sains & Matematik (PTP) 2008

26 April 2008
Writing, Reading & Listening


24, 26, 27 & 28 Mei 2008
Speaking


Tempat Peperiksaan, sila rujuk PPD selepas : 7 April 2008

Saturday, March 22, 2008

PERAYAAN HARI GURU KALI KE-37 TAHUN 2008

Tema :
GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG
Slogan :
" Terima Kasih Cikgu"

Monday, March 17, 2008

Konvo IPPM 2008

Berlangsung pada
8 Mei 2008
Bertempat di
MITC Ayer Keroh Melaka

Sunday, March 16, 2008

Gelombang pilihan raya 30 sen

SEORANG guru wanita Melayu di Selangor menangis pada pagi 8 Mac lalu selepas dia mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-12. Arwah bapanya ialah seorang penyokong setia UMNO, Perikatan dan Barisan Nasional (BN). Ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad berada di kemuncak popularitinya pada tahun 1990-an, bapa guru itu yang pernah menyaksikan betapa sukarnya pimpinan UMNO terdahulu memperjuangkan kemerdekaan bertepuk tangan apabila mendengar kepetahan Dr. Mahathir berucap di kaca televisyen.
Tetapi pada pagi 8 Mac 2008, air matanya bergenang. Guru wanita itu berasa tertekan kerana dalam pilihan raya itu dia mengundi calon DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), iaitu parti yang bukan menjadi pilihan politik dirinya dan arwah bapanya. Dia memberitahu rakan-rakan rapatnya: “Saya sedih, saya menangis dan saya berasa bersalah tetapi saya terpaksa mengundi pembangkang untuk memberikan satu mesej kepada kepimpinan UMNO dan kerajaan.”
Di seluruh negara seminggu lalu, terdapat begitu ramai pengundi seperti guru ini. Di Parlimen Kelana Jaya yang di bawahnya kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, ramai pesara Melayu di kawasan itu yang tidak pernah tidak keluar mengundi dalam pilihan raya sejak tahun 1960-an dan pada setiap kali pilihan raya mereka memangkah lambang dacing – enggan terlibat dalam proses pilihan raya. Seorang pesara berusia 65 tahun di situ memprotes: “Biarlah, biar padan muka.”
Akibatnya, di Parlimen Kelana Jaya, calon PKR, Gwo-Burne Loh, anak muda berusia 33 tahun yang merakamkan video perbualan peguam V.K. Lingam – yang tidak pernah pun ada sekelumit jasa kepada penduduk tempatan di Kelana Jaya – memperoleh 30,298 undi mengalahkan calon BN, Datuk Lee Hwa Beng yang mendapat 25,267 undi. Undi majoriti Gwo-Burne ialah 5,031. Di peringkat DUN Seri Setia pula, seorang pemuda Melayu berusia 26 tahun daripada PKR menjadi wakil rakyat kawasan itu mengalahkan seorang pemimpin wanita UMNO yang terkenal.
Empat tahun lalu, pada pilihan raya umum 2004, pesara yang kecewa dengan kerajaan itu adalah antara pengundi yang telah memenangkan bekas Ahli Parlimen BN di situ yang mendapat undi majoriti 21,671. Bayangkan, dalam tempoh empat tahun, di Parlimen Kelana Jaya sahaja berlaku penghakisan sokongan terhadap BN yang begitu dahsyat. Wujud swing kira-kira 26,500 pengundi yang beralih daripada menyokong BN kepada menyebelahi PKR pada pilihan raya kali ini.
Malang bagi BN, pilihan raya umum 8 Mac lalu diadakan dalam mood negatif ini yang dirasai oleh guru wanita dan pesara itu serta berjuta-juta lagi rakyat yang selama ini merupakan penyokong setia parti-parti kerajaan di seluruh negara. Ia bukan sahaja dirasai oleh pengundi Melayu, tetapi juga para pengundi Cina dan India. Ia tidak sahaja menimpa UMNO, tetapi juga MCA, Gerakan dan MIC.
Mood itu sudah lama tercetus, bukan baru seminggu lalu, tetapi ia tertutup daripada difahami. Kesombongan politik telah melindungi mata sesetengah pemimpin daripada merasai kemarahan rakyat itu.
Dalam pilihan raya umum 21 Mac 2004, BN menang besar kerana wujud persepsi positif terhadap kerajaan dalam kalangan orang seperti guru wanita dan pesara itu. Orang seperti merekalah yang membolehkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membawa kemenangan hebat menguasai 198 daripada 219 kerusi Parlimen pada pilihan raya tahun itu, dengan undi popular untuk BN sebanyak 64 peratus.
Namun, 40 hari selepas menang besar pada pilihan raya umum 2004, kerajaan mula menaikkan harga petrol dan gas, mula-mula sebanyak dua sen tetapi dalam tempoh tidak sampai dua tahun harga petrol telah dinaikkan lima kali. Kali terakhir ia dinaikkan pada 28 Februari 2006, sehingga 30 sen seliter, yang menjadikan dalam tempoh dua tahun harga petrol dinaikkan sebanyak 57 sen.
Kerajaan mungkin mempunyai alasan tersendiri mengapa ia tidak mampu terus menampung subsidi petrol. Pada Februari 2006, kerajaan memberi alasan penjimatan RM4.4 bilion setahun daripada subsidi petrol ekoran kenaikan 30 sen seliter boleh digunakan untuk projek membaiki sistem pengangkutan awam. Malangnya, guru wanita dan pesara itu tidak nampak pun projek itu di kawasan mereka dan mereka bukanlah orang yang mendapat manfaat langsung daripadanya.
Fenomena
Maka meletuslah perasaan marah dan geram. Penjimatan RM4.4 bilion setahun itu menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan menjadi tidak terkawal. Tarif elektrik dan air naik, harga susu melambung, harga sayur, ikan dan barang keperluan dapur melonjak mendadak. Upah gunting rambut pun bertambah mahal.
Kerajaan, dan Abdullah secara peribadi, memang berusaha keras untuk membendung kenaikan kos sara hidup itu, tetapi isu tersebut menjadi pencetus satu fenomena. Walaupun media prokerajaan cuba mengimbanginya, tetapi sedikit demi sedikit kerajaan mula ditafsirkan sebagai tiada kasihan belas kepada rakyat. Apabila ada pemimpin UMNO berkata ‘biarlah kerajaan susah sedikit asalkan rakyat jangan susah’, idea itu tidak mendapat sokongan dalam UMNO dan kerajaan. Kemenangan besar tahun 2004 telah menimbulkan sesuatu, pada pihak kerajaan dan BN, ia dipanggil keyakinan, tetapi pada mata sebahagian kecil rakyat, ia dianggap suatu keangkuhan.
Senario itu mewujudkan mood yang dahsyat pada 8 Mac lalu, dua tahun selepas kali terakhir harga petrol dinaikkan. Selama ini sebahagian pengundi tidak kisah dengan kesilapan yang pemimpin negara lakukan. Gosip politik mengenai pemimpin muda yang kelihatan terlalu berpengaruh seperti Khairy Jamaluddin mereka tidak hiraukan sangat dalam situasi biasa. Siapa ahli perniagaan mendapat projek kerajaan yang boleh menjadikan seseorang kaya-raya juga mereka pandang dengan sebelah mata.
Tetapi dalam keadaan poket mereka diserang, pendapatan benar merosot, kualiti hidup mereka terjejas dan perasaan bahawa dari segi kewangan hidup mereka sekarang adalah lebih susah daripada empat tahun lalu, maka bermulalah satu sentimen yang kemudian merebak. Sentimen bertukar menjadi mood masyarakat. Bergulinglah snowball effect. Gosip politik mula dipercayai, skandal dibincangkan secara terperinci dan putar belit pembangkang kini dianggap benar.
Sebahagian mereka, terutama pengundi atas pagar yang tidak terikat dengan mana-
mana parti politik, dalam diam-diam mula bertekad mahu menghukum kerajaan. Dari Kuala Lumpur dan Lembah Klang, di mana kos sara hidup yang tinggi memanaskan lagi kegelisahan, ia kemudian merebak ke kawasan lain di pantai barat dalam kalangan penduduk bandar. Masalah hubungan kaum akibat timbulnya isu Hindraf menjadi faktor yang merumitkan lagi keadaan. Dari Kuala Lumpur membawa ke Kedah, dari Kuala Lumpur melarat ke selatan, pengundi yang selama ini diam membuak-buak ingin bersuara.
Mereka mahu menggunakan peti undi untuk menunjukkan rasa tidak puas hati. Masing-masing ingin memprotes, termasuk para pengundi konservatif Melayu. Dalam proses untuk meluahkan apa yang mereka meluat itu, mereka tidak sedar akibatnya. Lidi kalau sebatang boleh dipatahkan, jika segenggam boleh membunuh. Undi protes jika satu sahaja tidak membawa apa-apa bekas, tetapi menyatakannya dalam jumlah yang ramai sehingga berjuta-juta orang, ia menggoncang kekuatan BN yang selama ini tidak pernah termimpi dapat disaingi pembangkang.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menceritakan kepada pemberita bagaimana mood protes dari Kuala Lumpur dibawa oleh pengundi muda Melayu, Cina dan India ke kawasan Parlimen Padang Rengas di Perak. Mereka, kata Nazri, balik ke kampung mempengaruhi ibu bapa masing-masing supaya mengundi pembangkang. Nazri hanya dapat mempertahankan kerusi Padang Rengas dengan undi majoriti 1,749 sahaja, sedangkan empat tahun sebelum itu beliau menang dengan undi majoriti yang lebih selesa sebanyak 5,563. “Saya hanya selamat kerana hubungan peribadi saya dengan pengundi di situ,” katanya.
Hakikat bahawa BN hanya memperoleh 140 kerusi Dewan Rakyat, dan tewas di 82 kerusi Parlimen – berbanding kemenangan 198 kerusi pada 2004 – dan kalah di berpuluh-puluh lagi kerusi DUN sehingga hilang penguasaan ke atas negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor selain gagal menawan Kelantan mencerminkan betapa besarnya gelombang mood rakyat. Para penganalisis mengumpamakannya dengan tsunami – satu gelombang besar yang memukul dan memusnah tanpa disedari.
Di Parlimen Kuala Langat yang pada tahun 2004 BN menang dengan undi majoriti 21,495, calon BN di kawasan itu, Datuk Sulaiman Mohd. Karli tidak menyangka beliau boleh tewas kepada calon PKR, Abdullah Sani Hamid dengan undi majoriti 989. Semasa kempen pilihan raya, Sulaiman tidak merasai langsung tanda-tanda BN akan kalah di situ. Pada malam keputusan diumumkan, seorang pembantunya yang panik mengirim SMS kepada seorang editor akhbar: “Saudara, apa sudah berlaku ini?”
Di sesetengah kawasan pilihan raya, mood rakyat diburukkan lagi dengan masalah politik kaum. Kuala Langat mempunyai kira-kira 18.49 peratus pengundi India daripada 66,515 pengundi di situ, iaitu seramai 12,298 orang. Dengan Abdullah mengumumkan pilihan raya ketika masalah Hindraf dan ketidakpuasan hati masyarakat India belum dirungkaikan, Sulaiman menjadi salah seorang yang tumbang.
Undi India jugalah yang menumbangkan BN di banyak kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Pulau Pinang. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kalah di Lembah Pantai kerana pengundi India.
Politik perkauman yang telah menipis kini tebal semula dalam pilihan raya umum yang baru lalu. DAP berjaya dengan kempennya di Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Parti itu memberitahu pengundi Cina bahawa satu undi kepada MCA dan Gerakan bermakna satu undi yang akan mengukuhkan dominasi UMNO. Banyak orang Cina, khususnya di Pulau Pinang, termakan dengan hasutan itu.
Perkauman
Sentimen perkauman pengundi Melayu juga berputik. Di Parlimen Hulu Selangor, misalnya, Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel yang mewakili BN tersungkur di kawasan itu. Pengundi Melayu di situ memberi kemenangan kepada BN di ketiga-tiga kerusi DUN di Hulu Selangor iaitu kepada calon MCA di DUN Kuala Kubu Baharu dan dua calon UMNO di DUN Batang Kali dan Hulu Bernam. Tetapi di peringkat Parlimen, sebahagian besar pengundi memangkah calon PKR, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad, dan membenamkan masa depan politik Palanivel, cuma dengan undi majoriti 198.
Palanivel tentulah amat kecewa kerana pengundi yang sama di Hulu Selangor pada tahun 2004 telah membantunya mengalahkan tokoh Pas, Datuk Ismail Kamus dengan undi majoriti 14,483. Kali ini orang Melayu di situ, pengundi yang sama, menolaknya walaupun beliau ialah seorang wakil rakyat yang berdedikasi. Perbalahan politik yang berlaku dalam masyarakat India memberi implikasi kepada persepsi pengundi Melayu. Persepsi inilah yang melanda bukan sahaja Palanivel tetapi juga Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu yang kalah di Parlimen Sungai Siput.
Serangan terhadap kerajaan melalui laman-
laman blog dan Internet sudah wujud sejak pilihan raya 1999, tetapi strategi itu gagal membantu kemaraan pembangkang dengan berkesan, malah tidak efektif langsung dalam pilihan raya 2004. Blog dan laman web hanya menjadi satu medium komunikasi yang berpengaruh pada 2008 apabila mood rakyat terhadap kerajaan bertukar ekoran kenaikan harga minyak selepas pilihan raya 2004.
Di Kedah pula, perbalahan antara Abdullah dan Mahathir mungkin bukan satu-satunya faktor kenapa Kedah jatuh kepada Pas, dan hujah itu tidak popular di kalangan sesetengah orang UMNO, tetapi ia menambahburukkan lagi sentimen pengundi.
Di Kedah, analisis awal menyebut sebahagian besar pengundi saluran 3 dan 4 di peti-
peti undi di negeri itu, iaitu mereka yang lahir pada tahun 1960-an dan 1970-an, menyokong pembangkang. Pendapatan benar yang merosot di kalangan pengundi berusia 30-an dan 40-an yang sedang membina keluarga digambarkan dengan jelas dalam pola pengundian. Ia membuktikan petunjuk-petunjuk ekonomi seperti nilai perdagangan luar berjumlah trilion ringgit dan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar sehingga hampir tujuh peratus belum dapat diterjemahkan kepada kemakmuran hidup rakyat biasa.
Faktor calon di kebanyakan kawasan dalam pilihan raya kali ini bukan isu besar kerana jika pembangkang letakkan ‘batu, kayu atau sesiapa sahaja’ pun ia akan menang berdasarkan kecenderungan rakyat kali ini. Contoh klasik ialah calon bebas yang menang di DUN Bukit Selambau, Kedah. Pengundi Melayu dan Cina sudah sampai ke peringkat mereka tidak berasa bersalah mengundi siapa sahaja asalkan BN kalah. Perasaan ini berleluasa.
Jentera pembangkang tidak sekukuh seperti yang disangkakan. Sungguhpun pembangkang kelihatan mempunyai lebih banyak wang untuk berkempen kali ini, undi protes dalam pilihan raya umum bukan timbul kerana faktor jentera pembangkang atau kerana hujah-hujah pemimpin seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim.
BN hilang kuasa di Terengganu pada 1999 kononnya kerana faktor sentimen rakyat terhadap Anwar ketika itu. Kenapakah kali ini BN tidak jatuh lagi sekali di Terengganu ketika Anwar berada di luar penjara? Rakyat Terengganu tahu betapa susahnya hidup di bawah kerajaan pembangkang. Mereka tidak mahu lagi, mereka serik.
Sebaik sahaja selesai pilihan raya 8 Mac lalu, ramai pengundi yang memprotes menghela nafas panjang dan mengurut dada. Mereka kini menyesal. Baru mereka sedar betapa hebatnya kuasa undi protes mereka. Mereka kini tahu bahawa satu undi kepada Pas dan PKR akan membolehkan ahli-ahli politik DAP menguasai kerajaan negeri dan negara.
Mereka kini ada contoh jelas bagaimana kuasa UMNO dan Melayu jatuh. Muncul di depan mata mereka pengalaman orang Melayu hampir-hampir hilang kuasa, pemimpin Melayu terpaksa menjadi boneka dan bagaimana ayat al-Quran digunakan dalam kempen oleh sesetengah pihak tetapi bila memperoleh kuasa ia dilupakan untuk membantu menaikkan politik cauvinis Cina di Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur dan Selangor.
Banyak pengajaran daripada pilihan raya Sabtu lalu – kepada rakyat mahupun pemimpin. Kepada ahli-ahli politik yang kalah dan pemimpin yang hampir kalah, pengajarannya ialah jawatan politik adalah satu tragedi yang tidak boleh dielakkan. Selepas kemenangan, akan datang kekalahan. Yang bernasib baik mungkin mati semasa memegang jawatan. Yang tidak beruntung akan dihantui kekalahan itu sepanjang hidup mereka.
Bagaimanapun, politik dalam konteks orang Melayu di Malaysia melampaui kepentingan perseorangan. Kekalahan banyak kerusi bakal membawa pembaharuan, kerana politik bukan sekadar kisah peribadi. Politik bagi orang Melayu lebih besar daripada isu jawatan dan individu, kerana ia soal ketahanan kuasa bangsa. Dalam politik, orang Melayu kini berdoa, barang dijauhkan Allah kuasa bangsa Melayu ditimpa tragedi, barang dijauhkan Allah bangsa Melayu hilang negeri lagi.

Saturday, March 15, 2008

Calon2 Pelajar AF6


Naik Pangkat Matlamat Semua

SETIAP individu tentunya mempunyai matlamat masing-masing dalam pekerjaan, tidak kiralah sebesar atau seserius mana matlamat yang dipasang.

Matlamat yang rata-ratanya dimiliki mereka yang bekerja pastinya jawatan tinggi yang menjanjikan gaji yang lumayan. Namun, ramai yang 'kurang selidik' bagaimana caranya untuk mengecap impian berkenaan.

Andainya kenaikan pangkat adalah matlamat anda untuk pada tahun ini ataupun tahun depan, pertama sekali, anda perlu memeriksa diri, adakah anda sudah melakukan apa yang sepatutnya dilakukan demi mencapainya? Alangkah baiknya jika bakat dan usaha yang gigih memberi laluan mudah untuk seseorang memperoleh kenaikan gaji, jawatan serta tanggungjawab yang lebih penting.

Tapi, realitinya adalah, lebih banyak daripada bakat dan usaha gigih diperlukan untuk bergerak ke peringkat yang lebih tinggi. Paling utama, anda mestilah arif mengenai tugas yang anda sandang sekarang ini. Anda juga harus mempersiapkan diri dengan ilmu secukupnya mengenai bidang tugasan jawatan yang cuba anda raih itu. Buktikan bahawa anda boleh bekerja di peringkat yang lebih tinggi dan menjalankan tugas yang lebih penting daripada yang anda tangani sekarang. Dengan cara itu, pihak yang berkenaan dalam syarikat anda bekerja menyedari apa yang anda usahakan itu.

Namun, anda harus berhati-hati. Tugas besar yang cuba anda pikul itu juga mempunyai risikonya, Kegagalan melaksanakannya dengan baik bukan saja menghancurkan usaha anda untuk naik pangkat malah anda mungkin terpaksa mencari pekerjaan baru. Oleh itu, anda harus memberikan yang terbaik dalam tugasan berkenaan dan tidak salah jika meminta bantuan rakan untuk menyiapkannya. Pastikan diri anda dikenali dalam organisasi tempat anda bekerja. Luaskan jaringan perhubungan anda dalam organisasi dan kenal pasti juga siapakah yang bertanggungjawab memilih calon untuk jawatan yang anda inginkan itu, dengan siapakah mereka bekerja atau mendapatkan pandangan?

Selepas itu, mulakan hubungan anda dengan individu ini, mungkin dengan menawarkan diri untuk membantu mereka dalam sesuatu tugasan agar mereka dapat melihat kebolehan anda. Selain itu, berusaha untuk menjalinkan hubungan yang baik secara profesional dengan ketua anda. Ramai pekerja yang tidak begitu bernasib baik dan terpaksa bekerja lebih untuk memenangi hati ketua tapi mereka tidak sepatutnya berputus asa sebaliknya terus mencari jalan terbaik untuk menjayakannya kerana jika ketua anda tidak sukakan anda, peluang untuk anda naik pangkat amatlah tipis. Memberikan kerjasama yang baik kepada ketua anda juga adalah suatu langkah yang baik kerana individu inilah yang akan menentukan sama ada anda akan dinaikkan pangkat ataupun tidak. Oleh itu, anda harus belajar untuk membuatkan ketua anda kagum dengan kebolehan yang anda miliki.

Walaupun kedengaran agak remeh, penampilan atau lebih tepat lagi, cara berpakaian turut memainkan peranan dalam usaha mendapatkan kenaikan pangkat lebih-lebih lagi dalam organisasi yang mempunyai kod etika berpakaian. Cuba-cubalah mengenakan pakaian yang dapat menampakkan ‘ketokohan’ anda untuk memegang jawatan penting dalam syarikat. Bukankah sayang jika orang meragui kehebatan anda semata-mata kerana penampilan anda tidak meyakinkan? Anda juga mesti peka terhadap peluang yang ada di sekeliling anda. Rebut peluang berkenaan dan laksanakan ia bersungguh-sungguh. Kadangkala, peluang seseorang datang dari sesuatu perkara atau tugasan yang orang lain tidak mahu atau tiada orang yang dapat melakukannya. Mungkin dengan peluang ini, anda akan muncul sebagai orang harapan pula secara tiba-tiba.

Kesabaran juga satu elemen yang penting jika anda mengimpikan jawatan tinggi. Ia bukannya seminggu, sebulan atau setahun tetapi bertahun-tahun untuk seseorang itu dilihat layak untuk memegang jawatan tinggi. Jadi, bagi yang masih baru dalam alam pekerjaan, bertukar-tukar kerja dalam masa yang singkat bukanlah tindakan yang baik jika anda bercita-cita tinggi dalam pekerjaan.

Sekiranya anda serius melaksanakan langkah-langkah yang disenaraikan ini, tidak mustahil, anda berupaya menduduki jawatan atau posisi yang anda idam-idamkan dalam organisasi atau setidak-tidaknya menghampiri matlamat anda itu. Tapi, pastikan anda melaksanakannya secara ‘semula jadi’ dan jangan lupa, bersiap-sedia dengan pelan B yang lebih teliti sekiranya strategi anda itu tidak membuahkan kejayaan.

Friday, March 14, 2008

Wawancara PM Bersama BERNAMA

BTV: Selepas berakhirnya pilihan raya umum, kita semua tahu bagaimana keadaan pasaran saham atau bursa. Ia tidak menentu dan pasaran memerlukan sedikit keyakinan. Apakah pesanan Datuk Seri kepada pelabur.

PM: Saya perlu memastikan mereka mempunyai keyakinan terhadap kerajaan. Itu sangat penting. Perkara pertama yang saya perlu lakukan ialah membentuk Kabinet. Saya mahu memastikan orang ramai yakin terhadap Kabinet. Sudah tentu akan ada muka-muka baru. Dan pada masa yang sama saya mahu memastikan mengenai dasar-dasar yang telah kami laksanakan sebelum ini. Dasar-dasar yang baik, adakah kami akan teruskannya atau tidak atau adakah kami menukarnya untuk dasar-dasar lain.Dasar-dasar yang menambat keyakinan pelabur dan komuniti perniagaan akan dikekalkan terutamanya dasar-dasar yang berfungsi dengan baik. Ia akan terus menjadi mesra pelabur.Dan sebarang insentif yang kami rasa akan merangsangkan lagi keyakinan, pastinya kami akan pertimbangkan, tetapi buat masa ini kami belum memikirkannya lagi.Bagaimana kami menangani inflasi dan kenaikan harga minyak sekarang. Apa yang kami lakukan. Ini adalah isu-isu yang sangat besar. Saya yakin kami berupaya menangani perkara ini.Menangani inflasi sangat penting.Pada masa yang sama, saya mahu melihat ekonomi kita terus dikekalkan. Kita perlu mengekalkan kemampanan ekonomi kita pada tahap tertentu. Kita akan berusaha mecapainya, saya tidak pasti bagaimana ia boleh dicapai tetapi kita mahukan pertumbuhan ekonomi mampan pada tahap tertentu dengan mengambil kira apa juga keadaan yang kita ada, ekonomi perlu terus mampan.Menguruskan ekonomi perlu cekap dan hubungan antara kerajaan Malaysia dan sektor swasta perlu diteruskan. Program transformasi yang melibatkan kerajaan dan pentadbiran dan sektor swasta terutamanya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu diteruskan, ini benar-benar amat penting kepada saya.Dan kami perlu memastikan kita menikmati keselamatan dan keamanan sepanjang masa, itu merupakan prasyarat paling penting. Bagaimana kami menguruskan kerajaan, itu akan diperhati dengan berhati-hati. Apa yang kami janjikan, kami akan laksanakan. Program yang kami telah komited, kami akan laksanakan.Projek-projek baru yang kami telah berjanji untuk dilancarkan di bawah rancangan pembangunan koridor, itu pastinya kami akan laksanakan. Jika ia melibatkan kerajaan negeri, kami akan berbincang dengan mereka. Ini yang perlu kami lakukan dan saya pasti sektor swasta berminat dan yakin dengan apa yang kami lakukan.Kami setiap masa sedar, kemampanan ekonomi perlu dikekalkan.


BTV: Sudah semestinya ini merupakan antara yang dibimbangkan, berkaitan dengan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang. Dari sudut pandangan komuniti pelabur antarabangsa, adakah akan terdapat perubahan dalam dasar.

PM: Kami tidak perlu menukar dasar. Dasar-dasar yang dilancarkan telah dipertimbangkan dengan begitu teliti. Dan sudah tentunya kami perlu berurusan dengan negeri-negeri yang kini berada di bawah pembangkang atau dikuasau parti lain. Kami perlu membincangkannya.Kami telah berbincang dengan PAS sebelum ini. PAS menjadi parti pembangkang yang menguasai Kelantan. Dan seterusnya kami perlu berbincang dengan empat lagi negeri yang kini berada di bawah parti lain. Tidak menjadi masalah kepada saya untuk berbincang dengan mereka.Apa juga projek yang kami putuskan untuk dilaksanakan, projek yang telah diberi peruntukan dan yang kami telah komited, sudah tentu ia akan menjadi keutamaan kami untuk dilaksanakan. Tetapi jika atas alasan tertentu mereka tidak mahu projek-projek baru, bagaimana saya boleh memaksa mereka dengan projek-projek baru. Namun begitu, kami mengawal projek-projek persekutuan.


BTV: Jadi maksudnya projek-projek dilulus persekutuan akan diteruskan, projek-projek yang telah diberi peruntukan dan kerajaan telah komited akan diteruskan.

PM: Ya.


BTV: Menyentuh mengenai pelaburan asing berkaitan dengan ekuiti swasta, persoalan yang lazim akan ditanya oleh orang ialah, bagaimana pandangan kerajaan persekutuan sekiranya pelabur-pelabur ini melabur di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang.

PM: Saya tidak akan membantah. Mengapa perlu saya bantah pelaburan dari luar negara untuk melabur di negeri-negeri ini sekiranya terdapat peluang. Ya tentu saja, teruskan, saya tidak akan menghalang mereka daripada berbuat demikian sekiranya ia baik untuk rakyat.


BTV: Nyata sekali, apabila kita menyentuh mengenai projek-projek, terutamanya di negeri Datuk Seri sendiri iaitu Pulau Pinang seperti jambatan kedua dan monorel, adakah ia masih akan diteruskan.

PM: Ia telahpun diluluskan dan kami telah membincangkan pinjaman dengan kerajaan China dan pinjaman yang sangat wajar dan dengan kadar faedah yang sangat munasabah. Saya tak nampak mengapa kita tidak perlu memulakan projek jambatan kedua. Jambatan kedua perlu untuk Pulau Pinang. Ia bukan hanya bagi negeri Pulau Pinang, tetapi bagi keseluruhan wilyah utara. Pulau Pinang merupakan hab logistik bagi koridor utara.Kita perlukan jambatan kedua. Ia baik untuk rakyat dan juga untuk ekonomi.


BTV: Bagi penggal pertama pemerintahan, keutamaan datuk seri ialah pertanian yang diterima dengan baik oleh rakyat. Penyusunan semula GLC dan sudah tentunya penubuhan pelbagai koridor ekonomi. Tetapi dengan penggal kedua sekarang, apakah yang menjadi teras utama datuk seri dalam rancangan ekonomi.

PM: Macam inilah. Kami telah membangunkan banyak program sepanjang empat tahun lepas dan kami mula melaksana untuk melancarkannya. Pembangunan koridor merupakan yang terakhir akan dilancarkan. Kami telahpun melancarakannya dan oleh itu saya tidak boleh membiarkannya dan memikirkan dasar-dasar baru lain.Dasar-dasar telah dibentuk, program telah diputuskan, wang telah diperuntukkan. Jadi untuk 2008, banyak pelaksanaan telah dilaksanakan.


BTV: Ini adalah untuk susulan.

PM: Ini adalah untuk susulan. Kami yakin projek-projek tersebut yang kami lancarkan adalah projek-projek yang baik, baik untuk ekonomi kita, baik untuk negara, baik untuk rakyat. Ia akan mewujudkan peluang pekerjaan, banyak pelabur masuk, ia akan mewujudkan kekayaan baru, peluang baru kepada kita.Tiada sebab mengapa saya harus hentikan hanya kerana sekarang kami mempunyai beberapa (negeri yang) tidak menjadi milik BN. Saya akan terus berbuat demikian. Kami perlu melaksanakannya. Terdapat tempat-tempat lain juga (di mana pembangunan perlu dilaksanakan).Kawasan koridor pertanian kini dikuasai oleh parti lain. Sabah masih berada di bawah Barisan, Sarawak masih di bawah Barisan, sebagai contoh.


BTV: Jadi, pertanian merupakan teras utama.

PM: Bagi keutamaan yang telah ditentukan sebelum ini, kami telah mencapai kejayaan. Sektor pertanian mencatatkan prestasi baik bukan sahaja sektor perladangan tetapi juga sektor tahap ketiga. Jadi mengapa saya harus berhenti setengah jalan.


BTV: Jadi, akan ada lebih banyak teras, lebih banyak peningkatan.

PM: Kami perlu mempunyai (peningkatan). Saya bersetuju dengan anda. Kami harus menggunakan perkataan peningkatan dan pada masa yang sama, kami mempunyai projek baru untuk dilaksanakan. Saya akan laksanakan. Terdapat banyak perkara yang kami telah lancarkan. Kami terus melancar tetapi bukan melaksana.


BTV: Akan ada banyak pengumuman. Saya gembira datuk seri berkata demikian kerana ini merupakan antara perkara yang ramai orang memperkatakannya.

PM: Terdapat banyak pada 2004. Pada 2004, semasa kami datang, kami datang dengan asas manifesto yang rakyat sangat gembira dengannya. Tetapi manifesto 2004 mempunyai begitu banyak perkara yang tidak boleh dilaksanakan antara 2004 dan 2008.Banyak perkara yang kami kata mahu lakukan, saya berhasrat untuk melaksanakannya sehingga tahun 2020 kerana kami mempunyai tempoh tiga rancangan pembangunan lima tahun. Kami perlu menggabungkannya. Ia permulaan fasa kedua pembangunan bagi wawasan 2020. Dan ia perlu dilakukan selangkah demi selangkah. Ia melibatkan beberapa program jangka panjang, beberapa masalah dan sebahagian boleh dilaksana dan diselesaikan dalam tempoh empat tahun lepas yang telah dilakukan. Begitu banyak bahagian yang kami boleh usahakan. Saya gembira untuk menyatakan bahawa rakyat masih mahukan kami.Kita masih diberikan mandat yang baik.Sebenarnya majoriti itu kuat. Ia bukannya menjadikan kita susah untuk bekerja. Tentunya tidak. Saya tidak percaya dengan majoriti yang kurang daripada sepertiga, kita menjadi tidak berupaya atau lumpuh atau kita menjadi tidak bermaya dan tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Kita boleh.Kita boleh menjadi kerajaan yang kuat, dan saya berhasrat menubuhkan kerajaan yang kuat.


BTV: Mungkin ada halangan psikologi berhubung majoriti dua pertiga.

PM: Rakyat sudah terbiasa dengan itu (majoriti dua pertiga), tiba-tiba kita capai kurang daripada itu.


BTV: Tetapi, Datuk Seri masih mentadbir kerajaan, itu yang penting.

PM: Saya akan mentadbir kerajaan. Saya yang bertanggungjawab.


BTV: Kita bercakap tentang sentimen pasaran. Ia sentiasa mencerminkan keyakinan dan sebagainya. Melihat kepada ekonomi dunia, seperti yang kita sedia maklum AS telah menjadi rakan dagang kita dan negara itu kini mengalami kelembapan. Kata orang ia menuju ke arah kemelesetan. Jadi, itu akan menjejaskan kita tetapi pada masa yang sama, saya percaya kita ada lebihan dagangan yang kukuh. Adakah Datuk Seri merasakan ekonomi kita cukup kukuh, adakah ia berdaya tahan.

PM: Pada dasarnya, ekonomi kita kukuh. Kita telah mempelbagaikan pasaran kita, kalau boleh saya gunakan ungkapan itu. Kita telah mempelbagaikannya.Kita tidak bergantung semata-mata kepada pasaran AS sahaja.Hari ini, dari segi jumlah dagangan, dari segi peratusan, kita lebih banyak berurusan dengan Asean. Dagangan kita dengan negara-negara Asean telah meningkat kepada 26 peratus. Dagangan dengan AS kurang daripada 18 peratus, 16 peratus lebih. Dan kita lebih banyak berdagang dengan negara-negara Asia Timur, dengan Jepun, China.China juga adalah rakan dagang terbesar bagi kita. Kita sedang membina hubungan perdagangan baru dengan India yang kita anggap sebagai rakan kongsi strategik yang sangat penting, malah sekarang lebih banyak perdagangan dengan Timur Tengah. Jadi, kita berpuas hati. Kita berada pada kedudukan yang baik di rantau ini, yang diharapkan dapat memperlihatkan prestasi baik. Kita perlu ingat itu. Jadi, kita akan teruskan apa jua yang kita lakukan. Kita dapat mandat, tetapi kita mesti pilih apa yang terbaik untuk dimajukan, projek apa, sektor apa yang harus kita bangunkan, yang boleh memberikan kita kelebihan daya saingan, sesuatu yang berbeza daripada orang lain. Misalnya, kalau kita bercakap tentang pelancongan, banyak negara yang mahu menggalakkan pelancongan, betul tak, Tetapi apa yang istimewa tentang Malaysia, apa yang unik dan berkesan tentang Malaysia ialah kita mahu melakukannya. Ini adalah sesuatu yang kita mahu lakukan. Kita perlu memastikan kedudukan kita tetapi kita mesti lakukannya dengan cekap, barulah kita dapat pulangan terbaik daripada apa yang kita lakukan.Kita perlu menambah baik banyak bidang. Contohnya, saya rasa (bidang) yang boleh (ditambah baik) ialah perkhidmatan kewangan Islam, ini adalah sesuatu yang merupakan bidang kepakaran kita. Kita boleh mengembangkannya, ia boleh berkembang, ia sedang berkembang hari ini.Kemudian, bidang bioteknologi. Pembangunan biotek sebagai sebuah industri. Kita berada pada kedudukan yang baik untuk melakukannya. Kita boleh lakukannya. Ini industri baru.Oleh itu, kita mesti gunakan sumber-sumber kita dan dapatkan orang yang sesuai.Dan yang pentingnya, kita perlu memberi penekanan kepada pembangunan modal insan. Bagi saya, aset paling penting yang kerajaan perlu ada ialah produk yang satu ini, yang dipanggil modal insan. Kita perlu ada pengurus yang cekap, juruteknik yang cekap. Kita mesti ada orang yang pakar dalam banyak bidang, orang yang melabur dalam pengetahuan, teknik pengurusan.Jadi, inilah orang yang membuat Malaysia bergerak. Inilah orang yang akan mempunyai kekuatan minda dan ketinggian ilmu untuk menghadapi cabaran, menghadapi masalah, kemelesetan, apa saja. (Jika) mereka cukup kuat, kita akan selamat. Jika modal insan tidak kuat, walau kelengkapan terbaik, kemudahan terbaik (sekalipun) tidak akan membantu kita.(Yang dapat membantu kita) ialah lelaki dan wanita Malaysia yang terpelajar, yang bersedia untuk bersaing dan menang, dan cekap dalam apa yang mereka lakukan.Inilah satu perkara, satu keutamaan yang akan saya berikan perhatian.


BTV: Jadi, boleh saya andaikan ini adalah satu daripada cabaran-cabaran utama yang akan dihadapi Datuk Seri dan Kabinet baru Datuk Seri. Cabaran ekonomi, dan jangan lupa, ada juga tekanan inflasi yang mula muncul dan menjadi isu.

PM: Ya. Inflasi. Memang menjadi satu isu. Rakyat perlu lebih berhati-hati terhadap lebih banyak perkara yang akan datang, disebabkan oleh kenaikan harga minyak.Sebelum 2004, harga minyak AS$50 setong tetapi telah melonjak ke paras lebih sekali ganda. Ini bukan mudah. Situasi ini tidak mudah dihadapi, tetapi apa yang boleh kita lakukan.Apa yang kita lakukan ialah memastikan rakyat mempunyai lebih banyak wang dalam saku mereka.Bukan hanya berikan mereka wang, tetapi mewujudkan peluang bagi mereka meraih pendapatan tambahan. Kita berikan mereka permit, lesen untuk membuka warung atau melaksanakan projek-projek kecil, perniagaan kecil-kecilan supaya mereka boleh mendapat sedikit wang bagi keluarga mereka.Kita perlu wujudkan peluang bagi ini dan kita juga ada pembiayaan mikro.Mudah bagi mereka mendapatkan wang daripada Bank untuk memastikan perniagaan kecil boleh berkembang dan menjana pendapatan. Pada masa yang sama, kita juga memastikan harga yang dibayar bagi perkhidmatan lain atau keperluan mereka, berada pada paras serendah mungkin.Kita sedia maklum kita ada senarai barangan keperluan yang kita kawal pada paras harga tertentu.Itu akan diteruskan. Kita akan terus mengadakan senarai ini dan memastikan jika harga meningkat, ia meningkat kerana tidak dapat dielakkan, sekurang-kurangnya ia meningkat pada kadar berpatutan.Rumah-rumah dikenakan sewa termampu, harga termampu. Kita prihatin. Ini adalah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya. Pada masa yang sama kita perlu memastikan ekonomi kita berkembang kukuh. Kita mesti galakkan pelaburan.Pelaburan-pelaburan ini akan mewujudkan peluang pekerjaan. Ini amat penting.Tetapi kita perlu melatih orang kita agar dapat mengambil kesempatan daripada peluang-peluang pekerjaan yang diwujudkan. Jika mereka tiada kemahiran, apa boleh mereka buat.


BTV: Jadi, semuanya adalah soal pengagihan sumber modal insan.

PM: Sumber-sumber mesti ada. Jika pelabur datang, kita ada sumber modal insan yang baik, pekerja yang baik, ada disiplin, ada kemahiran, serta sikap yang betul dan cekap, mereka akan datang.


BTV: Maksudnya, Datuk Seri tentunya mahu bercakap tentang menamakan atau melantik barisan Kabinet baru, dari sudut pandangan pelabur, semua orang berminat (untuk mengetahuinya).

PM: Semua orang berminat.


BTV: Sebab mereka akan membantu Datuk Seri memerintah Malaysia bagi lima tahun akan datang. Jadi, beberapa portfolio tertentu, khususnya, jika boleh saya kata demikian, akan diteliti, iaitu portfolio kewangan dan perdagangan. Boleh Datuk Seri beri komen mengenainya.

PM: Mereka akan memerhati dengan teliti siapa yang akan ditempatkan di situ. Sama ada mereka berpuas hati atau tidak, sama ada kita yakin atau tidak. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Tentunya semua orang ada kaedah penilaian dsb. Ada juga muka baru.


BTV: Maksud saya, sejauh manakah Datuk Seri akan mengambil kira suara rakyat.

PM: Tentu sekali saya mesti mengambil kira suara rakyat. mana boleh kerajaan tidak mengambil kira suara rakyat, apa yang mereka mahu. Saya melalui empat tahun lepas. Saya tahu, ada banyak berkata yang mereka fikir saya tidak buat, yang mereka ingin buat. Mereka tanya Pak Lah kenapa Pak Lah tak mahu dengar cakap mereka. Inilah antara sebab mereka memberi reaksi sedemikian.


BTV: Sekarang ini, pilihan raya, kesudahannya, kejutan, apa jua, sudah agak reda. Jadi, perkara apakah yang Datuk Seri mahu rakyat tumpukan perhatian memandangkan pilihan raya sudah berlalu.

PM: Tumpukan perhatian kepada kerja mereka selepas pilihan raya dan pastikan kita mencapai produktiviti, keupayaan kita untuk bersaing labih baik hari ini daripada semalam. Keazaman untuk berjaya mesti ada. Bersamalah kita.Kita akan lakukan apa yang terbaik untuk Malaysia.


BTV: Dan Datuk Seri rasa dalam tempoh lima tahun akan datang, dengan semua cabaran yang Datuk Seri hadapi, Datuk Seri agak yakin, saya pasti Datuk Seri yakin, untuk terus mengorak langkah ke hadapan.

PM: Saya suka cabaran. Ia membuat saya bertenaga.

Tuesday, March 11, 2008

MAJLIS PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2007 NEGERI JOHOR

Majlis tersebut akan diadakan seperti maklumat di bawah:

Tarikh : 12 Mac 2008
Masa : 10.00 pagi
Tempat : SMK Tinggi, Batu Pahat

"TAHNIAH KEPADA MEREKA YANG BERJAYA"

Aduhai Rakyat Malaysia

Ketua Menteri Pulau Pinang adalah bekas banduan.

Mungkinkah Perdana Menteri Malaysia juga akan menuruti jejak itu .

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Monday, March 10, 2008

Suara rakyat adalah suara keramat

POLITIK negara mencatat sejarah besar selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 diperoleh pagi semalam. Ramai rakyat, walaupun mereka yang inginkan perubahan - terpaku dan bagai tidak percaya apabila keputusan tidak rasmi mula diketahui pada awal malam. Suara terkejut, gembira, sedih dan wajah tidak percaya bersilih berganti, setiap kali keputusan baru diperoleh, kemudian sehingga berlarutan ke waktu subuh.

Ternyata suara rakyat adalah suara keramat. Pilihan raya kali ini menyaksikan rakyat membuatkan keputusan untuk memilih orang yang mereka percaya boleh menjadi wakil dalam menyuarakan pendapat, keperluan serta rintihan mereka di gelanggang politik, bukannya memilih pemimpin yang gemar disanjung dan ‘dikejar’, sebelum bantuan diberi. Barisan Nasional (BN) masih disayangi dan dipercayai untuk meneruskan rekod kemajuan pembangunan yang memang cemerlang sejak 50 tahun lalu. Bagaimanapun, rakyat berasa sudah tiba masanya setiap projek dan program pembangunan yang dirancang, polisi yang digariskan diberi perhatian yang lebih telus bagi mencipta ‘check and balance’. Kuasa besar yang diberi kepada BN sejak negara merdeka 50 tahun lalu, hari ini memulakan anjakan paradigma paling bersejarah untuk membolehkan negara ini berkembang dengan lebih adil dan saksama bagi tempoh 50 tahun akan datang.

Rakyat membuat keputusan untuk memberi kuasa yang lebih sedikit kepada parti pembangkang bagi menjadi kumpulan pemantau lebih serius, dengan harapan arus globalisasi yang semakin menyesakkan kantung ekonomi rakyat terbanyak dapat dilonggarkan dan agihan kekayaan lebih adil dapat dilaksanakan - bukan saja kepada golongan perniagaan dan yang miskin, bahkan turut membabitkan rakyat kelas pertengahan yang kini menjadi majoriti rakyat Malaysia.

Ironinya, parti pembangkang utama iaitu Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini tidak lagi menjadi pembangkang di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor selepas berjaya membentuk kerajaan negeri. Selama 18 tahun lalu, Kelantan adalah satu-satunya negeri yang dikuasai Pas dan Terengganu turut berada di bawah pentadbiran parti itu selama sepenggal selepas Pilihan Raya Umum 1999. Pada pilihan raya kali ini, Pas bukan saja terus mendapat mandat rakyat Kelantan, bahkan BN turut kehilangan beberapa negeri.

Dengan kemenangan di 38 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Pas akan terus menguasai Kelantan bagi tempoh lima tahun akan datang, tetapi sama ada jawatan Menteri Besar terus dipegang Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat atau diserah kepada anak didiknya, Datuk Husam Musa yang juga Naib Presiden Pas. Gandingan Pas, PKR dan DAP di Kedah turut mengubah landskap politik negeri jelapang padi itu kerana kemenangan 21 kerusi DUN memberikan mereka peluang membentuk kerajaan campuran.

Di Kedah, persaingan sengit menyaksikan Datuk Mukhriz Mahathir, Datuk Paduka Abu Bakar Taib, Datuk Mohd Johari Baharum dan Datuk Chor Chee Heung, menyelamatkan maruah BN di negeri itu. Semalam, Pesuruhjaya Pas Kedah, Azizan Abdul Razak mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang baru. Pemilihan beliau berdasarkan kedudukan Pas yang memenangi paling banyak kerusi berbanding dua lagi parti pembangkang iaitu DAP dan PKR. Perang yang diisytihar DAP ke atas Pulau Pinang menggegarkan pemimpin Gerakan.

Pemangku Presidennya, Tan Sri Koh Tsu Koon, dilihat sebagai ‘pengecut’ apabila membuat keputusan untuk tidak bertanding pada peringkat DUN, sebaliknya memilih kerusi Parlimen Batu Kawan. Tindakan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang selama 18 tahun itu, bukan saja membawa padah kepada dirinya apabila tewas teruk di tangan calon DAP, Dr P Ramasamy, bahkan Pulau Mutiara turut tergadai ke tangan DAP. Gandingan DAP dan PKR memberikan pembangkang 29 kerusi DUN, berbanding BN yang hanya menang 11 kerusi. Rakyat meluahkan rasa marah dan tidak percayakan lagi kepada kepemimpinan Gerakan, dengan memberi kemenangan besar kepada pembangkang yang menyapu bersih semua kerusi DUN dan Parlimen yang diwakili calon Gerakan.

Tsunami perubahan di Pulau Pinang tidak berhenti setakat calon Gerakan, bahkan ia turut membabitkan calon BN dari parti MCA dan Umno. Turut menjadi mangsa kepada gelombang perubahan mendadak ini ialah bekas Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah dan lima bekas Exco kerajaan negeri. Dengan kemenangan itu, DAP dan PKR membentuk kerajaan campuran dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang menang di DUN Air Putih, menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru. DAP juga mengetuai kemenangan pakatan pembangkang di Perak dengan memperoleh 18 DUN, PKR (7) dan Pas (6), menjadikan 31 kerusi milik mereka, berbanding BN yang memperoleh 28 kerusi. Kelebihan empat kerusi bagi pakatan pembangkang, mungkin membolehkan mereka membentuk kerajaan campuran, tetapi bakal menghadapi masa yang sukar setiap kali DUN bersidang bagi tempoh lima tahun akan datang.

Bagi mempamerkan keikhlasan pakatan alternatif ini kepada rakyat, DAP dikatakan bersetuju untuk menyerahkan jawatan Menteri Besar Perak kepada wakil rakyat Pas, Mohamad Nizar Jamaluddin, yang menang di DUN Pasir Panjang. Selangor turut menjadi mangsa laungan perubahan, apabila 36 kerusi DUN dimenangi PKR, DAP dan Pas, manakala BN pula hanya memperoleh 20 kerusi. Ketiadaan pakatan yang kukuh di kalangan parti pembangkang, menyaksikan keputusan untuk membentuk kerajaan campuran ditangguh sehingga PKR, DAP dan Pas, dapat mencari kata sepakat. Negeri yang dianggap paling maju itu juga menghadapi perubahan besar dari segi pencapaian kerusi Parlimen, apabila PKR menguasai sembilan daripada 22 kerusi berkenaan, dengan Pas dan DAP masing-masing berkongsi empat kerusi. BN hanya mendapat lima kerusi.

Setiausaha Agung PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dijangka dipilih pakatan pembangkang sebagai Menteri Besar. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menerima gelombang tsunami paling buruk apabila Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique, adalah calon tunggal BN yang menang di ibu negara, manakala 10 kerusi Parlimen lain dikuasai DAP (5), PKR (4) dan Pas (1). Antara yang tersungkur ialah tokoh wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Laungan perubahan rakyat memang mencatat kejutan luar biasa.

Ketika ini, rakyat yang marah, kecewa dan tidak puas hati dengan pemerintahan BN mungkin terubat kekecewaan yang dirasakan. Cuma diharap jangan sampai menang sorak, kampung tergadai. Suara rakyat adalah suara keramat, maka wakil rakyat yang baru menang dalam Pilihan Raya Umum ke-12 ini mesti bermuhasabah diri bahawa mereka adalah wakil rakyat, bukannya ‘tuan’ rakyat.

BN paling banyak berjasa kepada rakyat

KEPUTUSAN Pilihan Raya Umum Ke-12, menyaksikan Barisan Nasional (BN) gagal membentuk kerajaan negeri di Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Perak, manakala Kelantan, tetap setia dengan pembangkang. BN, sama ada penyokong atau pemimpinnya, tentu tidak menjangka mengalami kekalahan di negeri terbabit kepada pembangkang. Malah, pembangkang sendiri juga terkejut dengan perubahan mendadak itu hinggakan sesetengahnya bagaikan tidak percaya. BN seperti diketahui sudah menunaikan tanggungjawabnya dengan baik dan membawa pembangunan yang sepatutnya bagi faedah semua kaum tanpa mengira di bandar atau luar bandar.

Namun, apabila negeri terbabit sudah membangun, rakyat berasakan mereka memerlukan pembangkang untuk merasai nikmat diperintah pembangkang pula? Apakah politik pembangunan sudah tidak relevan lagi kepada BN? Sukar untuk dijawab. Tanpa pembangunan, Malaysia akan terus ketinggalan. Pembangunan yang bagaimana rakyat inginkan? Apakah pembangunan yang tidak seimbang di dunia dan akhirat? Apakah rakyat inginkan pembangunan akhirat semata-mata? Soalan lain ialah apakah rakyat sudah muak dengan konsep perkongsian kuasa ala BN?

Apakah rakyat lebih suka cara demonstrasi jalanan? Apakah rakyat sudah menolak hak istimewa orang Melayu sebagai perjuangan politik mereka? Apakah rakyat lebih suka parti yang menabur janji untuk menurunkan harga minyak sedangkan ia mustahil? Apakah rakyat yakin pembangkang boleh menurunkan harga minyak? Jika diperhatikan, negeri yang jatuh ke tangan pembangkang itu sudah maju berbanding negeri lain. Jika BN tidak buat kerja, tentulah negeri tidak maju. Jadi apa kecacatan BN dan apa pula kelebihan pembangkang? Saya tidak tahu apakah isyarat yang cuba disampaikan rakyat di negeri terbabit? Apa-apa pun, dalam negara demokrasi ini, saya ingin ucap syabas kepada pembangkang atas kejayaan mereka 'menggoda' rakyat negeri terbabit.

Umno, MCA dan MIC dalam BN, saya masih menganggap BN adalah parti yang paling berjasa untuk Malaysia. Sabarlah dengan dugaan Pilihan Raya Umum ke-12 ini. Kepada pucuk kepemimpinan parti, teruskan perjuangan.

BN PerluKan Rawatan Segera

Pilihan Raya Umum Ke-12 yang dilaksanakan baru-baru ini telah menjadi tanda dan titik tolak kepada kepentingan bagi setiap parti yang terlibat.

Barisan Nasional (BN) yang merupakan “juara bertahan” yang selama ini berjaya mengekalkan majoriti kerusi 2/3 telah tempang dalam pilihan raya pada kali ini apabila pembangkang berjaya memperoleh 82 kerusi Parlimen manakala BN hanya mampu menakluki 140 kerusi sahaja.

Secara kasarnya dari segi angka jumlah kerusi yang dimiliki oleh pembangkang menunjukkan jumlah yang kecil daripada BN, namun ia sebenarnya merupakan kejayaan terbesar kepada pembangkang yang berjaya mencatatkan peningkatan drastik dari tahun 2004. Manakala dari perspektif BN, kejayaan pembangkang ini merupakan rekod terburuk BN semenjak tahun 1957.
‘Kekalahan BN’ ini mula menggamit para penganalisis bagi mencari ‘akar penyebab’ yang mempengaruhi rekod catatan rekod terburuk BN pada kali ini. Pelbagai alasan mula meniti di bibir-bibir rakyat yang cuba memperjelaskan fenomena perubahan terhadap dominasi BN selama ini.

Alasan-alasan seperti isu kenaikan harga barang, minyak, perpecahan dalam parti, kelemahan pentadbiran dan dasar kerajaan, nepotisme, masalah penamaan calon, lobi-melobi, gila kuasa, menjatuhkan antara satu sama lain, kelemahan pucuk pimpinan BN dan sebagainya adalah alasan yang merujuk kepada satu faktor asas iaitu kelemahan BN.

Malah terdapat masyarakat yang melihat kekalahan BN adalah disebabkan oleh kemunculan parti pembangkang yang kuat, berkarismatik, penawaran manifesto yang baik dan sebagainya.
Persoalannya adakah kejayaan pembangkang benar-benar dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti mana yang diuar-uarkan? Sekiranya kita menganalisis, kejayaan pembangkang pada pilihan raya kali ini, ia adalah hasil daripada kelemahan yang wujud dalam BN itu sendiri.
Pilihan raya pada kali ini telah membuka ruang yang memberikan ‘tuah’ kepada pembangkang untuk mengambil kesempatan dan menewaskan ‘dominasi’ BN dalam politik Malaysia selama ini.

BN sepatutnya tidak boleh menuding jari kepada pembangkang dengan kekalahan ini, sebaliknya BN perlu mengenal pasti apakah faktor utama yang menyebabkan kekalahan besar BN?

Dengan perkataan lain, BN perlu mengambil pendekatan yang lebih berkesan dengan mengenal pasti faktor yang mempunyai keutamaan terhadap kekalahan dalam pilihan raya kali ini. Ini menunjukkan BN memerlukan rawatan segera bagi memastikan BN kembali kukuh seperti yang pernah dikecapi sebelumnya.

Kekalahan BN pada kali ini turut dikaitkan dengan faktor 30 peratus pengundi muda yang telah menjejaskan undi BN dalam pilihan raya kali ini. Namun faktor ini hanyalah faktor yang melindungi faktor yang utama iaitu kelemahan BN itu sendiri. BN perlu bertanyakan mengapa golongan muda ini memilih pembangkang dan mengapa tidak BN?

Inilah analisis yang sepatutnya diutarakan dan bukannya dilihat sebagai faktor kekalahan BN.
Perlu kita sedar, senario cara dan penilaian berpolitik di Malaysia pada hari ini adalah berlainan berbanding pada masa dahulu. Usia Malaysia kini berumur 50 tahun dan ia membawa maksud telah wujud satu generasi yang berumur 50 tahun selepas tahun 1957.

Generasi ini adalah golongan yang menyaksikan perkembangan politik Malaysia yang berlandaskan keberkesanan kerajaan dan kemajuan ekonomi. Pemikiran politik sebilangan besar generasi baru ini adalah berbeza dengan generasi lama yang berpolitik berlandaskan kepentingan parti dan negara.

Di sini persoalan mengenai mengapa pemilih muda beralih kepada pembangkang adalah disebabkan oleh kelemahan BN itu sendiri yang gagal memahami perubahan pemikiran pengundi bagi generasi-generasi baru.

Perlu kita sedar, kejayaan pembangkang yang berjaya mencatatkan peningkatan undi dalam pilihan raya pada kali ini adalah hasil daripada pengundi yang pernah memilih BN dalam pilihan raya 2004. Ini bermaksud golongan ini pernah memberikan kepercayaan dan keyakinan kepada BN yang dipimpin oleh Perdana Menteri.

Jadi mengapa pada pilihan raya kali ini sokongan tersebut memihak kepada pembangkang? Pastinya kelemahan BN telah mempengaruhi undi golongan muda ini.
Perlu kita fahami salah satu faktor yang mempengaruhi undi rakyat adalah kewibawaan dan karismatik pemimpin sesuatu parti itu. Kelemahan kepimpinan dalam menangani masalah dalaman parti dan kelemahan dalam pelaksanaan dasar kerajaan telah menjadi kayu ukur bagi rakyat terhadap BN secara keseluruhan.

Isu-isu nasional seperti harga barang, kenaikan minyak, tol, rasuah, kes klip video berkaitan, skandal seks elit politik, rusuhan, nepotisme dalam politik negara, masalah masyarakat India, keselamatan sosial dan sebagainya adalah isu yang mempengaruhi tanggapan terhadap kemampuan kerajaan BN pada ketika ini.

Sememangnya ia adalah isu yang amat perit diterima, namun inilah isu yang diguna pakai oleh pembangkang yang berjaya memancing kepercayaan dan keyakinan rakyat. Di sini dapat kita lihat relevannya mengapa pembangkang melahirkan manifesto negara kebajikan, kerajaan yang bersih, menghapuskan tol, harga barang, keadilan dalam perundangan, menurunkan harga barang, menentang isu nepotisme, menawarkan pembangunan dan pembelaan bagi bukan Melayu dan kemakmuran negara.

BN perlu sedar, pertandingan mereka dalam setiap pilihan raya adalah satu gelanggang yang tidak hanya membawa imej dan nilai kewibawaan seseorang calon semata-mata. Sebaliknya ia juga akan turut membawa apa-apa sahaja pelaksanaan dan perkembangan yang dijalankan oleh BN semasa memerintah.

Ini menunjukkan para pengundi akan mengambil kira kelemahan dan kebaikan yang pernah dibuat oleh BN selama ini.

Di dalam gelanggang pilihan raya, parti yang bertanding tidak dapat melindungi apa-apa kelemahan yang telah berlaku kerana kelemahan setiap parti adalah senjata bagi parti-parti lain untuk mengalahkan musuh.

Justeru, semakin banyak kelemahan yang dilakukan, semakin banyak ruang dan senjata dapat digunakan oleh parti lain dalam mengalahkan BN dalam gelanggang pilihan raya.
‘Kekalahan BN’ pastinya akan menjadi lebih teruk sekiranya penyakit yang dialami oleh parti pada ketika ini tidak diselesaikan. Sekiranya BN hanya memberi penumpuan penyelesaian terhadap faktor-faktor sampingan dan tidak melakukan perubahan terhadap faktor yang sebenar iaitu kepimpinan dan masalah parti, ia sebenarnya akan gagal menggamit keyakinan dan kepercayaan rakyat Malaysia.

Situasi ini sekali lagi akan mempengaruhi prestasi BN pada pilihan raya akan datang. Rombakan dalaman parti boleh dilaksanakan berdasarkan merit yang berjaya dicapai oleh calon-calon dalam pilihan raya baru-baru ini.

Kekalahan elit politik dan muka lama BN yang satu masa dahulu merupakan tunjang atau ikon bagi setiap parti adalah satu titik tolak yang memberi isyarat kepada BN untuk memperkenalkan muka baru dalam barisan parti pada kuantiti yang lebih besar.
Pengenalan muka baru ini perlulah merujuk kepada sejauh mana sokongan rakyat, kebolehan dan sumbangan golongan ini kepada rakyat di sesuatu kawasan.

Kejayaan pembangkang mengemukakan barisan muka baru termasuk Nurul Izzah Anwar yang berjaya mengalahkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang merupakan gergasi wanita BN perlu dinilai oleh BN khususnya kemampuan golongan ini menggamit hati dan kepercayaan pengundi terhadap calon muda.

Dalam aliran politik Malaysia pada hari ini dominasi golongan oligarki (orang lama) dalam kuantiti yang besar adalah tidak seiring dengan peningkatan kadar pengundi muda dalam politik negara.

Saturday, March 8, 2008

KEPUTUSAN PRU 12

Semakan Keputusan PRU KE-12

http://pru12.spr.gov.my/spr/laporan/5_KedudukanAkhir.php

Friday, March 7, 2008

Siapakah Pilihan Daku?

P144 LEDANG
Jumlah Pengundi: 58,501
Peratusan Kaum: M: 52.92% C: 42.41% I: 4.60%
1. Hamim Samuri (BN)
2. Lau Tek Hai (PKR)
Penyandang: Hamim Samuri (BN) (Majoriti: 21,671 undi)


N11 SEROM
Jumlah Pengundi: 20,579
Peratusan Kaum: M: 65.46% C: 33.65% I: 0.82%1
1. Datuk Abdul Ghani Othman (BN)
2. Rusman Kemin (Pas)
Penyandang: Datuk Abdul Ghani Othman (BN) (Majoriti: 8,081 undi)

SELAMAT BERSARA . . .


Monday, March 3, 2008

Sekadar Fakta

DUN yg paling sejuk, DUN Batu Berendam
DUN yg paling tak de rasa, DUN Air Tawar,
DUN yg paling panas, DUN Pedas
DUN yg paling miskin, DUN Sekupang
DUN yg paling muda, DUN Sri Muda
DUN yg paling lemah, DUN Batang Berjuntai
DUN yg paling basah, DUN Sg Besar
DUN yg kuat makan satay, DUN Kajang
DUN yg banyak hantu, DUN Pucong
DUN yg ada istana, DUN Kota Raja.
DUN yg banyak ikan, DUN Tg Sepat
DUN yg paling keras, DUN Batu Tiga
DUN paling pendalaman, DUN Hulu Klang
DUN banyak air, DUN Ampangan
DUN banyak pengganas, DUN Kuala Kubu
DUN paling takde kemajuan, DUN Gurun
DUN paling bahaya, DUN Baling
DUN banyak semut, DUN Kota Sarang Semut.
DUN paling pelik, DUN Sg Ada Burung.
DUN ada binatang, DUN Kijang
DUN paling wangi, DUN Pokok Sena
DUN paling tak cantik, DUN Batu Buruk
DUN paling garang, DUN Senggarang
DUN paling banyak berahsia, DUN Tell Anybody kehkehkeh..

Friday, February 29, 2008

Sekadar Renungan







Pekeliling Lantikan Guru Data Hakiki

Sila klik kat :
http://www.emis.pelajaran.info/dokumen/Surat%20Pekeliling%20Pelantikan%20Guru%20Data.pdf

Cuti Berganti: Boleh Ambil Atau Tidak?

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan hari pembuangan undi bagi Pilihan Raya Umum Ke-12 ialah pada Sabtu 8 Mac 2008 iaitu hari pertama Cuti Pertengahan Penggal Persekolahan. Bagi memudahkan warga pendidikan pulang ke tempat asal mereka untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi, Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju supaya sekolah-sekolah di negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang hari minggunya hari sabtu dan Ahad diberi pilihan untuk mengambil cuti berganti pada hari Jumaat 7 Mac 2008. Persekolahan hari tersebut hendaklah diganti pada hari Sabtu 29 Mac 2007.

2. Sehubungan dengan ini, dinasihatkan supaya meluluskan Cuti Berganti tersebut mengikut kes-kes yang memohon sahaja dan kelulusan ini, tidak diberi secara keseluruhan. Semua Pejabat Pelajaran Gabungan/ Daerah hendaklah diarahkan supaya memantau perlaksanaan cuti tambahan berganti ini. Adalah diingatkan bahawa pihak sekolah tidak boleh mengambil Cuti Peristiwa untuk tujuan ini kerana PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PENGGAL, HARI DAN CUTI SEKOLAH) 1998 melarang Cuti Peristiwa digunakan untuk menyambung Cuti Penggal Persekolahan.

Monday, February 25, 2008

Permohonan Pertukaran Guru Jun 2008 Secara Online

Sukacita dimaklumkan bahawa pertukaran guru antara negeri dan bahagian-bahagian di KPM mulai Jun 2008 akan di buat secara on-line (eGTukar).

Sistem akan di buka kepada semua guru-guru yang berkelayakan untuk bertukar antara negeri bermula pada 1 April 2008 hingga 30 April 2008 (1 bulan) melalui laman web KPM di alamat URL http://www.moe.gov.my pada APLIKASI DALAM TALIAN ruangan Perguruan.

Harap maklum.

Saturday, February 23, 2008

Cuti sekolah sehari lebih awal

Cuti sekolah pertengahan penggal di seluruh negara, kecuali Kelantan, Terengganu dan Kedah, yang bermula 8 Mac ini, diawalkan sehari bagi membolehkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat persiapan di 2,262 sekolah yang dijadikan tempat mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata keputusan menganjakkan cuti itu pada 7 Mac juga dibuat bagi membolehkan ibu bapa dan guru pulang lebih awal ke kawasan pengundian masing-masing. Beliau bagaimanapun berkata, pengurusan sekolah perlu menggantikan hari cuti berkenaan pada Sabtu, 29 Mac.

Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak terbabit dengan perubahan itu kerana cuti pertengahan penggal di negeri berkenaan bermula pada 7 Mac hingga 15 Mac, manakala negeri lain dari 8 Mac hingga 16 Mac.

Pilihan Raya : Dulu dan Kini


GENDANG sudah dipalu dan hanya menanti tari mengikut rentak. Pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, akhirnya menjawab teka-teki mengenai pilihan raya umum ke-12. Bagaimanapun, demam pilihan raya sebenarnya sudah melanda seluruh pelusuk negara sejak berbulan-bulan lalu.

Apabila gendang dipalu secara rasmi, bermakna bilik gerakan parti politik yang sudah dibuka kini mula beroperasi. Poster dan bendera pula sedia ditampal dan digantung. Di kalangan parti politik, senarai calon yang bakal bertanding kini memasuki peringkat akhir sebelum diumumkan. Bagaimanapun, pilihan raya bukan hanya untuk ahli politik. Inilah masa rakyat menjadi raja untuk membuat pemilihan bijak hanya sekali dalam tempoh lima tahun. Walaupun zaman berubah, pilihan raya tetap sama, tetapi kaedah berubah. Ketika berceramah di khalayak ramai masih menjadi cara berkempen popular, kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) menyebabkan saluran internet seperti laman web dan blog mula menjadi pilihan.
SISWA Institut Teknologi Mara (ITM) membantu proses pengiraan undi di Universiti Malaya pada 1969.

Begitu juga Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang turut dijadikan saluran berkempen. Itulah bezanya pilihan raya dulu dan sekarang. SUDAH terang lagi bersuluh. Ketibaan pilihan raya umum ke-12 amat dinanti-nantikan, terutama di kalangan pengundi baru. Jika sebelum ini hanya melihat dan mendengar cerita orang lain, kali ini berpeluang memasukkan sendiri kertas undi ke dalam peti. Mereka yang pernah mengundi juga menantikan kehadiran pilihan raya untuk menunaikan tanggungjawab dan hak sebagai warga negara memilih calon dan parti yang membentuk kerajaan serta memerintah negara. Menjelang pilihan raya umum ke-12, sebahagian besar penduduk negara tidak tahu atau ingat permulaan pilihan raya umum di negara ini.

Pilihan raya pertama diadakan pada zaman penjajahan Inggeris, iaitu pada 27 Julai 1955, bertujuan menubuhkan Majlis Mesyuarat Persekutuan. Dalam pilihan raya yang membabitkan 52 kerusi, Parti Perikatan yang dianggotai Umno, MCA dan MIC bertanding di semua kawasan. Pencabar utama, Parti Negara meletakkan 33 calon dan Pas 14 calon. Persatuan Kebangsaan Perak, Liga Melayu Perak dan Parti Progresif Rakyat (PPP) hanya bertanding di Perak. Seramai 18 calon bebas turut bertanding di seluruh negara. Dalam suasana kebangkitan rakyat untuk mendapat pemerintahan sendiri, Perikatan pimpinan Tunku Abdul Rahman, mendapat kepercayaan pengundi dengan menang besar apabila meraih 51 kerusi. Baki satu kerusi menjadi milik Pas.


Selepas kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa pilihan raya umum mesti diadakan sekali dalam tempoh lima tahun atau dewan dibubarkan lebih awal. Berikutan itu, pilihan raya pertama selepas kemerdekaan diadakan pada 1959. Sebanyak 11 pilihan raya umum diadakan dengan kali terakhir pada 2004. Sepanjang tempoh itu, perubahan yang berlaku sejajar dengan kepesatan kemajuan negara menyebabkan pilihan raya pada peringkat awal sukar digambarkan oleh generasi sekarang. Bayangkan ketika negara baru mencapai kemerdekaan dengan pelbagai kekurangan dari segi kemudahan jalan raya, bekalan elektrik hanya di kawasan bandar, manakala sebahagian rakyat dibelenggu buta huruf. Mengimbas suasana ketika itu, Tan Sri Aishah Ghani, 85, yang bertanding di Parlimen Setapak pada pilihan raya umum 1959, banyak menyimpan pengalaman pahit manis ketika rakyat masih mentah dari segi pengalaman pilihan raya. Pada tahun itu, Aishah tewas kepada Ahmad Boestaman, tetapi menang pada pilihan raya umum 1974, 1978 dan 1982 di Parlimen Kuala Langat. "Kalau dibandingkan zaman dulu dan sekarang, pengundi sekarang jauh lebih canggih. Dulu pengundi perlu diajar kerana ramai yang bukan saja tidak boleh membaca dan menulis, malah tidak biasa mengundi. "Saya bukan saja berkempen untuk kemenangan Perikatan, tetapi mengajar pengundi cara memangkah kertas undi," katanya. Pada awal 1960-an, katanya berkempen di Selangor tidak sesukar menjelajah negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu. Kebanyakan kampung di pedalaman negeri itu, katanya tidak mempunyai jalan yang boleh dimasuki kenderaan, termasuk basikal. Bekas Pengerusi Tetap Pergerakan Wanita Umno itu memberitahu calon dan ahli parti terpaksa berjalan kaki dari sebuah kampung ke kampung lain. Walaupun penat, terpaksa menggagahkan diri demi parti. Katanya, kemiskinan menyebabkan calon ketika berkempen membawa gula, teh dan biskut, untuk diberikan kepada tuan rumah. "Mereka terlalu miskin hingga tidak sampai hati datang dengan tangan kosong.


Walaupun miskin, penduduk kampung sudi meluangkan masa untuk mendengar penerangan mengenai perjuangan Perikatan," katanya. Berbeza dengan sekarang, katanya pilihan raya umum peringkat Parlimen dan Negeri pada 1959 tidak diadakan serentak. Pilihan raya Negeri diadakan pada Mei, manakala Parlimen berlangsung tiga bulan kemudian. Katanya, ini menyebabkan keputusan peringkat Negeri memberi kesan terhadap pilihan pengundi peringkat Parlimen. Veteran Umno Melaka, Tan Sri Abdul Aziz Tapa, 84, hanya bertanding pada pilihan raya umum 1978, tetapi aktif dalam politik sejak sebelum merdeka dan mempunyai banyak pengalaman berkaitan pilihan raya. Antara pengalaman lucu yang masih diingat ialah seorang pengundi menggigil selepas keluar dari pusat mengundi. "Saya tanya mengapa menggigil. Lelaki itu beritahu saya, dia hendak mengundi kapal layar (lambang Perikatan), tetapi pada kertas undi, dia menulis tanda betul dan bukan pangkah. Dia keliru kerana tanda betul digunakan dalam kebanyakan urusan harian," katanya. Faktor perubahan zaman, katanya menyebabkan kerja memasang poster dan bendera kini perlu dibayar. Hingga akhir tahun 1970-an, katanya secawan kopi dan kuih sudah mencukupi sebagai tanda terima kasih kerana ahli parti lebih mengutamakan perjuangan parti. Pada 1959, Abdul Aziz memberitahu beliau hanya ahli biasa parti, tetapi bekerja keras untuk memenangkan calon Perikatan.

"Satu perkara yang tidak berubah sejak dulu hingga sekarang, suasana pilihan raya umum meriah seperti pesta. Poster dan bendera dipasang di mana-mana. Saya bersyukur kerana di Melaka, walaupun persaingan antara parti hebat, pilihan raya berlangsung dalam keadaan aman," katanya. Zaman berubah, pilihan raya tetap sama, tetapi kaedah berubah. Ketika berceramah di khalayak ramai masih menjadi cara berkempen popular, kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) menyebabkan saluran internet seperti laman web dan blog mula menjadi pilihan. Begitu juga Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang kegunaannya bukan hanya digunakan untuk mengundi peserta Akademi Fantasia, Jika pada zaman awal kemerdekaan, pengisian kemerdekaan seperti kemudahan asas, jalan raya, bekalan air dan elektrik dan peluang pendidikan menjadi isu utama, isu itu masih relevan hingga hari ini, ditambah dengan pelbagai perkembangan semasa.

Sunday, February 17, 2008

MAJLIS KONVOKESYEN IPPM

MAJLIS KONVOKESYEN IPPM ditetapkan pada 24 April 2008

Saturday, February 2, 2008

Meh Kita Pakat Ngundi BN

Semak tempat mengundi :

http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp

http://202.190.126.62/

http://www.spr.gov.my/index/semaksmsPRU12/sms.html

Saturday, January 26, 2008

Ya Allah, Tabahkan lah hati ku ini . . .

Minggu ini, terasa amat cepat berlalu, Alhamdulillah dapat aku tempuhi dengan nafas yang tercunggap2.

Seperti yang dirancang, minggu ini aku "kena" latih budak utk menghadapi Kejohanan Badminton MSSD Muar yang akan berlangsung pada 29 - 31 Jan. 2008. Bermakna Jam 3.00 pm aku dah terpacak kat gelanggang Badminton Stadium.

Malang menimpa anak aku, dia pengsan kat sekolah SAB1 hari selasa. Jam 9.00 - 10.35 am. Aku amat kesal apabila pihak sekolah lewat memaklumkan pada aku, kul 10.30 am baru tahu. Pada hal jarak sekolah aku dengan anak tak sampai pun 1 km. Nak kata tiada no. tel aku. Tak mungkin sebab kat guru kelas aku dah beri. Beberapa guru yang ngajar anak aku pun dah tahu no. aku. Lagipun kat beg, buku tulis, dompet dah ku labelkan nombor phone aku. Seperti biasa le ibu bapa dipersalahkan, konon nya tak bersarapan pagi. Berkat ilmu DakLan, aku mendengar je kemarahan/luahan hati GB. Lepas dia berceloteh aku pun start mematah hujah2 GB. Kan aku dah bersedia dengan spy2 kat sekolah tu. Lagipun kan anak aku "glamour" kat SAB1. Terima kasih DakLan. Sekurang2 dpt le belajar sesuatu yang bermakna kat IPPM tu. Melopong mulut GB tu dibuatnya.

Petang selasa, ketika aku berlatih badminton, anak aku mengadu sakit di dada. Aku bawa ke klinik swasta tapi dia syor ke hospital. Aku terus le bawa ke hospital. Anak aku terpaksa di tahan di wad.

bersambung . . . hari sabtu (sekarang) bapa mertua aku lak masuk wad. so sekrg aku kena jaga. Almaklum le wife aku anak sulung & perempuan tunggal.
Ya Allah, Tabahkan lah hatiku ini . . .

Sunday, January 20, 2008

KALENDAR PEPERIKSAAN PTK-SSM 2008 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


Saturday, January 19, 2008

Selamat Berhari Asyura

10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Peristiwa penting berlaku pada 10 Muharam:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.

Thursday, January 17, 2008

Makanan 'menanti' di muka pintu


SEBELUM ini, mungkin kebanyakan kita menganggap hanya beberapa restoran makanan segera saja yang menawarkan perkhidmatan penghantaran ke rumah. Sebenarnya bukan hanya restoran makanan segera saja yang dapat menghantar makanan segera terus ke pintu rumah anda. Hidangan yang sebelum ini anda fikir hanya boleh dinikmati di ruang restoran yang berhawa dingin juga boleh dinikmati dalam suasana santai di rumah.

Perkhidmatan Room Service Deliveries (RSD) membuatkan anda tidak terseksa keluar menghadapi kesesakan jalan raya dan beratur menanti giliran semata-mata untuk menikmati makanan yang diidamkan di restoran kegemaran anda. Setakat ini, RSD adalah satu-satunya perkhidmatan penghantaran makanan terbesar untuk rangkaian restoran terpilih di ibu negara mulai jam 11 pagi hingga 11 malam setiap hari. Konsep perkhidmatan seperti ini sebenarnya sudah lama dipraktikkan di bandar maju seperti London dan New York. Di Malaysia juga ia bukan sesuatu yang terlalu baru sebaliknya sudah mula diperkenalkan sejak 2002.

"Perkhidmatan ini semakin mendapat sambutan sejak tiga tahun lalu. Kini, kami menjalankan perkhidmatan penghantaran untuk lebih 100 restoran terkemuka yang menyediakan pelbagai hidangan lazat. "Malah, pelanggan tetap RSD juga sudah mencecah 10,000 orang," kata Steven Chew yang bertindak sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan Asian Room Service Sdn Bhd, syarikat yang menjayakan perkhidmatan ini. Idea membawa perkhidmatan ini ke Malaysia adalah berikutan ketiadaan perkhidmatan penghantaran ke rumah dan pejabat oleh kebanyakan restoran sedangkan permintaan untuk perkhidmatan berkenaan wujud. Ia juga didorong oleh perubahan dalam gaya hidup masyarakat hari ini yang kian sibuk.
"Golongan yang sibuk biasanya tidak mempunyai banyak masa untuk memasak di rumah dan selalunya tidak berkesempatan untuk menikmati hidangan kegemaran ketika bekerja atas faktor waktu yang terhad. "Makanan yang boleh dipesan melalui penghantaran pula kebanyakan makanan segera. Sesekali pastinya mereka teringin untuk menikmati hidangan istimewa di restoran. Perkhidmatan yang dijalankan RSD ini dapat memenuhi keinginan mereka itu," katanya. Kata Chew, untuk membuat pesanan, pelanggan hanya perlu merujuk menu yang disediakan dan membuat pesanan melalui panggilan telefon.
"Sebelum itu, mereka harus melengkapkan butiran diri yang diperlukan seperti nama, alamat kediaman atau pejabat dan nombor telefon. "Maklumat ini akan menjadi rujukan untuk pesanan yang seterusnya," katanya. Harga pesanan minimum adalah RM20 dan setiap penghantaran akan dicaj RM10. Bagi setiap pesanan, RSD memberi beberapa jaminan seperti penghantaran dalam tempoh kira-kira satu jam atau satu jam 15 minit di zon yang lokasinya agak jauh dari pusat bandar. Mereka akan memastikan hidangan yang dihantar kepada pelanggan masih berkeadaan panas. Pelanggan turut dibenarkan membuat beberapa pesanan dari restoran berlainan.
"Setiap hari, purata panggilan yang diterima RSD adalah sekitar 100 panggilan. Kebanyakannya datang dari kawasan Bangsar dan beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur. "Peningkatan bilangan pelanggan mungkin dipengaruhi pertambahan bilangan restoran yang berada di bawah perkhidmatan kami, yang mana secara tidak langsung memberi lebih banyak pilihan hidangan untuk pelanggan. "Ketepatan masa penghantaran juga menyumbang kepada peningkatan ini," katanya. Selain penghantaran makanan, RSD merancang untuk meluaskan perkhidmatan mereka kepada penghantaran barangan runcit dan juga penghantaran ke dobi. Ia dijangka dilaksanakan tahun ini. "Kami juga bercadang untuk meluaskan perkhidmatan ini ke Singapura tahun depan memandangkan ia antara pasaran strategik di rantau ini.
"Tahun berikutnya kami akan meneroka ke negara lain pula," ujar Chew sambil menambah, tiada had maksimum untuk jumlah hidangan yang ingin dipesan dan pelanggan juga boleh membayar menggunakan kad kredit. RSD akan mengadakan promosi istimewa sempena Tahun Baru Cina dan Hari Kekasih Februari ini. Untuk maklumat lanjut, layari www.roomservicedeliveries.com
Hidangan tetap panas, lazat Ribuan pelanggan Room Service Deliveries (RSD) di sekitar Lembah Klang yang berada di sekitar Lembah Klang mempunyai menu RSD yang menyenaraikan pilihan hidangan dan restoran yang dibahagikan mengikut kawasan iaitu sekitar Kuala Lumpur & Ampang, Bangsar & Petaling Jaya, Subang & Sunway serta Pulau Pinang. Menu ini dihasilkan dan diedar setiap enam bulan agar senarai restoran dan menu dapat dikemaskini sekali gus memperluaskan lagi pasaran. Pelanggan hanya perlu mendapatkan menu, memilih restoran kegemaran mereka, memilih nombor hidangan yang diingini, kemudian menghubungi 03-6201 2400. Wakil khidmat pelanggan akan mengambil pesanan, memberitahu jumlah yang perlu dibayar pelanggan serta tempoh penghantaran pesanan berkenaan. RSD akan menghantar dua salinan faks pesanan itu kepada restoran supaya mereka (restoran) menyediakan hidangan dalam tempoh 20 ke 25 minit berikutnya. Seorang daripada kakitangan penghantaran RSD akan mengambil hidangan yang dipesan dari restoran itu bersama satu daripada salinan faks dan terus menghantarnya kepada pelanggan yang membuat pesanan dalam masa satu jam. Setiap pesanan yang hendak dihantar diletakkan di dalam 'Hot Bags' yang direka khusus untuk memastikan pelanggan menerima makanan yang panas, lazat dan sedia untuk dinikmati.
Ketika pesanan diambil dari restoran, kakitangan penghantaran itu mesti membuat panggilan FOB (food on board) kepada pusat khidmat pelanggan RSD dan membuat panggilan sekali lagi ketika pesanan sudah dihantar kepada pelanggan. Cara ini membolehkan pusat khidmat pelanggan RSD mengawasi dan memastikan pesanan dapat diterima pelanggan dalam tempoh yang dijanjikan. Fokus perkhidmatan RSD adalah kepada pelanggan yang ingin menikmati makanan mereka di rumah.
Oleh itu, perkhidmatan ini tidak memberi persaingan kepada operasi perniagaan di restoran yang mengambil bahagian malah menjana pendapatan tambahan kepada mereka serta membantu untuk memaksimumkan pengeluaran dari dapur restoran. Waktu puncak penghantaran iaitu antara jam 6 petang hingga 8 malam juga tidak berselisih dengan waktu puncak kesibukan di restoran (sekitar jam 8 hingga 10 malam). Biasanya, RSD akan sibuk menerima panggilan dari pelanggan ketika cuaca hujan, berlangsungnya perlawanan bola sepak atau ketika cuaca tidak baik yang mana waktu begini kebanyakan individu lebih senang berada di rumah.

Wednesday, January 16, 2008

Takwim Peperiksaan Tahun 2008


UPSR
Ujian Bertulis 9 - 11 September 2008

PMR
Ujian Bertulis 14 - 20 Oktober 2008

SPM
Amali 13 - 15 Oktober 2008
Ujian Bertulis 12 November - 4 Disember 2008

STAM
Ujian Lisan 13 - 18 Julai 2008 & 20 - 25 Julai 2008
Ujian Bertulis 14 - 16 Oktober 2008 & 20 - 21 Oktober 2008

SPM (Ulangan)
Bahasa Melayu 24 Jun 2008
Matematik 25 Jun 2008

Tuesday, January 15, 2008

PEMAKAIAN PAKAIAN BATIK MALAYSIA OLEH PEGAWAI AWAM

Mengikut SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2008,
Kerajaan telah memutuskan supaya hari pemakaian batik oleh pegawai awam iaitu pada hari pertama dan hari ke-15 setiap bulan dipinda kepada setiap hari Khamis.

Pindaan ini juga melibatkan hari pemakaian fesyen pakaian batik Malaysia alternatif pegawai lelaki seperti yang ditetapkan di perenggan 4, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006.

Monday, January 14, 2008

DI MANA SHARLINIE?


Sharlinie Mohd. Nashar, 5, dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya.
Mangsa diculik kira-kira pukul 11.30 pagi. Ketika itu mangsa sedang leka bermain bersama kakaknya, Sharliena yang berusia lapan tahun.
Ketika hilang mangsa memakai baju-T dan skirt berwarna biru muda serta selipar warna merah jambu.

Sunday, January 13, 2008

ETIKA KELAKUAN PELAJAR SISTEM MERIT DEMERIT


Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga disiapkan.

Saturday, January 12, 2008

Sabtu Yang Pertama

Hari ini macam biasa le, lepas membasuh kasut sekolah anak, aku menyidai baju yang dah dibasuh malam tadi. Kul 8.00 pagi aku bawa le anak2 gi bersarapan di Kopitiam kegemaran anak2. Mana lagi kalau tidak di depan bus station Muar. Tapi aku pelik le ngapa org2 panggil bus station Pagoh. aku ada tanya2 orang dia orang kata sebab kebanyakan bas ke Pagoh. Siasat punya siasat, tak betul maklumat tu. Begitu selera anak makan satay, telur rebus, nasi lemak, roti bakar dan mee rebus. Almaklum le sabtu pertama dia orang dapat menikmati kelumrahan yang biasa dilalui setiap sabtu. Tapi bila dah 4 ini, kelam kabut le sikit. Mungkinkah bertambah lagi selepas ini?

Pukul 9.30 aku ke Pasar Awam Parit Jawa, membeli lauk2 untuk minggu depan. Al maklum le Aleeya & Raszique ini tak suka makan di warung2 atau restoran. Dia lebih gemar dimasak sendiri dan yang cerewetnya nakkan ikan, sotong, udang & ayam yang segar. Dulu aku makan aja apa yang mamaku hidangkan.

Selepas tu aku bawa anak ke Pantai Leka, Parit Jawa melihat suasana air pasang, bot2 nelayan dan yang paling anak2 aku suka, melihat burung2 bagau berterbangan.

Jam dahpun pukul 11.30 pagi, apa lagi, singgah le makan Asam Pedas di Warung Pak Yahya TV3. Begitu selera anak2 aku makan termasuk le emak bapaknya. Mungkin sebab dah 2 bulan mereka berpuasa. Tapi macam biasa le yang berdua itu hanya makan ikan2 aja.

Petang2 begini apa lagi, tarik le selimut. Anak2 pun dah tido . . .

Malam sabtu ini aku teruskan usaha membuat Sistem Merit Demerit menggunakan Excel. Berkat "didikan" Dr. Kah, aku "dah mahir" menggunakannya. Insya Allah sebelum 21 Januari ini dah boleh digunakan. Ini le satu2nya projek terbaru aku, almaklum le salah seorang pelajar cemerlang kspk tmk 2007.

Friday, January 11, 2008

Ronda2 Kat Melaka

Semalam merupakan cuti umum sempena Maal Hijrah. So dapat le aku membawa anak ronda2 kat Melaka setelah "berehat" hampir 2 bulan. Destinasi pertama tentunya bersarapan kat Warung Lot 85. Setelah tu aku menuju ke destinasi kegemaran anak2 aku. Sudah tentu le Zoo Melaka. Almaklum le dah hampir 2 bulan tak ke sana. Banyak gak perubahannya.

Selepas makan di Warung Pak Enal, sudah tentu le ke Mahkota Prade. Melayan kerenah anak2 membeli apa2 yang patut. Kemudian ronda2 ke Tanjung Kling. Jam dah pukul 5 pm. Anak2 pun dah kepenatan. Apa lagi, terus le balik . . .

Thursday, January 10, 2008

Profesion perguruan tagih kejujuran

SESI persekolahan 2008 sudah bermula. Tahun baru membawa azam baru bagi guru yang sudah tentu ingin memperkasakan diri bagi mempertingkatkan kejayaan dalam profesion perguruan. Laporan akhbar pada 2007 yang menunjukkan 200 aduan salah laku guru dengan pelbagai masalah etika kerja, disiplin dan moral serta rasuah perlu diberi perhatian serius oleh guru dan masyarakat.

Bagi guru, salah laku yang dilakukan oleh guru akan menjejaskan nama baik profesion perguruan di mata masyarakat dan bagi masyarakat pula, isu salah laku ini akan menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap guru yang diamanahkan untuk mendidik anak mereka seperti kata pepatah 'ketam mengajar anaknya berjalan betul sedangkan diri sendiri jalan bengkang bengkok'. Guru perlu sedar bahawa segala tindak tanduk dan perlakuan mereka sentiasa menjadi perhatian masyarakat setempat, tambahan lagi jika guru itu bertugas di kawasan luar bandar yang penuh dengan peradaban hidup masyarakat kampung atau masyarakat yang sentiasa memandang tinggi kepada tatasusila kehidupan.

Guru perlu peka kepada persekitaran mereka seperti kata pepatah 'di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung'. Dalam profesion perguruan pula seseorang guru yang memegang amanah untuk menjawat jawatan guru akan terikat dengan etika profesionalisme sebagai seorang guru yang mesti dijunjung dan dipatuhi selagi mana jawatan sebagai guru itu dipegang individu terbabit. Sebagai seorang guru pula, segala etika tatasusila perguruan serta disiplin dan moral bagi seorang guru sudah dihafal dan dilaksanakan dalam kerjaya mereka sebagai guru. Pada masa sama, guru juga perlu memahami bahawa etika profesionalisme itu bukan saja tertakluk kepada perundangan yang tertulis dalam buku, tetapi menjangkaui kehendak dan keperluan semasa dan masyarakat.

Seorang guru perlu mempunyai moral dan disiplin diri yang diterap dengan jelas dan jitu dalam membentuk diri menjadi seorang guru yang berakhlak mulia. Guru menjunjung amanah sebagai pendidik yang perlu bersikap jujur dan ikhlas terhadap pelajarnya, sekolah dan pentadbiran organisasi pendidikan secara keseluruhannya. Guru perlu amanah dalam menjalankan tugasnya. Amanah dan jujur dalam tugas sangat dipandang tinggi dalam kerjaya perguruan, seseorang guru tidak boleh merungut, memberontak dalam diam dan secara terang dan mengutuk pihak berkaitan jika ditugaskan di sekolah di pedalaman atau negeri dan kawasan yang tidak mereka sukai.

Guru juga tidak boleh melakukan tugasan dan aktiviti seperti berikut yang menjejaskan etika profesionalisme, seperti:

Datang lambat ke sekolah dengan pelbagai alasan tidak munasabah.

Berpakaian selekeh dan tidak kemas dan tidak menunjukkan contoh sahsiah diri yang baik di mata pelajar.

Berkomunikasi dengan bahasa yang buruk dan kasar, terutama terhadap pelajar yang boleh menjejaskan perhubungan yang baik antara guru dan pelajar.

Berniaga dalam masa kerja dan menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang memberi manfaat kepada diri.

Mengajar yang tidak memberi kesan positif kepada pelajar seperti mengajar terlalu lambat, tidak membuat persediaan mengajar yang baik, tidak mengikut sukatan pelajaran, tidak memberi kerja rumah kerana malas hendak menanda kerja rumah pelajar, duduk semasa mengajar, membebel dan berborak dengan pelajar dalam waktu mengajar, marah dan memaki hamun pelajar dalam masa mengajar dan pelbagai lagi perkara yang boleh menjejaskan proses pembelajaran yang berkesan.

Terlalu memanjakan pelajar sehingga membabitkan emosi dan perasaan pelajar terganggu, terutama pelajar atau guru yang berlainan jantina. Keadaan ini membuatkan ada pelajar yang memendam perasaan 'cinta' kepada guru mereka dan disebabkan perhubungan mesra ini ada guru lelaki yang mengambil kesempatan terhadap pelajar perempuan seperti mencabul dan merogol pelajar berkaitan.

Guru sepatutnya menjadi pelindung, pendorong dan pendidik kepada anak muridnya. Dalam keadaan ini guru perlu sentiasa mampu mempertingkatkan diri dan profesionalisme profesion perguruan dengan menjalankan aktiviti dan tanggungjawab terhadap diri, profesion perguruan dan terhadap agama, bangsa dan negara.

Memajukan diri dengan membuat tugasan dan aktiviti yang relevan untuk mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu sentiasa membaca, membuat rujukan dan semakan terhadap hal semasa dan pelbagai aspek ilmuan yang boleh ditunjuk pakai kepada pelajarnya.

Guru perlu terus mempertingkatkan diri sendiri dengan menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi bagi tujuan membina ilmuan dalam bidang yang menjadi kepakaran mereka. l Guru perlu sentiasa menjaga sahsiah diri yang baik bagi mempertingkatkan reputasi dan maruah mereka sebagai guru dan profesion perguruan.

Guru perlulah berterusan memberikan komitmen yang padu terhadap sekolah dan pentadbiran pendidikan dengan menghadiri kursus yang diperuntukkan untuk guru bagi mempertingkatkan lagi profesion perguruan dan keilmuan mereka.

Guru perlulah setia dan amanah terhadap profesion perguruan dengan tidak berbelah bagi kepercayaan mereka terhadap tugasan terhadap guru. Janganlah guru sentiasa memikirkan kepentingan diri dengan menjalankan tugas sampingan seperti menjadi guru tuisyen dengan komited, tetapi tugas hakiki sebagai guru di sekolah tidak dilaksana dengan sempurna.

Guru perlu konsisten dalam menjalankan tugas dan tidak dipengaruhi emosi yang tidak stabil disebabkan masalah peribadi dan masalah pentadbiran sekolah. Contohnya, jika guru ditegur pengetua kerana hal disiplin, guru melepaskan kemarahan itu kepada pelajarnya. Atau jika guru memohon pertukaran sekolah dan permohonan terbabit ditolak, guru membuat tindakan 'mogok' secara senyap dalam tugas dengan tidak bertugas dengan baik, merungut dan sebagainya dengan tujuan untuk 'tunjuk perasaan' kerana permohonan tukar sekolahnya ditolak. Ini adalah pelanggaran etika yang tidak boleh dilakukan.

Guru tidak harus terbabit dengan isu sensitif yang berlaku dalam persekitaran mereka seperti isu politik, perkauman dan agama. Guru tidak boleh menghasut, mendorong dan menyemai semangat 'pemberontakan kasar dan halus' secara langsung atau tidak langsung dalam jiwa dan perlakuan pelajarnya. Ada guru yang melakukan perkara ini secara sengaja menerusi soalan ujian, contoh tugasan ataupun perdebatan dalam kelas.

Jika guru melakukan perkara ini dengan tujuan untuk mengumpul sokongan dan mendapat 'keahlian baru' dalam keadaan menyokong pendirian atau kumpulan yang diikuti guru terbabit, ia adalah perlanggaran etika profesionalisme perguruan.

Bukan mudah untuk menjadi guru yang mendokong etika profesionalisme perguruan tinggi, tetapi ia tidak juga susah untuk dilaksanakan dan dilaksanakan oleh seorang guru kerana pokok pangkalnya adalah kemahuan, kejujuran, komitmen dan kerjasama guru untuk bersama-sama masyarakat lain mempertingkatkan kejayaan anak bangsa demi agama, bangsa dan negara Malaysia tercinta.

Masa untuk tumpu aktiviti pembelajaran

SESI persekolahan 2008 sudah memasuki minggu kedua. Walaupun kebanyakan sekolah sudah memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P), masih kedengaran keluhan ibu bapa mengenai bebanan yang terpaksa mereka pikul dalam membuat persediaan persekolahan anak-anak mereka.

Antara keluhan yang paling hangat diperkatakan itu ialah mengenai yuran tambahan yang dikenakan pihak sekolah terutama yuran persatuan ibu bapa dan guru (PIBG), yuran komputer, caj pakaian sukan dan beberapa caj tambahan lain yang bagi mereka tidak wajar dikenakan pihak sekolah. Oleh kerana media turut memaparkan mengenai permasalahan itu, menjadikan isu berkenaan terus diperkatakan sehingga kini.

Isu berkaitan pendidikan sememangnya tidak pernah sunyi daripada menjadi perhatian masyarakat. Sama ada ia mengenai kejayaan pelajar, apatah lagi jika isu itu berkaitan kegagalan atau kelemahan pihak tertentu kerana ia turut menyentuh soal kepentingan pendidikan anak mereka.

Sebab itulah saban tahun, setiap kali bermulanya sesi baru persekolahan, isu pembiayaan persekolahan anak-anak sering menjadi tumpuan. Daripada isu kecil seperti kenaikan harga makanan di kantin sekolah hinggalah kepada kenaikan tambang bas dan harga uniform pelajar sering mendapat liputan media dan yang paling banyak diperkatakan ialah mengenai isu yuran persekolahan. Sama ada suka atau tidak, pendidikan akan terus menjadi fokus masyarakat sepanjang tahun. Soal disiplin, keselamatan pelajar, makanan, tambang bas, kebersihan sekolah, buku, prestasi akademik, asrama malahan semuanya akan menjadi perhatian ibu bapa dan masyarakat.

Tahun ini isu yuran persekolahan yang menjadi perbualan sejak September 2007 lagi, menjadi tumpuan utama berbanding tahun sebelum ini berikutan kerajaan mengumumkan pemansuhan yuran khas sekolah dalam pembentangan Bajet 2008 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Tanpa mendapat maklumat secukupnya mengenai nilai sebenar yuran khas sekolah yang dimansuhkan itu, ibu bapa menaruh harapan begitu tinggi bahawa langkah kerajaan akan dapat meringankan beban yuran yang terpaksa dibayar setiap tahun, lebih-lebih lagi apabila dikaitkan pula dengan pendidikan percuma untuk semua di mana Perdana Menteri turut mengumumkan perluasan Skim Bantuan Buku Teks kepada semua pelajar tanpa mengira pendapatan seisi rumah seperti yang disyaratkan sebelum ini. Malahan ada segelintir ibu bapa beranggapan pengumuman mengenai pemansuhan yuran khas sekolah itu bermakna ibu bapa tidak perlu membayar apa-apa langsung apabila sesi persekolahan baru 2008 dibuka.

Sehubungan itu, seperti yang dilaporkan media, ada sebilangan ibu bapa yang terperanjat dan keliru apabila tiba di sekolah mereka ditunjukkan senarai panjang yuran yang perlu dilunaskan, sama seperti tahun sebelum ini, malahan di sesetengah sekolah yurannya melebihi yuran yang perlu dibayar pada tahun sebelumnya apabila ada sekolah yang menaikkan yuran PIBG, serta beberapa caj tambahan lain. Bagi pihak yang mengetahui keadaan sebenar, kekecohan yang berlaku itu sudah dijangka berikutan maklumat yang tidak mencukupi sampai ke pengetahuan ibu bapa. Lebih memburukkan keadaan terdapat pula sekolah yang mengenakan caj tambahan yang tidak wajar seperti caj tandas.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, ternyata agak kecewa dengan apa yang berlaku. Barangkali ramai yang masih ingat, beliau pernah menyatakan kerajaan terpaksa menyediakan sejumlah peruntukan tambahan yang besar bagi menampung pemansuhan yuran khas sekolah, pemansuhan yuran peperiksaan serta perluasan Skim Pinjaman Buku Teks kepada 5.7 juta pelajar berbanding 4.5 juta juta sebelum ini. Harapan beliau ialah jangan ada di kalangan rakyat yang tidak menghargai bantuan yang dinikmati itu kerana bantuan yang disalurkan kerajaan untuk pendidikan adalah besar. Misalnya bagi menampung kos pemansuhan yuran peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan yang terbaru Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan sejumlah RM210 juta setahun.

Berikutan perluasan Skim Bantuan Buku Teks percuma kepada semua pelajar pula, kerajaan terpaksa menyediakan peruntukan tambahan sejumlah RM128 juta. Manakala pemansuhan yuran khas sekolah yang bernilai RM4.50 bagi murid sekolah rendah dan RM9 bagi sekolah menengah, kerajaan perlu menyediakan peruntukan tambahan berjumlah RM36.7 juta mulai tahun ini. Daripada jumlah itu, RM22.7 juta membabitkan yuran khas sekolah menengah, manakala RM14 juta lagi untuk sekolah rendah. Tahun ini juga, kerajaan akan mengagihkan uniform percuma untuk kegiatan kokurikulum kepada pelajar dari keluarga yang berpendapatan seisi rumah kurang daripada RM1,000 sebulan bagi memastikan setiap pelajar berpeluang membabitkan diri dalam kegiatan kokurikulum beruniform. Peruntukan yang harus disediakan bagi tujuan itu berjumlah RM188.8 juta. Terdapat banyak lagi bantuan lain yang disediakan kerajaan sepanjang 2008, antaranya bantuan makanan di asrama dengan peruntukan sejumlah RM1.14 bilion, rancangan makanan tambahan (RM276 juta), skim bantuan tuisyen (RM181.94 juta), bantuan makanan SBT (RM65.02 juta), program susu sekolah (RM26.7 juta), biasiswa (RM268.47 juta), pelajar kurang upaya (RM13.8 juta) dan tabung KWAPM (RM214.69 juta).

Kita harap isu yuran persekolahan tidak akan berpanjangan, sebaliknya dapat ditangani secepat mungkin. Biarlah selepas ini guru dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada aktiviti pembelajaran demi kemajuan anak-anak kita. Jika ada pihak yang masih tidak berpuas hati, mereka haruslah duduk semeja dengan pihak sekolah supaya masalah mereka dapat ditangani secara muafakat. Marilah kita bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan pelbagai program yang dirancangkan sepanjang tahun ini, sama ada kegiatan akademik mahupun kokurikulum. Banyak sekolah yang memerlukan sokongan sumber kewangan bagi mengisi dana untuk menjalankan pelbagai program berkenaan. Oleh itu setiap ibu bapa wajar memberi kerjasama dan jangan hanya pandai mencari kelemahan pengurusan sekolah.

Akhir sekali, ‘Selamat Tahun Baru 2008’ kepada semua guru. Jadikanlah setiap pengalaman suka duka yang dilalui sepanjang 2007 sebagai cabaran untuk mencatat kejayaan lebih gemilang pada 2008, demi kemajuan pendidikan anak bangsa.

Wednesday, January 9, 2008

Hidupkan suasana cinta, suami isteri

APABILA wujud perkahwinan, tidak semestinya semua berjalan dengan baik dan bahagia. Ada banyak perkara yang boleh mengubah tanggapan kita dan kita perlu banyak bersabar. Di bawah ini diperturunkan pengalaman masyarakat serta tanggapan mengenai perkahwinan dan pengalamannya selepas berkahwin.

1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.
Saya dan suami baru saja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan.

2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.
Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai. Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.

3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.
Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik saja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata.

4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.
Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada saja SMS yang dihantar, kadangkala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal.

5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.
Mana ada yang 100 peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutama dari segi kerjaya. Kadangkala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumah tangga kucar-kacir.

6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.
Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadangkala dari segi perangai, rupa paras, bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mula berkenalan dulu.

7. Anda tidak semestinya bersetuju dalam semua perkara.
Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur, mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.

8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.
Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan badai atau masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Mereka inilah pasangan sehati sejiwa masing-masing.

9. Hubungan seks ada turun naiknya.
Kadangkala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberangsangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ia bergantung kepada mood dan keadaan sekeliling.

10. Perasaan ego berlebihan amat berbahaya.
Apabila berlaku perselisihan, masing-masing menjadi begitu sensitif dan mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati. Sanggupkah anda?

Tuesday, January 8, 2008

Didik anak satu cabaran


DALAM proses memahami dan memupuk hubungan dengan anak, harus disedari kehendak anak yang sedang membesar. Apatah lagi dalam dunia yang serba mencabar kini, meskipun ia satu tanggungjawab, mendidik anak dianggap suatu cabaran kepada ibu bapa.Impian menjadikan anak sebagai individu berguna menjadi iltizam setiap insan. Namun, dalam proses menuju matlamat itu, banyak cabaran yang perlu ditempuh.

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara memberi petua bagaimana memupuk hubungan mesra dengan anak.

- Rasa selamat
Menyayangi anak sepenuh hati akan memberi perasaan selamat pada anak dan membina emosi anak yang kental. Walaupun perlu mendisiplinkan anak, beri jaminan tindakan anda itu kerana perasaan sayang. Nakal hanya pada perbuatan dan itu yang harus diberikan disiplin, bukannya memarahi anak itu. Jika anak menunjukkan sikap tidak menghormati anda sebagai ibu dan bapa, tegur si kecil dan beri penjelasan. Disiplin boleh diberi melalui nada suara yang tegas, menyekat permainan kesukaannya atau pukulan ringan, jika perlu.Anak harus sedar perbuatannya salah tetapi pada masa sama, si kecil tahu ibu dan bapanya berbuat demikian kerana sayang.

- Rasa dihargai
Sentiasa menghormati pandangan dan pendapat anak yang sedang membesar. Mereka bukannya patung atau barang hiasan. Anak mempunyai perasaan dan keinginan untuk diterima serta dihargai sebagai individu. Oleh itu, babitkan dirinya dalam perbualan seharian keluarga seawal usia satu tahun. Jika anak mahukan perhatian ketika anda sedang berbual dengan tetamu, jangan memarahinya. Dakap anak dan katakan anda mempunyai tetamu dan akan menemaninya sebentar lagi. Beri jaminan dan bermain dengan anak seperti yang dijanjikan. Ini menunjukkan anda menghargainya sebagai individu.

- Rasa penting
Kadang kala ibu bapa ingin memberi sepenuh kasih sayang menyebabkan anak dikongkong daripada membuat sebarang keputusan sendiri. Beri mereka peluang untuk memegang tanggungjawab. Latih anak yang sedang membesar melakukan beberapa tugas kecil dalam keluarga mereka berasa dirinya penting. Sebagai permulaan, minta anak membasuh cawannya sendiri.Anak nakal berpunca daripada keperluannya yang tidak dipenuhi. Sayangi anak sepenuh hati dan menerima anak seadanya. Pada masa sama, si kecil mahukan jaminan ibu bapanya akan sentiasa memberikan rasa selamat, menghargai dan menerimanya sebagai sebahagian ahli keluarga. Ini akan memastikan emosi anak tumbuh sihat.

-Jadikan waktu membesar menceriakan
Keluarga bahagia keluarga yang ceria. Rumah tempat untuk memupuk keceriaan, suasana riang dan membina kenangan manis. Rumah yang ceria juga mewujudkan suasana harmoni yang boleh dinikmati seisi keluarga. Jadikan aktiviti anda dan anak sesuatu yang ceria dan bukannya membebankan. Keseronokan bermain dengan anak mampu mengembalikan kenangan zaman kecil anda. Anak harus melihat anda bukan sekadar orang dewasa yang bijak, pembuat keputusan, pencari rezeki dan pembuat peraturan tetapi sebagai kawan yang ceria. Kenangan ini akan kekal sebagai kenangan masa kecil yang menceriakan. Namun, anak harus dididik untuk ceria seseorang tidak perlu mencederakan atau mengecilkan orang lain.

- Hadiahkan mereka nilai murni
Menjadi lumrah kanak-kanak yang meminta sebarang benda yang mereka lihat di televisyen atau milik kawannya. Malangnya, ibu bapa menurut saja kemahuan anak mereka tanpa menyedari memberi hadiah hanya akan menggembirakan anak untuk sehari tetapi pendidikan nilai murni akan memanfaatkan anak seumur hidup. Latih anak menghargai setiap pemberian daripada rakan dan sanak-saudara. Ini akan menyemai nilai bertimbang rasa, kesyukuran, persahabatan dan hormat-menghormati pada jiwa anak. Si kecil harus belajar mengucapkan terima kasih. Pastikan juga anak menjaga setiap pemberian berkenaan dengan baik. Misalnya, jika si kecil menerima buku, dia mesti belajar menjaga buku itu dengan baik walaupun tidak menyukainya. Anda harus mengehadkan pemberian hadiah sehingga anak benar-benar tahu menghargai dan menjaga setiap hadiah yang diterima. Jika tidak, anak akan mengambil kesempatan atas kemurahan hati anda.

Monday, January 7, 2008

Kesan Susu Formula?

MEMILIH susu formula untuk bayi kadangkala memeningkan kerana tidak tahu jenis mana yang baik dan sesuai dengan si kecil. Setiap jenama dan jenis susu formula mempunyai kelebihan masing-masing direka khusus bagi memenuhi pelbagai keperluan bayi.

Sebenarnya sebaik atau semahal mana pun susu formula, ia masih tidak dapat menandingi susu ibu. Inilah sebabnya Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan penyusuan badan secara eksklusif (memberi susu badan saja) sekurang-kurangnya selama enam bulan supaya bayi anda mendapat semua manfaat yang dianugerahkan Tuhan kerana kandungan susu badan berubah mengikut keperluan bayi. Sebaiknya pemberian susu badan diteruskan sehingga 12 bulan dan selepas tempoh ini, barulah anda boleh memikirkan susu alternatif untuk bayi apatah lagi bagi wanita yang perlu kembali bekerja atau kurang susu badan. Ini kerana sistem penghadaman bayi belum cukup matang untuk menghadam protein susu dan garam yang terkandung dalam susu formula. Pemilihan susu formula perlulah dibuat berlandaskan kesihatan bayi, umur, keperluan pemakanan dan harga. Secara amnya susu formula boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu yang berasaskan susu (lembu) atau soya. Kebanyakan susu formula adalah dalam kategori pertama dan harganya jauh lebih murah berbanding susu formula berasaskan soya. Susu formula berasaskan susu lembu diubahsuai sebaik mungkin untuk menyamai khasiat susu ibu.

Dalam proses ini kandungan karbohidrat, protein dan lemak akan diubahsuai mengikut peringkat umur sasaran selain diperkaya dengan vitamin dan mineral. Malah, ada juga susu yang direka khas untuk bayi pra matang (lahir tidak cukup bulan). Jenis kedua ialah susu berasaskan soya yang juga mengalami proses pengubahsuaian dan ditambah vitamin serta mineral. Ia tidak mengandungi susu tetapi mempunyai khasiat yang setanding dengan susu formula biasa. Biasanya susu formula jenis ini hanya disarankan untuk bayi yang mengalami masalah penghadaman (pencernaan) atau alahan terhadap protein susu lembu. Kelebihannya, ia mudah dihadamkan.

Tiada kaedah khusus yang boleh digunakan untuk menentukan kesesuaian susu bagi bayi anda. Langkah pertama ialah memberikan anak minum susu berasaskan susu lembu. Jika dia tidak menunjukkan gejala alahan, bermakna susu berkenaan sesuai untuknya.Namun, jika anak anda mengalami masalah pencernaan atau alahan susu lembu (seperti cirit birit atau muntah setiap kali diberikan susu formula berasaskan susu lembu), segeralah berbincang dengan doktor bagi memilih jenis susu yang sesuai untuk si kecil. Teknologi pembangunan susu formula sangat memberangsangkan. Pengusaha berlumba meningkatkan nilai untuk memberi lebih manfaat kepada bayi dengan menambah pelbagai bahan yang terdapat dalam susu ibu seperti asid dokoheksanoik (DHA) dan arakidonik (ARA) khusus bagi membantu perkembangan otak dan mata. Selain mementingkan perkembangan otak, rumusan susu formula baru memberi penekanan terhadap kesihatan sistem pencernaan bayi. Rumusan ini mengandungi immunofortis iaitu campuran oligosakarida yang bertindak sebagai makanan kepada bakteria baik dalam usus bayi.Antara matlamat kepada pembangunan susu bayi dengan rumusan immunofortis ialah untuk:

Meningkatkan perkembangan sistem imun (mengurangkan risiko jangkitan dan alahan)
Merangsang perkembangan otak, visual dan kognitif. Mengurangkan ketidakselesaan sistem penghadaman seperti sembelit, cirit birit, muntah, sakit perut, jeluak (muak). Menurut Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan Pemakanan Bayi, Royal Numico Asia Pasifik, Dr Jacques G Bindels, oligosakarida ialah karbohidrat yang tidak boleh dicernakan. Ia akan merangsang peningkatan bilangan dan aktiviti bakteria bifido dalam usus. Penambahan koloni bakteria bifido ini terbukti memberi kesan positif dan mampu meningkatkan daya tahan bayi terhadap sebarang jangkitan yang berlaku dalam usus. Kesihatan usus yang baik mempunyai kaitan rapat dengan perkembangan sistem imun bayi kerana dua per tiga (60 hingga 70 peratus) daripada sistem pertahanan badan terdapat di dalam usus. Selain itu kajian ke atas tikus mendapati pemberian immunofortis mampu meningkatkan tindak balas terhadap vaksin dan mengurangkan reaksi alahan.

Berdasarkan 12 kajian bebas ke atas 1,600 kanak-kanak kecil menunjukkan immunofortis mampu melembutkan najis dan mengurangkan 50 peratus risiko jangkitan saluran pernafasan dan cirit birit di kalangan kanak-kanak berumur kurang dua tahun berbanding bayi yang diberikan susu formula biasa. Sehubungan itu, pengambilan antibiotik bagi meningkatkan ketahanan bayi terhadap jangkitan bakteria juga dapat dikurangkan sehingga 75 peratus. Ini adalah perkembangan yang sangat baik kerana pengambilan antibiotik secara berlebihan boleh membawa kepada pembentukan jenis bakteria yang lebih berdaya tahan terhadap antibiotik.

Sunday, January 6, 2008

Jadilah Pendengar Yang Baik

MENJADI pendengar yang baik adalah segala-galanya bagi memulakan komunikasi lebih berkesan, sama ada sesama keluarga, rakan mahupun lingkungan yang lebih luas. Ada hanya tahu bercakap tetapi kurang mendengar.

Masalah ketidakcukupan masa bersama anak membuatkan mereka mencari orang luar terutama kawan rapat untuk berkomunikasi.

Bahkan ada di kalangan anak bermasalah cuba melakukan perbuatan tertentu sekadar meraih perhatian ibu bapa. Menjadi ibu bapa yang baik terutama mendengar masalah anak-anak melatih seseorang menjadi insan yang lebih baik dalam mengendalikan masalah terutama melatih sifat sabar dan mulia.

Kebanyakan masalah yang berlaku di kalangan anak yang meningkat remaja disebabkan cara komunikasi kurang berkesan menyebabkan sesuatu masalah gagal ditangani. Komunikasi dalam keluarga sebenarnya salah satu faktor untuk mewujudkan keluarga yang ceria, bahagia dan harmoni. Ada ibu bapa yang hanya meluangkan masa antara lima hingga 10 minit sehari untuk berbual dengan anak-anak.

Untuk itu, ibu bapa harus kenal pasti karakter dan personaliti anak. Jika ibu bapa rapat dengan anak-anak, mungkin pengaruh mereka akan lebih berkesan. Oleh kerana tidak menjadi pendengar yang baik, anak-anak sering bermasalah. Mereka lebih suka meluahkan perasaan di kalangan rakan sebaya mereka. Ini disebabkan rakan sebaya lebih memahami dan mendengar segala luahan perasaan berbanding orang yang lebih dewasa.

Untuk memotivasikan anak-anak, ibu bapa perlu menggunakan kaedah komunikasi yang berkesan agar matlamat dan harapan mewujudkan insan yang berguna serta berakhlak akan tercapai.

Berikut beberapa petua ke arah kaedah komunikasi berkesan selain meningkatkan motivasi:

1. Ganjaran.
Anak yang tidak mempunyai motivasi dalaman yang kuat boleh dimotivasikan secara luaran dengan menyediakan pelbagai bentuk ganjaran. Lihat kelebihan anak dan suburkannya, mereka pasti mengulangi kebaikan itu di masa depan.Pelbagai bentuk ganjaran boleh diberikan seperti hadiah, puji-pujian atau pelepasan daripada tugas harian. Ganjaran bukan saja diberikan terhadap pencapaian tetapi usaha yang diberikan. Kajian menunjukkan kebanyakan kanak-kanak dan remaja tidak cemerlang dalam kerja rumah serta tugasan kerana mereka tidak tahu apa yang patut dilakukan. Ibu bapa sepatutnya perlu menjelaskan perkara berkaitan.

2. Tetap dan mantapkan matlamat.
Setiap anak mestilah disuruh menetapkan matlamat untuk pendidikan dan masa depan. Ikuti perkembangan anak dan pastikan setiap anak mampu merealisasikan matlamat masing-masing.

3. Berikan perhatian.
Anak akan memberikan tindak balas positif terhadap ibu bapa yang ambil berat mengenai diri dan masalah mereka. Memahami adalah lebih baik daripada menghukum.

4. Pembabitan dan penyertaan.
Salah satu kunci motivasi diri ialah pembabitan aktif dan penyertaan dalam setiap aktiviti kekeluargaan. Rangsang anak untuk terbabit dalam aktiviti luar, berinteraksi antara adik-beradik dan saling membantu. Anak akan lebih bermotivasi apabila mereka rasa diri mereka penting dan diperlukan. Oleh itu, babitkan mereka dalam pelbagai kerja ibu bapa seperti memasak, mengemas rumah atau berkebun.

5. Penuhi keperluan.
Ibu bapa harus sedar setiap anak memerlukan daya hidup, kasih sayang, kuasa memilih, keseronokan dan kebebasan. Misalnya, berikan peluang anak yang lebih tua menyelesaikan masalah kecil di kalangan adik-beradik.

6. Kepelbagaian emosi dan watak.
Kekuatan memori ada kaitannya dengan tahap emosi yang membentuk pengalaman seseorang. Anak akan lebih mudah mengingat dan memahami sesuatu yang disertai dengan pendekatan emosi. Anak lebih bersedia untuk belajar apabila ada unsur kepelbagaian emosi dan watak kerana mereka tidak akan bosan. Jangan malu untuk mempelbagaikan watak, gaya dan pendekatan untuk menarik minat anak terhadap apa yang mahu disampaikan.

7. Terapkan aspek kemahiran.
Ajarkan mereka beberapa aspek kemahiran komunikasi dan sosial. Contohnya, beri peluang mereka 'memberi ceramah' atau melayan tetamu yang datang.

Berikut antara langkah untuk menjadi pendengar yang baik:
- Wujudkan suasana mesra dalam perbualan atau interaksi.
- Dengar dengan teliti.- Berikan perhatian sepenuhnya.
- Saling berpandangan dan lihat tepat ke dalam anak matanya.
- Angguk kepala tanda gerak balas serta ikuti perbualannya dengan berkata, 'ya'.
- Selami perasaan orang yang sedang bercakap dan hayati ceritanya.
- Ubah mimik muka seiring dengan perkara yang dipertuturkan.
- Elak mengkritik.
- Jangan menyampuk dan memotong cerita yang belum selesai.
- Susuli dengan soalan sebagai tanda anda memang mendengarnya dengan penuh minat.
- Ulangi apa yang dibicarakan sebagai tanda anda faham atau untuk memastikan apa yang anda fahami itu betul.

Saturday, January 5, 2008

12 Pelajar KSPK TMK IPPM mendapat keputusan Cemerlang


Alhamdulilah, akhirnya kita tamat juga kursus kspk tmk sesi 2007.

Tahniah kepada rakan2 yang mencatatkan satu lagi rekod ippm.

Buat pertama kalinya tmk mencatat rekod dengan pencapaian:

12 pelajar cemerlang,

4 pelajar kepujian dan

4 pelajar lulus.

Sudah tentunya penyelaras program kspk berbangga "mendidik" anda.

Slip Keputusan

Untuk makluman rakan, slip keputusan tidak dihantar kepada kita.
Kawan2 yang nakkan slip keputusan, perlu datang mengambilnya ataupun menghantar sampul surat bersetem ke :

Unit Peperiksaan,
Institut Perguruan Perempuan Melayu,
Durian Daun,
75400 Melaka.

Thursday, January 3, 2008

Cari kawan di hujung jari

PERJALANAN kehidupan sering membawa seseorang ke arah dan haluan berbeza. Secara tidak langsung, ia turut menjarakkan sesebuah jalinan persahabatan.

Setiap individu yang muncul dalam kehidupan seseorang sebenarnya memberi sumbangan dalam kisah kehidupan mereka. Ada di antaranya memainkan peranan yang besar serta meninggalkan kesan mendalam dalam ingatan.

Apabila sesebuah persahabatan terlerai kerana masing-masing mengharungi jalan hidup berlainan yang sudah 'dicaturkan' buat mereka, jarang sekali jalinan persahabatan itu dapat bercantum semula, apatah lagi jika perpisahan berkenaan meniti jarak waktu yang panjang.

Ambil masa sejenak dan imbas semula zaman persekolahan anda. Berapa ramai rakan yang muncul di ingatan anda dan berapa ramai pula yang masih berhubungan dengan anda. Tidak begitu ramai bukan? Kadangkala, apabila kenangan dulu terlintas di fikiran, timbul rasa untuk mengetahui apakah khabar rakan lama itu dan apa agaknya yang mereka lakukan ketika ini. Bagi yang 'proaktif', ingatan yang hadir itu tidak dibiarkan berlalu begitu saja tetapi dijadikan penggerak untuk mereka menjejaki semula rakan yang pernah mengharungi suka duka bersama-sama mereka suatu ketika dulu.

Ketika penggunaan telefon bimbit belum meluas dan sebelum wujud internet berserta pelbagai kemudahan berupa laman sembang dan juga jaringan sosial di dalamnya, ramai yang merasakan sukar untuk mereka mengekalkan sesebuah ikatan persahabatan. Tamat persekolahan, hanya maklumat seperti alamat dan nombor telefon kediaman biasanya yang boleh diharapkan tapi bila jarang berhubung dan ada pula di antara rakan yang sudah berpindah ke tempat lain, persahabatan yang ada boleh terputus begitu saja. Karier, komitmen sosial dan keluarga adalah antara faktor yang selalunya membuatkan sesebuah jalinan persahabatan terputus.

Namun, sejak meluasnya penggunaan internet dan adanya medium seperti laman jaringan sosial yang boleh dikatakan menjadi suatu trend kebelakangan ini, ramai individu kini berasa 'terpanggil' untuk mencari semula rakan sekolah, sepermainan atau sekerja yang sudah lama tidak ditemui. Kata orang, walaupun semakin jauh perjalanan hidup dan semakin banyak persahabatan yang dijalinkan, rakan yang bersama-sama ketika meniti usia remajalah yang paling diingat-ingat kerana dengan merekalah bermacam pengalaman pahit manis mengenai kehidupan kita tempuhi dan pelajari.

Matlamat menjejak semula rakan lama biasanya subjektif. Sesetengah orang ingin menyambung semula hubungan persahabatan yang pernah terpisah, ada pula yang mahu mengimbas kisah menarik yang pernah dilalui bersama dan tidak kurang juga yang terdorong oleh rasa rindu selepas sekian lama tidak berjumpa. Bagi anda yang berhasrat untuk menjejak semula rakan lama, internet boleh dijadikan saluran untuk anda merealisasikannya.

Anda boleh memulakannya dengan menggunakan 'khidmat' enjin pencarian. Carian yang mudah dapat membantu anda. Ramai menyatakan enjin pencari popular seperti Google dan Yahoo! memudahkan usaha mereka mendapatkan maklumat terkini mengenai rakan lama. Ini kerana, sesebuah enjin pencarian mengandungi berbillion laman bermaklumat. Taip saja nama penuh atau nama panggilan rakan lama anda di enjin pencarian. Hasil pencarian itu berkemungkinan akan menemukan anda dengan maklumat seperti pekerjaan, tempat tinggal atau kegiatan yang dilakukannya sekarang ini. Jika tidak pun, tidak mustahil akan ada maklumat yang berguna untuk anda menjejaki rakan anda itu. Bagi maklumat yang lebih tepat, taipkan carian yang lebih terperinci. Laman seperti Classmates.com umpamanya, menjadi medan bagi lebih 40 juta pengguna (kebanyakannya di Amerika Syarikat dan Kanada) untuk mencari rakan, dari peringkat prasekolah sehinggalah ke universiti melalui maklumat seperti profil diri dan latar belakang akademik yang diisi setiap pemegang akaun ketika mendaftar.

Ramai yang berjaya bersatu semula dengan kumpulan rakan lama mereka dan dapat bersahabat seperti dulu. Di peringkat tempatan pula, ada beberapa laman jaringan sosial yang menjadi saluran, antaranya ekawan.com yang disertai 150,000 pengguna berdaftar dan membolehkan ahlinya berhubung dengan kenalan baru, rakan sekelas, rakan sekerja dan rakan yang telah lama terputus hubungan. Selain dua laman yang dinyatakan ini, terdapat banyak lagi laman jaringan sosial yang boleh menjadi ruang untuk anda menjejak semula rakan lama anda. Friendster.com. Myspace.com, Facebook.com atau pelbagai laman seumpamanya adalah antara contoh laman yang dilihat efektif dalam menghimpunkan komuniti atau jaringan rakan, baik yang lama mahupun yang baru. Penggunanya boleh mencari rakan lama mereka menerusi data profil seperti nama, sekolah yang pernah dihadiri ataupun hobi dan minat rakan lama mereka yang masih diingati.

Tidak dinafikan, proses ini akan mengambil sedikit masa lebih-lebih lagi jika kebanyakan rakan yang dicari itu tidak menyertakan maklumat yang tepat mengenai diri mereka ketika mendaftar di laman web tempat anda mencari mereka itu, namun apabila usaha gigih anda itu membuahkan hasil, ia tentunya bermakna buat diri anda dan rakan. Melalui laman seperti ini juga sebenarnya, anda boleh membuat pengumuman terbuka mengenai pencarian rakan lama anda itu. Mungkin ada pengguna lain di komuniti yang sama mengenali rakan yang anda cari itu Mungkin pada pandangan sesetengah anda, kehilangan rakan lama ini tidak memberi sebarang kesan pun dalam kehidupan mahupun masa depan. Namun, tidak salah rasanya jika anda pertimbangkan juga kelebihan yang diperoleh apabila bertemu semula dengan rakan lama. Pertemuan berkenaan barangkali boleh menjadi permulaan kepada sesuatu yang positif.

Contohnya, jika ada di antara rakan lama anda yang berjaya dalam sesuatu bidang yang kebetulan anda juga mempunyai minat mengenainya, anda boleh mendapatkan pandangan atau nasihat daripada mereka. Begitu juga dengan peluang pekerjaan atau perniagaan. Oleh kerana anda dan rakan sudah saling mengenali, mungkin lebih mudah bagi anda dan rakan untuk menjalankan sesebuah kerja atau perniagaan bersama. Apapun, anda tetap perlu berhati-hati dalam berkongsi maklumat diri dalam sesebuah laman web (biarpun bertujuan mencari rakan lama). Hanya kongsi maklumat yang dirasakan benar-benar perlu saja kerana apa saja maklumat yang dipaparkan di dunia siber menghadapi risiko untuk dieksploitasi pihak tidak bertanggungjawab. Mungkin banyak lagi manfaat dan keuntungan yang boleh diperoleh dan hanya diketahui sebaik saja anda dan rakan lama dapat bergandingan semula. Sebagai langkah pertama, sertailah laman komuniti di web yang anda rasakan 'strategik' dan bersedialah untuk bersatu semula dengan 'geng kamceng' anda dulu!

5 tips jejak insan dirindui SESEKALI mungkin anda tertanya-tanya apa agaknya yang rakan lama anda lakukan sekarang ini. Untungnya, kehadiran internet memudahkan kita menjejak semula rakan lama. Di sini terdapat beberapa langkah yang dapat membantu anda berhubung semula dengan rakan lama:

  • Fikirkan semula siapakah rakan lama yang sering anda kenang dan rindukan.
  • Gunakan medium yang ada di internet seperti laman web jaringan sosial atau laman web khusus untuk menghimpunkan rakan yang belajar di sekolah yang sama. Di samping itu, jangan lupa juga untuk menyemak buku panduan telefon.
  • Apabila sudah memperoleh maklumat yang boleh dipercayai (alamat atau nombor telefon), jangan teragak-agak untuk cuba menghubungi. Seseorang harus memulakan langkah pertama.
  • Pastikan sama ada rakan lama anda itu masih berminat untuk berkawan dengan anda. Cuba ajak rakan itu bertemu. Jika beliau kelihatan seperti tidak berminat, usah kecewa. Sekurang-kurangnya anda sudah berusaha.
  • Jika anda berjaya menghubungi dan bertemu semula dengan rakan lama anda, jadilah sahabat yang baik dan memahami. Apapun, beri mereka sedikit masa dan ruang untuk membiasakan diri dengan kemunculan anda di dalam hidup mereka semula. Hormati persahabatan berkenaan, kongsi sebanyak mana maklumat yang boleh dan tidak mustahil persahabatan yang terjalin kembali ini akan menjadi lebih baik daripada yang dulu.

Tuesday, January 1, 2008

Selamat tinggal ...

SEKEJAP sungguh 365 hari 2007 berlalu. Rasanya, baru saja menyambut ketibaan 1 Januari 2007, 1 Januari 2008 pula sudah hampir menjenguk.

Begitulah cepat masa berlalu. pejam celik pejam celik, apa yang sebenarnya kita lalui dan berjaya capai sepanjang 365 hari itu? Ini soalan biasa. Saban tahun soalan serupa kita utarakan. Saban tahun juga kita merangka pelbagai perkara baru menjelang tahun baru gara-gara tidak berpuas hati dengan apa yang dilalui selama ini.

Membuat azam memang mudah, tidak perlu diajar tetapi mencapainya memang payah. Ciptalah, senarailah 1,001 macam azam yang ingin dicapai tetapi jika tidak disertai usaha dan kesungguhan, ia akan menjadi sia-sia.

Selamat tinggal 2007 ...
Selamat datang 2008 ...

Selamat melayari blogg...

Bicara Buat Guru . . .

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Satu gelaran atau status yang dianggap tinggi dan mulia di sisi masyarakat. Cikgu atau guru ni seperti satu gelaran yang hebat. Maklumlah, tanpa guru siapalah anda semua. Angkasawan Malaysia yang pertama pun pergi ke angkasa dengan menuntut ilmu dengan guru-guru.

Tuntutlah ilmu walau sampai negara china sekalipun. Ini membayangkan anda semua bahawa untuk mendapatkan ilmu itu kita perlu menjelajahi seluruh pelusuk dunia. Yang kita cari itu ilmu, tetapi kita perlu menuntut dengan berbantukan guru. Tanpa guru, kita tak tahu apa itu ABC dan 123. Dan anda semua takkan dapat membaca blog ini tanpa mengenal ABC. Betul tak?

Sekarang ni, Tuntutlah ilmu sampai ke negara china sekalipun perlu kita hayati. Guru-guru sekarang semakin kurang dihormati. Pelajar-pelajar sekarang langsung tidak menghormati guru sebagai pendidik mereka, apatah lagi sebagai orang yang lebih tua dari mereka. Banyak kes-kes yang kebelakangan ini menyalahkan guru sebagai penyebabnya. Adakah ini wajar?Sebagai orang yang berakal dan berfikiran waras, fikirlah sendiri.

Ada sebuah sajak Perdana Menteri Malaysia(Abdullah Ahmad Badawi) menyatakan,

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari panduan,
Kita bongkar rahsia sunah Nabi,
Cari pedoman,
Aku hidup kerana Dia Rabbi,
Dialah teman,
Dialah wali,
Dia mencukupi,
Aku hidup bererti,
Menikmati damai abadi.

Renung-renungkanlah

Monday, December 31, 2007

Teka Namaku . . .


Semalam masa aku merayau-rayau dalam alam cyber ni, tetiba aku terjumpa cerita ni.

Proton nak keluarkan model kereta baru ganti Proton Saga (Edisi Kereta Kebal).

Sekali imbas nampak cantik gak.


Jom teka apa pulak namanya ???

Haram Menikahi Gadis Satu Kampung !!!

Haram menikahi gadis satu kampung. JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru.
Setelah diadakan perbincangan dan diskusi di antara para pemimpin, JAKIM dan ahli ulama' memberikan fatwa pada tanggal 9 April tahun 2007:

"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SATU KAMPUNG"

Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak munasabah dan terburu-buru. Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIM untuk memberi ulasan yang mendalam sebab sebab JAKIM mengeluarkan fatwa sedemikian. Inilah isi wawancara tersebut:

Wartawan: Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis satu kampung?

Pegawai Kanan: Bagaimana tidak haram, sedangkan menikahi empat orang wanita sahaja sudah berat, apalagi satu kampung...!!!

hehehehehe...
jagan marah ye,
kite pun terkena jugak.
Senyum selalu...

Muhasabah diri sambut tahun baru

BERMULANYA Tahun Baru 2008 dengan semangat baru. Malah, ramai orang mengharapkan tahun baru membawa tuah kepada diri dan keluarga masing-masing. Tidak kurang juga yang berazam dan bertekad pada tahun baru dengan bermacam agenda dan perancangan teliti. Sewajarnya bagi setiap orang merenung ke dalam diri, bermuhasabah dan mengimbas kembali perjalanan hidup tahun yang lalu.

Jadikan rancangan tahun sebelumnya sebagai asas perbandingan pada 2008. Apa yang perlu kita sedar ialah perubahan kehidupan perlu dilakukan ke arah yang lebih baik demi mencapai kualiti kehidupan berbanding tahun sebelumnya. Setiap tingkah laku dan agenda yang dirancang mestilah bertunjangkan sikap dan pemikiran positif dalam memastikan perjalanan hidup sepanjang tahun baru lebih bermakna dan dapat membentuk wajah diri yang baru.

Ramai yang kurang peduli dengan kepentingan perubahan dalam kehidupan khususnya remaja sekarang, leka dengan hiburan yang keterlaluan sehingga hilang nilai jati diri sebenar. Gejala sosial yang melanda anak muda kian parah, malah pada tahap yang membimbangkan. Mereka semakin hanyut dengan dunia keseronokan masing-masing tanpa memikirkan masa depan mereka yang terbuang tanpa diisi dengan perancangan positif. Dalam institusi keluarga, visi dan misi perlu diterjemahkan dengan sebaik-baiknya kerana peranan kedua-dua konsep ini membantu dalam memenuhi peranan setiap ahli keluarga secara berkesan. Bagi mereka yang sudah berkeluarga penting mempunyai azam demi memastikan hala tuju keluarga dapat dicapai, terutamanya bagi memastikan anak sedang meningkat remaja dapat dikawal agar tidak terpengaruh dengan gejala sosial yang semakin menular jika tidak diambil perhatian sepenuhnya oleh ibu bapa.

Anak remaja memerlukan pemantauan tingkah lakunya. Apa yang terjadi pada hari ini, setiap ahli keluarga lebih bersikap individualistik dalam setiap tindakan. Malah, ada segelintir ibu bapa tidak memberi perhatian sepenuhnya terhadap perkembangan anak terutama bagi anak yang sedang meningkat remaja. Azam dan perancangan tahun baru seharusnya mengambil kira peranan dan tanggungjawab secara holistik terhadap keluarga. Bagi yang tidak berkeluarga, sesuatu perancangan hendaklah rasional dengan mengikut kemampuan diri sendiri. Kesungguhan dalam melaksanakan azam pada tahun baru ini sudah pasti akan membawa perubahan diri ke arah yang lebih baik.

Bagi merealisasikan azam yang dibuat, kesungguhan, fokus dan tetap kepada sasaran perlu diutamakan bagi mencari titik perubahan yang menyeluruh dalam kehidupan. Kita tidak boleh lagi mengambil sikap menunggu sesuatu yang terbaik akan berlaku, tapi tidak berusaha ke arah memperolehnya. Sebaliknya kita hendaklah mula melakukan sesuatu dan kemudian berdoa agar kita mencapai kejayaan. Buanglah sikap suka menangguhkan tugas atau kerja.

Yang elok, wajar diteruskan secepat mungkin. Yang tidak elok ditinggalkan atau disingkirkan. Jangan diungkit keburukan atau kelemahan diri sendiri atau orang lain. Lebih penting, kita harus melangkah masuk ke tahun baru ini dengan sepenuh keyakinan bahawa kita juga mampu mencapai kejayaan seperti orang lain.

Bagi yang bekerja, tanamkan azam baru untuk memperbaiki diri dalam kerjaya dan bagi mereka yang masih belajar terutama yang akan menghadapi peperiksaan pada tahun baru ini, yakin bahawa anda juga antara mereka yang bakal mendapat keputusan terbaik pada 2008.
Selamat Tahun Baru.

Sunday, December 30, 2007

Untuk Renungan ...

Pernikahan atau perkahwinan
menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi
tidaklah semulia Khadijah
tidaklah setaqwa Aisyah
pun tidak setabah Fatimah
Justru isterimu hanyalah wanita akhir zaman
yang punya cita citamenjadi solehah...
Pernikahan atau perkawinan
mengajar kita kewajiban bersama.
Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya
isteri ladang tanaman kamu pemagarnya
isteri kiasan ternakan kamu gembalanya
isteri adalah murid kamu mursyidnya
isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya..
Pernikahan atau perkawinan
menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt.
Kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana
justeru kamu akan tersentak dari alpa
kamu bukanlah Rasulullah saw.
pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
hanya sekadar suami akhir zaman
yang berusaha menjadi soleh...
amin...
Untuk isteri ...
renungkanlah...
Pernikahan atau perkawinan
membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu
tidaklah semulia Muhammad saw.
tidaklah setaqwa Ibrahim
pun tidak setabah Ayyub
atau pun segagah Musa
apalagi setampan Yusuf.
Justeru suamimu hanyalah pria akhir zaman
yang punya cita cita
membangun keturunan yang soleh...
Pernikahan atau perkawinan
mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung kamu penghuninya
suami adalah nahkoda kapal kamu navigatornya
suami bagaikan balita yang nakal kamu adalah penuntun kenakalannya
saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya
seandainya suami masinis yang lancang sabarlah memperingatkannya..
Pernikahan ataupun perkahwinan
mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt.
kerana memiliki suami yang tak segagah mana
justru kamu akan tersentak dari alpa
kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
hanya sekadar wanita akhir zaman
yang berusaha menjadi solehah...
amin...

Saturday, December 29, 2007

Kemahiran pelajar lemah elok diasah

PENINGKATAN pelajar yang memperoleh gred E dalam semua mata pelajaran Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2007 seperti yang dilaporkan dalam Buletin Utama kelmarin adalah sesuatu yang mengejutkan. Dalam usaha kerajaan memperkenalkan pelbagai bentuk perancangan untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara, masih ada segelintir pelajar gagal untuk mencapai tahap pencapaian minimum. Kumpulan pelajar ini, walaupun kecil peratusannya, tidak boleh dipandang ringan oleh Kementerian Pelajaran. Lebih membimbangkan lagi ialah bagaimana kumpulan pelajar ini akan meneruskan pengajian ke Tingkatan Empat dengan pencapaian itu. Sudah pasti ia bukan saja membebankan kumpulan pelajar ini, bahkan juga guru untuk melaksanakan kurikulum pengajian yang tentunya lebih mencabar di tingkatan lain.

Kita tidak pasti apakah kumpulan ini masih berminat meneruskan pelajaran. Jika mereka tidak berminat, tugas guru untuk menanam minat dan mendidik pelajar kumpulan ini menjadi satu cabaran besar. Apa yang membimbangkan jika mereka tidak berminat dalam meneruskan pengajian ini tetapi masih tetap ke Tingkatan Empat dalam keadaan mental yang tidak bersedia, kemungkinan membawa nilai negatif kepada sekolah dan mempengaruhi pelajar lain. Akhirnya, wujud gejala negatif seperti ponteng sekolah, merokok, melanggar peraturan sekolah, tidak menghormati guru dan sebagainya.

Justeru, di sebalik pencapaian akademik yang tidak cemerlang, pendekatan terbaik harus dirangka bagi memastikan mereka menghargai tempoh dua tahun lagi persekolahan mereka dan seterusnya mampu merangka hala tuju kerjaya dan menjadi insan lebih bermakna kepada negara. Kajian yang dilakukan ke atas institusi latihan kemahiran awam (ILKA) seperti Akademi Binaan Malaysia, Institusi Latihan Perindustrian, Institut Kemahiran Belia Negara, Institut Kemahiran Mara dan Pusat Giat Mara khusus kepada latihan yang ditawarkan untuk sektor binaan, jelas menunjukkan bahawa terdapat kekosongan yang ketara dan maklumat mengenai tawaran latihan di ILKA ini diketahui umum. Bidang latihan yang ditawarkan di ILKA tidak didedahkan dengan jelas di sekolah. Guru kaunseling di sekolah hanya menumpukan maklumat kepada pelajar yang mempunyai peluang ke institusi pendidikan tinggi (IPT) dan tidak mempunyai maklumat menyeluruh berkaitan peluang latihan di ILKA yang seharusnya lebih tertumpu kepada pelajar kurang cemerlang. Majoriti responden, berasakan mengikuti latihan di ILKA tidak mempunyai prospek kerjaya selepas selesai menamatkan latihan.
Saya ingin mencadangkan agar mata pelajaran vokasional di sekolah dipertingkatkan. Guru berkaitan harus diberi pendedahan mengenai industri berkaitan supaya penyampaian menjadi lebih bermakna dan dikaitkan dengan bidang sesuai di ILKA.

Guru kaunseling bukan sekadar bertanggungjawab untuk menangani masalah pelajar yang mempunyai masalah disiplin semata-mata atau memberi nasihat berkaitan bidang serta institusi pengajian tinggi yang sesuai tetapi perlu melengkapkan diri dengan maklumat berkaitan peluang latihan di ILKA yang lebih tertumpu kepada kumpulan yang mempunyai tahap akademik yang sederhana dan kurang cemerlang.

Wujudkan guru kerjaya khusus di setiap sekolah atau sekurang-kurang di setiap daerah.
Sekolah perlu mempunyai hubungan baik dengan ILKA bagi menyalurkan maklumat berkaitan. Kerajaan perlu memberi pengiktirafan sewajarnya terhadap sijil kemahiran vokasional dengan menguatkuasakan peraturan yang mana industri mesti diwajibkan mengambil tenaga kerja yang mempunyai sijil kemahiran vokasional dan tidak terlalu bergantung kepada tenaga kerja dari luar yang tidak memiliki kemahiran yang jelas. Institusi latihan seperti Pusat Giat Mara yang wujud di setiap daerah perlu dinaikkan taraf dengan menyediakan kemudahan penginapan lengkap. Ini penting bagi memberi imej positif untuk menarik minat pelajar mengikuti latihan kemahiran vokasional. Kumpulan ini akan berasakan mereka mempunyai tempat untuk mengasah bakat dan kemahiran mereka selepas tamat Tingkatan Lima.

Kembalikan semula fungsi sekolah vokasional seperti dulu.

Saintis hasil pil cegah hamil lelaki

Sekumpulan saintis Amerika Syarikat mendakwa dapat menghasilkan pil perancang khas untuk lelaki yang dikatakan dapat menghalang pasangan mereka hamil tetapi pada masa tidak menjejaskan keintiman mereka. Akhbar Daily Mail melaporkan semalam, ubat yang setakat ini dikenali sebagai CDB-4022, cuma diuji ke atas haiwan dan ujian ke atas manusia dijangka dimulakan tidak lama lagi.

Penyelidikan bersama saintis universiti Pittsburgh dan Illinois yang dibiayai kerajaan Amerika, membuktikan keupayaan pil itu yang didakwa bertindak pantas bagi menyekat penghasilan sperma. Malah berdasarkan kajian ke atas monyet, kiraan sperma haiwan itu jatuh dalam masa seminggu selepas diberikan pil perancang lelaki berkenaan. Empat bulan kemudian, paras hormon haiwan itu kembali normal. "Pil itu juga tidak menjejaskan paras hormon, berahi atau kesan sampingan seperti yang dibuktikan menerusi kajian ke atas monyet itu. Kajian ini sememangnya sesuatu yang menarik. Pil itu terbukti dapat merendahkan kiraan sperma pada tahap tidak subur dan mampu naik semula selepas itu secara sendiri.

"Oleh kerana ia tidak mendatangkan kesan sampingan dan paling penting hormon, kami amat gembira dengan keputusan yang dicatatkan setakat ini," kata penyelidik, Dr Sheri Hild daripada firma penyelidikan Amerika, Bioqual yang turut turut terbabit dalam kajian berkenaan. Beliau berkata demikian pada persidangan masa depan perancangan keluarga di Amerika, semalam. Dr Hild berkata pihaknya kini merancang melakukan kajian jangka panjang yang mana haiwan jantan itu dibenarkan mengawan dengan betina bagi mengesahkan lagi kemujaraban pil itu. Katanya, pil berkenaan mungkin diambil sekali sehari bagi lelaki selain pada kadar mingguan kerana mengambil kira kemungkinan ada yang lupa mengambilnya pada setiap hari.

Apa yang menarik, mereka mendakwa pil perancang itu tidak memberi kesan jangka panjang ke atas tahap kesuburan lelaki jika diambil setiap hari.

Friday, December 28, 2007

Tinggal Kenangan



PROFIL: Benazir Bhutto

Tarikh Lahir: 21 Jun 1953

Bapa: Zulfikar Ali Bhutto (Pengasas Parti Rakyat Pakistan (PPP) yang juga Presiden dan Perdana Menteri Pakistan dari 1971 hingga 1977)

Suami: Asif Ali Zardari

Pendidikan: Ijazah dalam bidang Politik (Universiti Harvard dan Universiti Oxford)


Kerjaya Politik:

1979: Memimpin PPP

1988: Perdana Menteri Pakistan

1990: Dilucutkan dari jawatan atas dakwaan rasuah

1993: Dilantik semula sebagai Perdana Menteri

1999: Bersama suami dihukum penjara lima tahun atas dakwaan penyelewengan. Bagaimanapun ketika dakwaan mereka berada di luar negara dan mengambil keputusan untuk tidak pulang ke Pakistan

2006: Menyertai perikatan bagi pemulihan demokrasi di Pakistan bersama Nawaz Sharif. Bagaimanapun kedua-duanya tidak bersependapat dalam soal rundingan bersama Presiden Pervez Musharraf.

2007: Kembali ke Pakistan selepas berada dalam buangan selama lapan tahun.

Wednesday, December 26, 2007

Stream sentiasa dinanti


MPV yang memiliki reka bentuk lebih menawan itu bukan saja memiliki ruang dalaman selesa untuk tujuh penumpang tetapi turut dipertingkatkan prestasi enjinnya untuk memberikan kepuasan pemanduan. Sejak pelancarannya pada September 2007, sebanyak 75,100 unit Honda Stream terbaru dijual di Jepun.

MPV ini turut meraih beberapa anugerah, antaranya Anugerah Kereta Jepun Terbaik-Nilai Terbaik, Kenderaan Rekreasi Terbaik (Car and Driver Magazine, Hong Kong), Kereta Terbaik 2006 - Hadiah Perak ( Car anda Driver magazine, Hong Kong) dan Sepuluh Kereta Terbaik 2006 (Automobile Magazine, Hong Kong). Bagi mengujinya, Honda Malaysia mendaftarkan dua model Stream untuk dipandu ke Lumut, Perak, awal minggu lalu.
Stream terbaru yang memiliki reka bentuk lebih bergaya ini direka untuk mencapai konsep kenderaan pelbagai guna (MPV) yang memenuhi cita rasa dan permintaan pengguna muda yang sering berubah dalam abad ke-21 ini. Ia menawarkan pakej prestasi, inovatif dari aspek keluasan dalaman, keselesaan dan kehalusan mutu bagi membezakannya dengan MPV saingannya di pasaran. Generasi terbaru Honda Stream ini mengekalkan konsep MPV tujuh penumpang selain dua kelebihan terbaru iaitu pusat graviti direndahkan melalui reka bentuk lantai lebih rata bagi meningkatkan prestasi dan reka bentuk luaran dinamik. Kedua-dua kelebihan itu mampu memberikan kepuasan dari aspek gaya dan prestasi tanpa mengabaikan fungsinya sebagai kenderaan keluarga yang praktikal.
Imej asalnya turut dipertingkatkan dari MPV konvensional kepada kenderaan serba guna serta sesuai untuk generasi muda yang menghargai keseronokan pemanduan. Tubuhnya yang menawan dipadankan dengan enjin baru 1.8 liter i-VTEC yang berprestasi tinggi. Sepanjang perjalanan sebagai pemandu dan penumpang jentera ini sememangnya selesa dan prestasi enjinnya lancar terutamanya ketika memotong kenderaan. Enjin empat silinder 16 Valve SOCH i-VTEC dengan kuasa 1,799 cc itu mampu melonjakkan kuasa maksimum 140PS(103kW) pada 6,300 rpm dan tork maksimum 174Nm(17.7kg-m) pada 4,300 rpm.
Pengendaliannya yang mantap seperti memandu sebuah sedan dibantu gabungan reka bentuk lantai rata, lengkap dengan sistem suspensi Macpherson Strut dan spring untuk pemanduan yang selesa. Badannya yang menggunakan aloi berketegangan tinggi, kukuh dan ringan turut mengurangkan jumlah berat sebanyak 10 kg berbanding model sebelumnya. Ketika melangkah masuk ke ruang kabin aspek dalaman yang selesa memperlihatkan kepekaan jurutera Honda menerapkan unsur kualiti dan ruang.
Bahagian tepi Stream turut diubah suai bagi menambahkan lebarnya sebanyak 20 mm bagi penumpang di barisan pertama dan kedua. Penggunaan tangki minyak bersaiz kecil pula membantu merendahkan lantai kereta di bahagian penumpang ketiga sementara pengurangan keratan rentas bahagian belakang turut menambah keluasan dalamannya. Honda Stream terbaru 1.8-liter i-VTEC ditawarkan dalam empat warna menarik iaitu Nighthawk Black Pearl, Premium White Pearl, Royal Blue Pearl dan Alabaster Silver Metallic. Harga atas jalan termasuk insurans ialah RM149,800.

Tuesday, December 25, 2007

Jackie Chan berlakon dalam Tok Gajah Mat Kilau?

PASTI ramai yang tertanya-tanya sama ada benar atau tidak pelakon aksi komedi hebat dari Hong Kong iaitu Jackie Chan bakal beraksi dalam filem termahal negara.

Dan tentunya peminat filem tempatan berteka teki apakah filem termahal yang dimaksudkan.
Filem yang dimaksudkan ialah Tok Gajah Mat Kilau yang dikatakan bakal menelan belanja sebanyak RM7 juta sekali gus menjadi filem termahal negara.
Pemilik Syarikat Ikajaya Sdn. Bhd., Datuk Zulkifli Mohamad yang juga merupakan penerbit filem itu ketika dihubungi Mega baru-baru ini memberitahu, filem tersebut dibuat untuk mengisi ruang kosong yang ketandusan filem-filem bercorak patriotik di negara ini.

“Filem ini masih dalam perancangan dan kita bercadang untuk mendapatkan kerjasama dengan Kerajaan Negeri Pahang, Pemuda UMNO dan Persatuan Anak-anak Pahang,” kata beliau.
Menurut Zulkifli, filem tersebut dibuat dengan mengambil kira bukti-bukti sejarah dari Arkib Negara dan maklumat-maklumat penting yang diperolehi daripada Persatuan Waris Dan Keturunan Tok Gajah Mat Kilau.

Ditanya tentang dana besar yang bakal dibelanjakan untuk filem ini, kata Zulkifli: “Sebagai filem yang memaparkan nilai sejarah, segala fakta dan butiran untuk memberi gambaran sebenar dalam sesebuah filem amat penting.

“Ia melibatkan props seperti lembing, bot, pakaian dan sebagainya perlu diambil kira. Kami mahu menjadikan filem ini sebagai filem sejarah yang berkualiti bukannya sekadar memenuhi ruang kosong.

“Jadi, untuk menghidupkan jalan cerita filem ini, pelakon-pelakon juga kami akan import contohnya yang memegang watak Yap Ah Loy, kami bercadang untuk mengambil Jackie Chan, sama juga untuk watak orang Inggeris dan Indonesia kami akan cari pelakon-pelakon dari luar.

“Tujuannya, bila kita ambil pelakon-pelakon hebat dari luar, filem kita akan lebih senang dibawa ke negara mereka. Secara tidak langsung kita turut mempromosikan filem, pelakon dan negara kita pada masyarakat luar,” jelas beliau.
Filem tersebut akan memaparkan gambaran sebenar tentang peristiwa yang berlaku sepanjang perjuangan Tok Gajah dan anaknya Mat Kilau sepanjang tempoh 30 tahun perjuangan mereka bermula dari 1861 hingga 1891 dimana peristiwa seperti peperangan dan persepakatan pelbagai kaum juga turut dipaparkan.

Justeru, Zulkifli telah meminta pengarah berpengalaman, Shuhaimi Baba sebagai penasihat kepada mereka bagi mengenal pasti beberapa lagi pengarah dan mereka yang boleh menghasilkan skrip yang baik.

“Pengarah filem ini, kita tak boleh nak tentukan lagi sebab itu saya minta bantuan Shuhaimi untuk memberi pandangan dan nasihat sebab sebelum ni dia ada pengalaman membuat cerita sejarah iaitu 1957 Hati Malaya.

“Jadi, untuk filem yang melibatkan banyak babak dan jalan cerita seperti ini akan ada beberapa orang pengarah, mungkin lima orang yang masing-masing akan mengarahkan bahagian peperangan, teknikal, pakaian dan prop, dialog dan juga muzik,” jelasnya.
Ditanya apakah beliau sanggup menanggung risiko jika filem yang menelan belanja besar ini tidak mendapat sambutan seperti kebanyakan filem-filem sejarah atau patriotik yang pernah diterbitkan?

Kata Zulkifli; “Apa sahaja yang dibuat, bagi saya kalau tidak untung pastinya rugi. Memang bajet bagi filem-filem di negara ini kebanyakannya tak lebih dari RM1.5 juta. Tapi jika dah melibatkan banyak prop, ramai pelakon termasuk dalam dan luar negara pastinya kos tersebut meningkat.

“Namun, saya percaya jika sesuatu perkara yang kita buat berdasarkan ketelitian yang tinggi, penceritaan dengan nilai dan fakta sejarah yang tepat pasti ia dapat menarik minat penonton untuk menonton filem sebegini,” kata beliau.

Sementara itu, menurut Zulkifli satu majlis dialog yang bertajuk ‘Tok Gajah, Mat Kilau - Pahlawan Atau Penderhaka?’ akan diadakan tidak lama lagi.

Panel-panel yang terlibat antaranya tokoh sejarah, Prof. Emeritus Datuk Dr. Khoo Kay Kim dan beliau sendiri yang mewakili Persatuan Waris dan Keturunan Tok Gajah Mat Kilau.

“Keputusan dari dialog itu nanti, kita akan serahkan kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah,” kata beliau.

Perlayaran Kita ...


APABILA wujud perkahwinan, tidak semestinya semua berjalan dengan baik dan bahagia. Ada banyak perkara yang boleh mengubah tanggapan kita dan kita perlu banyak bersabar. Di bawah ini diperturunkan pengalaman masyarakat serta tanggapan mengenai perkahwinan dan pengalamannya selepas berkahwin.
  • Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.
“Kawan saya dan isterinya baru saja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma mereka dapat rasakan bahawa mereka semakin berjauhan dari segi emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan. “Nasib baik mereka berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan.”
  • Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.
“Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai.”“Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.”
  • Anda masih perlu menghangatkan suasana.
“Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik saja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata.”
  • Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.
“Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada saja SMS yang dihantar, kadangkala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal.”
  • Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.
“Mana ada yang 100 peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutama dari segi kerjaya. Kadangkala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumah tangga kucar-kacir.”
  • Pasangan anda akan berubah mengikut masa.
Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadangkala dari segi perangai, rupa paras, bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mula berkenalan dulu.
  • Anda tidak semestinya bersetuju dalam semua perkara.
Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur, mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.
  • Semakin lama berkahwin semakin bahagia.
Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan badai atau masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Mereka inilah pasangan sehati sejiwa masing-masing.
  • Hubungan seks ada turun naiknya.
Kadangkala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberangsangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ia bergantung kepada mood dan keadaan sekeliling.
  • Perasaan ego berlebihan amat berbahaya.
Apabila berlaku perselisihan, masing-masing menjadi begitu sensitif dan mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati. Sanggupkah anda?

Sedikit kupasan...
Maka, kebahagiaan sesebuah rumahtangga tertakluk kepada komitmen kedua-dua pihak dalam mengharungi hari-hari yang dilalui. Amat perlu sikap keterbukaan dalam membincangkan segala permasalahan yang timbul bagi mengelakkan pertelingkahan berlarutan.Dalam tempoh perbincangan, cuba wujudkan watak lain untuk pasangan ketika berbincang. Andaikan masalah itu wujud di kalangan orang lain dan kita yang sedang bincang dan mencari punca masalah untuk diatasi segera.
Kebiasaannya, kaedah ini mampu membawa kita melihat sesuatu masalah dalam pelbagai sudut. Malahan mampu berbincang tanpa ada tembok keegoan yang sering membatasi sesuatu perbincangan. Kaedah ini juga lebih secara bersantai...
Seringkali kita mendengar rungutan bahawa keegoan di kalangan sang suami yang membantutkan usaha mencari jalan penyelesaian. Sang suami gemar menggunakan "kuasa veto" dalam membuat keputusan tanpa melihat sudut penerima sesuatu keputusan itu. Sifat empati memainkan peranan dalam menyelami hati dan perasaan pasangan.Apa komen anda? Marilah kita kongsikan cetusan dan kemelut yang melanda kebanyakan daripada kita & pasangan di sekeliling kita...
Marilah...

Sunday, December 23, 2007

C . I . N . T . A

Tuhan memberikan kita sepasang kaki untuk berjalan, sepasang tangan untuk memegang, sepasang telinga untuk mendengar dan sepasang mata untuk melihat tetapi kenapa tuhan menganugerahkan hanya sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.

Itulah namanya C.I.N.T.A
Jika kita mencintai seseorang kita akan sentiasa mendoakan beliau walaupun dia tidak berada di sisi kita. Adakala mungkin tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus berterimakasih atas kurniaanNya itu.
Jangan menolak cinta atau melarikan cinta bila ianya berada di hadapan kamu! Cinta dapat mengubat yang pahit menjadi manis, debu beralih emas, sakit menjadi sembuh, derita menjadi nikmat, kemarahan menjadi rahmat. Amat menyakitkan jika kamu mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.Kadangkala kala kita tidak menghargai cinta sehinggalah apabila ianya hilang dari kamu. Tika itu sesalan tiada gunanya kerana perginya takkan berpatah kembali kepadamu. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.Jangan ucapkan cinta jika kamu tidak mengambil kesah tentangnya dan tak usah menyebut tentang perasaan jika ianya tiada di hatimu. Begitulah indahnya dilamun cinta namun ianya juga menjadikan yang sihat menjadi sakit, yang gemuk menjadi kurus, yang normal menjadi gila, yang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cinta itu disambut oleh para pencinta palsu.
Itulah C.I.N.T.A

Skim gaji ekspres pinggir guru lama

BELUMPUN reda isu pelaksanaan sistem kenaikan gaji secara 'time base' kepada bukan siswazah yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada guru DGA29 ke DG41 kini timbul pula isu guru DG41 dan DG44 yang mengajar Tingkatan Enam diberi 'anugerah gaji ekspres' DG44 dan DG48 tanpa mengambil kira pengalaman mengajar Tingkatan Enam.

Inilah kecelaruan sistem penggajian yang melanda bidang pendidikan masa kini. Memang guru yang melahirkan rasa tidak puas hati akan dilabel sebagai golongan tidak bersyukur, tamak dan sebagainya namun jika diselidiki secara telus, tuntutan dan keluhan golongan guru ini memang ada benarnya. Jika bidang kerja lain, faktor pengalaman amat diutamakan dalam menentukan jawatan atau kenaikan gaji, namun agak berlainan dalam bidang pendidikan.

Kenaikan gaji dalam bidang pendidikan nampaknya begitu 'mesra guru baru' tetapi tidak kepada guru berpengalaman. Syarat kelayakan seseorang guru mendapat gaji DG32 'time base' yang mula dilaksanakan pada 2005 iaitu pengalaman mengajar lebih 10 tahun, lulus Pencapaian Tahap Kecekapan (PTK) dan sokongan guru besar, begitu menguntungkan golongan guru baru. Syarat ini menyebabkan gaji guru yang baru mengajar 11 tahun menyamai gaji guru yang mengajar 18 tahun. Malah ada guru baru ini yang mendapat tunggakan gaji hingga belasan ribu ringgit, manakala guru yang mengajar lebih 18 tahun jika mendapat gaji 'time base' DG32, mereka hanya mendapat kelebihan satu kenaikan tangga gaji.

Kemudian timbul pula kerugian yang dialami guru yang melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa atau pengajian jarak jauh (PJJ). Mereka menjadi mangsa apabila rakan DG29 diberi anugerah 'time base' DG32. Padahal jika mereka terus kekal di DG29, mereka juga akan menikmati gaji lebih baik. Maka timbul perasaan 'menyesal tak sudah' kerana berkorban masa dan wang ringgit untuk melanjutkan pelajaran. Kini isu terbaru yang menjadi sensasi di kalangan guru terutama guru siswazah ialah 'anugerah gaji ekspres' untuk guru yang mengajar Tingkatan Enam, iaitu kenaikan gaji dari DG41 kepada DG44 dan DG44 kepada DG48. Isu ini jika benar sudah pasti ia akan kembali menjadi polimik di kalangan guru.

Skim gaji ini jika dilaksanakan sekali lagi akan 'menjadi duri dalam daging' di kalangan guru siswazah seperti yang berlaku kepada guru bukan siswazah. Ia sekali lagi akan meninggalkan parut hitam kepada segelintir bekas guru Tingkatan Enam walaupun ia bagai bulan jatuh ke riba kepada guru yang baru mengajar Tingkatan Enam. Tidak pernahkah kita fikirkan perasaan bekas guru Tingkatan Enam yang mungkin terpaksa meninggalkan Tingkatan Enam selepas lebih 10 tahun mengajar Tingkatan Enam kerana kenaikan pangkat atau simpati pengetua selepas terlalu lama mengajar kelas yang mencabar berkenaan.

Akibat perkara itu mereka ini menjadi mangsa keadaan dan kempunan yang tidak kesudahan. Sekali lagi guru lama dan berpengalaman menjadi 'mangsa' dalam isu ini dan dibimbangi menyebabkan guru berpengalaman sama ada siswazah atau bukan siswazah berterusan 'makan hati'. Pasti timbul tanggapan di kalangan guru senior ini bahawa diri mereka 'ibarat habis madu sepah dibuang'. Jadi tentu besar harapan guru senior siswazah dan bukan siswazah agar nasib mereka turut mendapat pembelaan. Sebenarnya mereka ini adalah golongan modal insan yang amat penting dalam melakar kejayaan dan kecemerlangan sekolah. Mereka ini yang banyak menjawat jawatan penting sekolah.

Pihak Kementerian Pelajaran patut menjadikan isu kenaikan pangkat dan gaji guru sebagai satu agenda penting demi memartabat profesion perguruan dan agar profesion ini tidak diperkotak-katikkan kerana isu berkenaan. Biarlah semua guru menikmatinya dengan adil dan saksama.

Kajian terperinci perlu dilakukan sebelum sesuatu pelaksanaan kenaikan pangkat dan gaji dilakukan agar tidak timbul 'rumah siap pahat berbunyi'. Adalah amat diyakini perkara ini akan dapat ditangani dengan bijaksana oleh pihak Kementerian Pelajaran demi kebaikan guru senior siswazah dan bukan siswazah.

kepada

semua pengunjung

walau di mana jua anda berada

RM50 baru rai 50 tahun merdeka

Bank Negara Malaysia (BNM) semalam memperkenalkan wang kertas baru RM50 yang dikeluarkan sempena 50 tahun kemerdekaan negara, dengan paparan gambar Yang di-Pertuan Agong pertama, gambar Perdana Menteri pertama dan logo ulang tahun ke-50 kemerdekaan.

Gambar Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad tertera di bahagian depan wang kertas berukuran 145mm x 69mm itu, manakala di bahagian belakangnya ialah gambar Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra yang mengangkat sebelah tangan ketika melaungkan kemerdekaan negara, gambar pokok kelapa sawit dan logo 50 tahun kemerdekaan negara.

Sebanyak 20,000 keping wang kertas itu akan dijual di semua cawangan BNM mulai 26 Disember ini pada harga RM60 yang akan disertakan dengan maklumat menjelaskan ciri-ciri wang baru itu.

Sebanyak 50 juta keping pula akan diedarkan melalui institusi perbankan seluruh negara mulai 30 Januari depan pada harga RM50. Wajah baru wang kertas RM50 yang dikeluarkan sempena 50 tahun kemerdekaan negara.

Saturday, December 22, 2007

Anaklah Ayam


* * *

Anak ayam turun sepuluh,
Mati seekor tinggalnya sembilan;
Ku tuntut ilmu bersungguh-sungguh,
Akan buat bekalan hari kemudian.

* * *

Anak ayam turun sembilan,
Mati seekor tinggalnya lapan;
Akan bekalan hari kemudian,
Dalam kubur berdinding papan.

* * *

Anak ayam turun lapan,
Mati seekor tinggalnya tujuh;
Dalam kubur berdinding papan,
Hancur luluh seluruh tubuh.

* * *

Anak ayam turun tujuh,
Mati seekor tinggalnya enam;
Minta jauh neraka tujuh,
Minta doa tetapkan iman.

* * *

Anak ayam turun enam,
Mati seekor tinggalnya lima;
Dijilat oleh neraka jahanam,
Budi Tuhan sudah diterima.

* * *

Anak ayam turun lima,
Mati seekor tinggalnya empat;
Budi Tuhannya sudah diterima,
Supaya hambanya membaca sifat.

* * *

Anak ayam turun empat,
Mati seekor tinggalnya tiga;
Supaya hamba membaca sifat,
Lekas juga jalan ke syurga.

* * *

Anak ayam turun tiga,
Mati seekor tinggalnya dua;
Supaya tahu jalan ke syurga,
Hilai-hilai dimakbulkan doa.

* * *

Anak ayam turun dua,
Satu mati tinggalnya satu;
Minta ampun segala dosa,
Hendak menyebut Tuhan yang satu.

* * *

Anak ayam turun satu,
Satu mati terjatuh kolam;
Minta ampun Tuhan yang satu,
Minta mati dalam Islam.

* * *

Friday, December 21, 2007

The PETRONAS Super Car Craze Contest : 1 December 2007 ~ 31 March 2008

The prizes (“Prizes”) for the Contest are as follows: -

December 2007
Grand Prize of the MonthOne (1) Unit of Subaru Impreza for one
(1) winnerOne thousand (1000) units of Consolation
Prizes 1st - 500th Prize: RM400 of cash ( Five hundred (500) winners)
501th -1000th Prize: RM100 of cash ( Five hundred (500) winners)

January 2008
Grand Prize of the MonthOne (1) Unit of Honda Civic Type R for (one (1) winner)
One thousand (1000) units of Consolation
Prizes 1st - 500th Prize: RM400 of cash ( Five hundred (500) winners)
501th -1000th Prize: RM100 of cash ( Five hundred (500) winners)

February 2008
Grand Prize of the MonthOne (1) Unit of Mitsubishi Evo 9 for (one (1) winner)
One (1) Unit of Mini Cooper S for (one (1) Kad Mesra winner)
One thousand (1000) units of Consolation
Prizes 1st - 500th Prize: RM400 of cash ( Five hundred (500) winners)
501th -1000th Prize: RM100 of cash ( Five hundred (500) winners)
March 2008
Grand Prize of the MonthOne (1) Unit of BMW 320i (E90) AC Schnitzer for (one (1) winner)
One (1) Unit of Audi TT Coupe Quattro for (one (1) Kad Mesra winner)
One thousand (1000) units of Consolation
Prizes 1st - 500th Prize: RM400 of cash ( Five hundred (500) winners)
501th -1000th Prize: RM100 of cash ( Five hundred (500) winners)

Thursday, December 20, 2007

Lambaian Kaabah


"AKU menyahutMu wahai Tuhanku! Aku menyahutMu! Tiada sekutu bagiMu, aku menyahutMu! Sesungguhnya kepujian dan kenikmatan itu bagiMu, juga kerajaan tiada sekutu bagiMu! Aku menyahutMu dengan haji yang benar-benar penuh dengan ibadat dan perhambaan!"
Laungan syahdu 'talbiah' bergema di seluruh pelusuk kota Makkah setiap kali kedatangan Zulhijjah. Jemaah memenuhi kota Makkah bersama niat tulus ingin melengkapkan rukun Islam kelima, menunaikan ibadat haji.
Hati mereka bercampur baur - diasak sayu, insaf dengan kekhilafan diri, kagum dengan kebesaran Tuhan dan sebak gembira menjadi tetamu jemputan Allah SWT untuk menunaikan ibadat haji di kota suci-Nya. Demikianlah antara rentetan ibadat haji, ibadat terakhir yang melengkapi empat rukun Islam yang terdahulu iaitu mengucap dua kalimah syahadah, bersolat lima waktu sehari semalam, berpuasa pada Ramadan dan menunaikan zakat. Pensyarah Kanan, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (API-UM), Roslan Mohamed, berkata pelaksanaan ibadat haji melalui sejarah panjang dalam tamadun manusia.
"Sejak zaman Nabi Adam AS lagi sudah ada ibadat haji, begitu juga pada zaman Nabi Ibrahim AS tetapi tidak banyak ulama mengkaji kaedah pelaksanaan pada zaman itu. "Pelaksanaan ibadat haji secara lengkap dan sempurna seperti hari ini bermula pada tahun kesembilan Hijrah apabila turunnya wahyu daripada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW mengutuskan Abu Bakar As-Siddiq dan Umar al-Khattab menunaikan haji pertama di Makkah. "Seterusnya pada tahun ke-10 Hijrah, Nabi Muhammad SAW sendiri mengetuai rombongan haji dan ia adalah haji tunggal dan terakhir Baginda sebelum wafat," katanya. Roslan berkata, pelaksanaan rukun dan wajib haji serta pelbagai amalan lain dalam ibadat itu memiliki sejarah dan simbolik tertentu kepada perjalanan hidup manusia dari dunia ini sehingga ke alam akhirat.
Mengelilingi Kaabah atau tawaf adalah simbolik perjuangan manusia dalam pelbagai lapangan untuk meneruskan kehidupan di dunia, namun matlamat akhirnya tetap untuk mendapatkan keredaan Allah. Tawaf dilakukan tujuh kali kerana ketika mula membina Kaabah, Nabi Ibrahim memastikan kedudukan tegak binaan itu berpandukan bahu dan mata dengan mengelilinginya tujuh kali. Selain itu, tawaf juga adalah amalan malaikat di Baitul Makmur di langit yang terletak betul-betul di atas Baitullah (Kaabah). Wukuf di Padang Arafah pada 9 Zulhijah bererti berhenti seketika di padang itu. Berada di Padang Arafah dalam suasana hangat dan panas terik memberi peringatan awal kepada umat Islam mengenai keadaan di Padang Mahsyar di mana semua manusia - tanpa mengira bangsa, pangkat atau kedudukan - akan dihimpunkan untuk menerima pengadilan berdasarkan amalan makruf dan mungkar mereka semasa di dunia. Padang Arafah juga adalah tapak bersejarah dalam kehidupan manusia kerana di Jabal Rahmah yang terletak di kawasan itu, Nabi Adam dan isterinya, Hawa bertemu kembali selepas diturunkan dari syurga. Di situ jugalah Nabi Muhammad (SAW) menyampaikan khutbah terakhir kepada umat Islam. Saie yang menjadi satu daripada rukun haji pula bersempena peristiwa isteri Nabi Ibrahim, Hajar berulang alik sebanyak tujuh kali antara Safa dan Marwah untuk mencari air bagi anaknya, Nabi Ismail iaitu ketika Makkah belum terkenal. Hajar mendaki satu tempat tinggi dikenali Safa dengan harapan dapat melihat air, tetapi tiada.
Kemudian dia turun dan menuju ke tempat lain, iaitu Marwah, tidak ditemui air. Sampailah tujuh kali dia berulang-alik antara tempat itu, akhirnya dia menghampiri Marwah dan mendengar satu suara. Dia lalu menoleh dan mendapati malaikat menguis tanah dengan sayapnya sehingga keluar air zam-zam. Sesetengah pendapat mengatakan, Nabi Ismail yang menguis tanah dengan dua kakinya atau kedua-dua tangannya ketika menangis kehausan, hingga keluar air zam-zam. Saie secara simbolik memberi gambaran supaya manusia sentiasa berusaha mencari rezeki di dunia selain berusaha mendapatkan pahala di sebalik amal kebaikan untuk menjadi bekalan memperoleh syurga di akhirat kelak. Melontar Jamrah pula berkait dengan kisah ketika Nabi Ibrahim menerima wahyu supaya menyembelih Nabi Ismail. Nabi Ibrahim mengajak Nabi Ismail ke sebuah lereng gunung di Mina dan di situ, muncul iblis yang menyamar sebagai manusia untuk menggoda Ibrahim supaya membatalkan niatnya. Nabi Ibrahim kemudian mengusir iblis itu.
Menerusi peristiwa itulah umat Islam kemudian diwajibkan melontar Jamrah menggunakan batu kecil, sebagai simbol mengusir syaitan dari dalam diri manusia selain simbolik lain adalah 'melontar' jauh sifat kufur dan maksiat dari dalam diri. Wahyu supaya Nabi Ibrahim menyembelih puteranya itu juga menjadi titik tolak ibadat korban yang dilakukan sempena haji atau Aidiladha. Seperti juga semangat dan keimanan Nabi Ibrahim AS, ibadat korban memberi maksud simbolik betapa manusia itu perlu mensyukuri nikmat Allah dan sanggup berkorban apa saja demi menunaikan perintah-Nya. FAKTA Rukun Haji
Ihram dan berniat mengerjakan ibadat haji dimulai sesampai miqat (batas-batas yang ditetapkan).
Wukuf di Arafah, iaitu berhenti di padang Arafah sejak tergelincir matahari 9 Zulhijah sampai terbit fajar tanggal 10 Zulhijah.
Tawaf iaitu mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali.
Saie iaitu berlari kecil atau jalan cepat antara bukit Safa dan Marwah.
Mencukur atau menggunting rambut, sedikitnya memotong tiga helai rambut.
Tertib iaitu menjalankan rukun haji secara berurutan.

Tuesday, December 18, 2007

JADUAL HARI KELEPASAN AM PERSEKUTUAN 2008


Penempatan peserta KSPK TMK IPPM 2007


Saya telah berjumpa dengan Cik Azizah di Bahagian Biasiswa pada 17 Dis. 2007. Jam 11.30 pagi. Untuk bertanya mengenai penempatan kita.
Beliau memaklumkan nama telah dihantar ke Bahagian Sekolah.
Oleh sebab terlalu penat nak menapak dan anak demam pula ketika itu. Lantas saya menelefon ke Sektor Sekolah untuk bertanya khabar.
Pegawai yang menjawab (lelaki terlupa nak tanya nama akibat terlalu gembira) memaklumkan nama telah dihantar ke JPN masing2 mengikut ketika kita mohon belajar dulu.

Lantas saya menelefon JPNJ. Tapi malangnya dah setengah jam tak berjawab. Masa2 ini le terpaksa menggunakan khidmat member yang boleh tolong. Tapi dek kerana terpaksa bukannya ambil kesempatan. Akukan jenis tak suka ambik kesempatan. Aku pun telefon kawan baik (Ketua Sektor kat JPNJ) untuk merisik2 apa keputusannya. Almaklum le kerana tak sabar terlupa ketika tu pukul 1.30 pm. time makan.

(Ini utk rakan kat Johor je)
Lebih kurang pukul 2.45 pm aku mendpt berita gembira. (Masa kat klinik Putrajaya masa check anak.) Penempatan ikut sekolah asal. Tiada surat dikeluarkan. Meeting pengurusan jabatan hanya diadakan pada minggu kedua Jan. Kat sini le dia org buat keputusan. Almaklum le tempat kita telah diisi dengan cikgu2 lain.

Bersediakan wahai rakan2 untuk berkhidmat di mana2. Walau bagaimana pun enjoy le dulu kat sekolah lama. Sumbangkan le apa2 ilmu yang banyak dipelajari kat IPPM dulu.

u/p sorry lewat catat kat blog. kereta buat hal le. Nasib baik dah sampai kat Tangkak. Kena g bengkel..
Cikgu Azlan boleh tolong editkan ayat2 di atas. Almaklum le dah lama tak mengarang.

Monday, December 17, 2007

Peta PLUS

Untuk Rujukan Sahaja

Sunday, December 16, 2007

Kaedah Merancang Keluarga

Perancang Keluarga

Proses ovulasi

Telur yang dikeluarkan ovari menjadi matang setiap bulan. Pada
pertengahan kitaran tersebut, iaitu lebih kurang 14 hari selepas hari
pertama haid datang, telur ini dilepaskan. Proses ini dinamakan
ovulasi. Hormon yang bertanggung-jawab dalam proses ini ialah FSH,
LH, estrogen dan progesteron. Telur ini akan melalui tiub Fallopian
dan di sini ia akan disenyawakan dengan sperma lelaki.

Pada masa yang sama, berlaku dua perubahan :

Mukus di sekeliling serviks menjadi nipis dan cair. Ini memudahkan
sperma memasuki rahim dan sampai ke telur
Lapisan rahim menjadi lebih tebal. Ini supaya ia dapat menerima dan
menyuburkan telur yang disenyawakan.
Sekiranya persenyawaan berlaku, telur akan berkembang menjadi janin.
Sekiranya persenyawaan tidak berlaku, lapisan rahim yang tebal
tersebut akan digugurkan. Proses inilah yang dinamakan haid atau
datang bulan.

Pil perancang

Cara ini adalah yang paling mudah dan popular untuk merancang
keluarga. Peratus kejayaannya bolehlah dikatakan 99%. Pil perancang
mengandungi hormon sintetik yang menyerupai hormon-hormon yang
dikeluarkan oleh badan :

Estrogen dan progestogen – seperti Nordette, Microgynon, Gynera,
Marvelon, Minulet, Mercilon
Progestogen – jenama Noriday.
Jenis kedua (Noriday) kurang efektif tetapi sesuai untuk yang
menyusukan anak. Ia sesuai juga untuk orang yang alahan dengan
estrogen.

Kandungan hormon sintetik ini yang tinggi di dalam badan menyebabkan
pengeluaran hormon FSH dan LH berkurangan. Akibatnya ovari tidak
dirangsang dan telur tidak dikeluarkan. Oleh itu persenyawaan tidak
boleh berlaku. Mukus di sekitar serviks pula menjadi pekat dan ini
menyebabkann sperma sukar untuk memasuki rahim.

Bagaimanapun ada kesan-kesan sampingan pengambilan pil perancang :

Saluran darah tersumbat – lebih ketara kepada orang yang merokok dan
mempunyai darah jenis A
Pening dan mual
Migraine
Muntah dan masalah-masalah perut
"Fluid retention" – cecair badan susah dibuang dari badan
Sakit kepala
Buah dada menjadi tegang
Tekanan (depression)
Tekanan darah naik
Turun atau naik berat badan
Selain daripada dapat mencegah kehamilan, pil perancang juga
memberikan kesan-kesan baik yang lain :

Pengeluaran darah haid berkurangan – ini membantu mengawal anaemia
(kurang darah)
Peredaran haid lebih teratur
Mengurangkan sakit semasa kedatangan haid
Mengurangkan risiko PID – Pelvic Inflammatory Disease
Mengurangkan masalah jerawat (terutamanya jenama Diane-35)
Mengurangkan risiko barah buah dada dan uterus
Mengurangkan risiko hamil luar rahim
Untuk yang berusia lanjut : hormon ini boleh melambatkan penuaan
kulit, mengekalkan nafsu seks dan mengawal kekeringan vagina. Ia juga
boleh mengawal pereputan tulang (osteoporosis)
Peringatan :

Ambil pada masa yang sama setiap hari
Ketahui apa yang perlu dibuat sekiranya terlupa mengambilnya, atau
sekiranya kali pertama anda ingin mengambilnya
Sesetengah anti-biotik tidak boleh diambil bersama-sama kerana
antibiotik tersebut akan mengurangkan keberkesanan hormon seperti
estrogen, jadi akan ada risiko kehamilan
Jenis yang lebih baru seperti Minulet, Mercilon, Gynera dan Marvelon
menyebabkan kurang kesan sampingan berbanding dengan yang lama
Sekiranya anda ada tekanan darah tinggi, kencing manis, migrain dan
sawan anda tidak digalakkan mengambil pil perancang
Pil perancang tidak memberi perlindungan terhadap penyakit seperti
AIDS
Merokok semasa mengambil pil perancang boleh meningkatkan risiko
mendapat penyakit jantung.


Cara-cara lain perancang keluarga

1. Kondom

2. Secara semulajadi

Anda boleh mengamalkan cara ini iaitu dengan melakukan hubungan
kelamin semasa anda tidak subur sahaja. Bagaimanapun peratus
kejayaannya hanyalah 70% hingga 80%. Anda boleh menentukan waktu
subur anda dengan cara-cara berikut:

Kira waktu ovulasi (pengeluaran telur). Biasanya ia terjadi 14 hari
selepas hari pertama haid

Mengambil suhu badan. Suhu badan anda, periksa waktu pagi, meningkat
pada permulaan ovulasi

Melihat mukus faraj anda. Ia menjadi jernih dan nipis semasa ovulasi.

3. Diafragma dan Kep Servikal (Diaphragm and Surgical Cap)

Kaedah ini menghalang sperma memasuki serviks, jadi ia tidak akan
bertemu dengan telur yang dikeluarkan.

4. Spermasid

Bahan ini membunuh sperma.

5. Alat Kontraseptif dalam Rahim (Intra-Uterine Device, IUD)

Terdapat dua jenis IUD. Satu mengandungi kuprum dan yang satu lagi
melepaskan hormon wanita. Pemasangannya tidak begitu menyelesakan dan
ada kemungkinan berlaku jangkitan inflamasi pelvis.

6. Ligasi Tiub (Tubal Ligation)

Tiub Fallopian ditutup atau diputuskan.

7. Vasektomi (Pemandulan lelaki)

Saluran yang menyalurkan sperma lelaki diputuskan atau ditutup.

8. Norplant

Satu set tiub kecil dipasang di dalam lengan, di bawah kulit. Ia
melepaskan hormon yang mencegah telur menjadi matang. Kaedah ini
tidak sesuai untuk semua wanita.

Urutan Asmara Kama Sutra Atau Cakar Rimau

Foreplay atau permainan sebelum asmara atau cakar rimau adalah satu perkara yang perlu dalam menjadikan hubungan seksual lebih nikmat dan bermakna. Foreplay sebenarnya lebih diperlukan dan diingati kerana kepuasannya berlainan dan kelainan ini akan menjadi hubungan seks selepas itu lebih tinggi klimaknya.

Urut badan adalah salah satu cara untuk melakukan foreplay. Keadaan bilik perlu sesuai. Perlunya, tidak terlalu terang atau tidak terlalu gelap. Pastikan suhu yang nyaman dan selesa sebelum mengurut. Sewaktu mengurut tidak perlu terlalu berbogel bahagian badan yang tidak diurut perlu ditutup dengan kain. Kesejukan akan mendinginkan suasana yang baru hendak panas.

Urutan perlu dilakukan dengan minyak yang sesuai. Diantaranya ialah minyak bayi atau minyak zaitun yang berbau wangi. Elakkan mengurut dengan minyak yang panas. Jika tersalah urut atau terpegang di tempat yang sensitif pedih jadinya.

Minyak perlu dituang pada tapak tangan dan digosok-gosok dahulu tapak tangan itu untuk menghangatkan minyak. Kemudian barulah disapu pada bahagian yang hendak diurut.

Mulakan urutan pada punggung dahulu. Gosok perlahan-lahan dalam pusingan jam atau lawan jam. Kemudian naik ke pinggang. Pada bahagian pinggang ini, gunakan kedua-dua tangan. Bermula dari pinggang letakkan tangan dikedua-dua belah pinggang dan urut ke atas. Sapukan minyak pada tapak tangan jika minyak sudah kering. Urutan jangan terlalu kuat atau terlalu perlahan. Tangankan pada pasangan anda bahagian mana yang rasa selesa bila diurut.

Kepalkan kedua-dua tapak tangan dan tumbuk perlahan-lahan. Bila pasangan sudah terasa selesa, urut pada bahagian bawah. Jangan sapukan minyak dan gunakan kedua-dua tapak tangan. Lanjutkan urutan ke bahagian lengan dan tangan.

Seterusnya urutan pula pada bahagian kaki. Bermula pada bahagian paha dan turun ke bahagian betis. Gunakan ibu jari untuk menekan bahagian tapak kaki. Kemudian gunakan jari-jari tangan anda untuk teruskan memicit tapak kaki.

Jangan lupa bersihkan tapak kaki terlebih dahulu. Urutan kepala turut membantu rasa lebih santai dan selesa. Mulakan dengan usapan perlahan-laham di kepala dengan jari. Kemudian lakukan urutan di belakang telinga. Lakukan dengan berulang-ulang kali.

Urutan diatas adalah untuk melegakan ketegangan dan menenangkan. Untuk urutan yang lebih memberahikan, cara urutan perlu ditukar kepada yang lebih lembut dan sensitif.

Gunakan hujung jari, sentuh lembut dan gerakkan hujung jari secara perlahan pada garis atau alur pada puting buah dada sebelah kanan tanpa putus. Puting dada sebagai pusat gerakkan dalam bulatan lawan jam bermula kecil kemudian besarkan bulatan sehingga meliputi seluruh buah dada.

Teruskan gerakan hujung jari ke bahagian perut tuju ke pusat. Pusat sebagai mula gerakkan hujung jari bermula bulatan kecil membesar perlahan dan kemudian meliputi seluruh perut.

Selepas itu daripada perut gerak semula ke bahagian buah dada sebelah kiri dan puting tanpa putus gerakan yang perlahan. Ulanglah sebanyak mana yang mahu. Cara lembut ini bukan sahaja untuk wanita alah boleh untuk meningkat berahi lelaki.

Urutan asmara perlu dilakukan dalam keadaan yang selesa dan tenang. Setiap bahagian urutan ambillah masa yang sesuai. Urutan perlu dilakukan kepada kedua-dua pasangan. Urutan ini boleh menambah kemesraan dalam hubungan suami isteri.

Bangunkan Malaysia menerusi projek ‘wilayah’

IDEA pembangunan wilayah yang diperkenalkan di Malaysia bukanlah idea songsang atau idea optimis kerajaan. Sebaliknya ia adalah idea yang pernah dilaksanakan oleh kuasa besar China semenjak tahun 1978 lagi dan ternyata ia telah membawa China berdiri sebaris dengan negara-negara maju pada ketika ini. Malah model kejayaan pembangunan China itu dapat dijadikan sebagai model kepada Malaysia dalam menggerakkan proses pembangunan wilayahnya.

Perlu kita fahami, China merupakan sebuah negara yang lahir pada tahun 1949 berasaskan ideologi komunis dan mengamalkan sistem ekonomi sosialis. Dalam tempoh 1949-1978 China boleh dianggap sebagai negara yang lemah dan mundur akibat daripada perlaksanaan dasar tutup pintu oleh Mao Zedong. Walaupun China telah bergelar sebagai negara kuasa besar bersama-sama Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Rusia, namun China telah dipinggirkan oleh kuasa-kuasa besar lain kerana kelemahan dan kemunduran ekonominya.

Pelantikan Deng Xiaoping sebagai pengganti Mao pada tahun 1978 telah membawa era baru kepada China. Memandangkan sistem sosialis China telah membawa kepada kemunduran dan mengehadkan pembangunan ekonominya, idea pembangunan wilayah mula muncul bagi mengatasi masalah yang dialami. Deng telah mengambil pendekatan untuk mewujudkan sebuah wilayah yang kaya dengan ekonomi untuk menjana pembangunan di wilayah-wilayah lain.

Justeru, idea pembangunan wilayah ini telah menjadikan wilayah Barat sebagai Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) dalam usaha Deng membangunkan China secara menyeluruh. Perlaksanaan pembangunan wilayah ekonomi ini telah bertindak sebagai ‘wilayah magnet’ yang telah menyerap kemasukan dana kewangan dan pelaburan asing (FDI) ke China.

Sememangnya sumber dana kewangan adalah nadi kepada sesuatu agenda pembangunan khususnya Deng Xiaoping. Justeru, bagi mengurangkan bebanan pihak kerajaan dalam menjana dana pembangunan, China telah mengambil pendekatan untuk menggalakkan kemasukan pelaburan asing agar dapat membantu pergerakan dan pertumbuhan ekonomi di wilayah tersebut.

Kemasukan sumber dan dana pembangunan ini, secara langsung telah membolehkan proses pembangunan ekonomi bergerak pantas. Faedah dan kemakmuran yang dikecapi di wilayah ini telah menjana pula kemajuan di kawasan-kawasan lain termasuk di luar sempadan wilayah magnet.

Perbezaan pendirian antara pemimpin Deng Xiaoping dan Mao dan kedaulatan ideologi komunis tidak menghalang kemajuan dan pembangunan China melalui pembangunan wilayah istimewanya. Tindakan Deng yang menggabungkan sistem ekonomi sosialis dan kapitalis dalam sistem ekonomi China telah memastikan kemajuan dan kemakmuran China. Masalah ideologi bukan lagi halangan dalam membawa masuk pelaburan asing ke China, malah China terus membuka tangan kepada kemasukan pelaburan asing dalam usaha untuk mencapai matlamat sebagai sebuah gergasi ekonomi dunia.

Strategi China ini ternyata merupakan pendekatan terbaik yang memberi kesan besar kepada ekonomi China. Ini kerana hanya dalam tempoh 29 tahun sahaja iaitu antara 1978-2007, China telah mengecapi kemajuan sepertimana yang kita lihat pada hari ini. Laluan kejayaan dan kemajuan China ini adalah laluan yang amat berliku. Sekiranya kita mengukur kedudukan Malaysia pada ketika ini, ternyata negara mampu memastikan kejayaan pembangunan wilayahnya.

Ini kerana proses pembangunan China ini bermula daripada kosong iaitu tidak pernah mengamalkan sistem kapitalis dan menghadapi masalah kemunduran khususnya ketika era Mao Zedong (1949-1976), namun masih mampu mencipta kejayaan. Berbanding Malaysia yang telah mengenali dan mengaplikasi sistem kapitalis semenjak tahun 1957 lagi, ia sememangnya mempunyai kelebihan untuk memastikan kelancaran dan kecekapan membangunkan negara melalui pembangunan wilayahnya. Dengan kata lainnya, kemajuan dan kejayaan pembangunan wilayah Malaysia mampu dicapai sekiranya kita menyedari dan mengambil kira kelebihan yang kita ada.

Perlaksanaan pembangunan wilayah ini sememangnya akan memberikan impak positif dan negatif. Impak-impak negatif dapat dicegah dan dikawal dengan adanya campur tangan kerajaan yang akan mengawasi dan memantau kemunculan kesan-kesan negatif.
Ia merupakan situasi yang pernah dan sedang dilalui oleh China pada ketika ini. Ternyata kawalan dan pemantauan China terhadap proses pembangunan pesat ekonominya berjaya membendung perkembangan kesan-kesan negatif. Sehingga kini wilayah magnet China ini masih menjadi destinasi pelabur asing utama termasuk para pelabur dari AS yang merupakan antara negara pelabur terbesar di China.

Perlaksanaan pembangunan wilayah oleh kerajaan adalah idea yang akan menjadikan wilayah-wilayah ini sebagai wilayah magnet Malaysia yang akan menyerap masuk dana dan pelaburan asing. Ia adalah keputusan kerajaan yang cuba mempercepatkan proses peningkatan kadar pembangunan dan kemajuan negara. Semestinya wilayah-wilayah ini akan mencerna pembangunan dan pertumbuhan ekonomi di kawasan-kawasan pedalaman yang mana ia secara langsung dapat meningkatkan taraf hidup rakyat dan dapat mengurangkan kadar kemiskinan dan kemunduran.

Idea pembangunan wilayah yang dilaksanakan secara menyeluruh oleh kerajaan ini sememangnya amat diperlukan oleh masyarakat dan negara.

Saturday, December 15, 2007

Hujan2. Apa lagi . . .


Hari & Cuti Persekolahan Tahun 2008

Penggal Pertama
Hari Persekolahan
03.01.2008 - 07.03.2008

Cuti Pertengahan Penggal
08.03.2008 - 16.03.2008

Hari Persekolahan
17.03.2008 - 23.05.2008

Cuti Pertengahan Tahun
24.05.2008 - 08.06.2008


Penggal Kedua

Hari Persekolahan
09.06.2008 - 15. 08.2008

Cuti Pertengahan Penggal
16.08.2008 - 24.08.2008

Hari Persekolahan
25.08.2008 -14.11.2008

Cuti Akhir Tahun
15.11.2008 - 04.01.2009

Misi Nasional 2006 - 2020


Jadual Gaji Kakitangan Awam 2008


Syarat-syarat Pengeluaran KWSP Utk Pembayaran Ansuran Bulanan Rumah

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan bahawa pencarum yang mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM600 dalam Akaun 2 boleh membuat pengeluaran untuk membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan mereka mulai 1 Jan 2008.

Jumlah minimum pengeluaran bulanan yang boleh dilakukan ialah RM100 bagi tempoh minimum tidak kurang daripada enam bulan, manakala jumlah maksimum pengeluaran bulanan tidak melebihi jumlah ansuran bulanan pinjaman perumahan.

Jumlah simpanan dalam akaun 2 yang diperuntukkan untuk pengeluaran ini tidak boleh dikeluarkan untuk pengeluaran-pengeluaran lain. Pencarum juga mesti belum mencapai umur 55 tahun dan tidak mempunyai tunggakan ansuran pinjaman perumahan.

Pencarum mesti sama ada membeli atau membina selain peminjam serta pemilik rumah kediaman atau rumah kedai dengan unit kediaman. Pencarum juga perlu mempunyai baki pinjaman perumahan daripada institusi pemberi pinjaman yang dibenarkan dan rumah tersebut telah dicagarkan dan pinjaman telah dikeluarkan sepenuhnya oleh pemberi pinjaman.

Pengeluaran adalah juga untuk mana-mana rumah tertakluk kepada sebuah rumah untuk setiap ahli dan tidak terhad kepada rumah yang pernah dibuat pengeluaran lain sebelum ini. Bagaimanapun, pengeluaran untuk kali kedua dan seterusnya hanya dibenarkan untuk rumah yang sama. Pembiayaan semula yang tidak berkaitan dengan pinjaman perumahan tidak dibenarkan bagi pengeluaran ini.

Bagi pencarum yang pertama kali membuat pengeluaran ini, mereka perlu mengisi borang KWSP 9P (AHL) dan mengemukakan dokumen sokongan yang disahkan iaitu salinan Kad Pengenalan, salinan penyata akaun bank yang masih aktif, surat pengesahan baki pinjaman perumahan, Surat Perjanjian Jual beli/Bina Rumah, surat kelulusan pinjaman perumahan dan Borang Gadaian dan Suratan Hakmilik atau Suratan Ikatan Serahhak.

Bagi pengeluaran seterusnya, pencarum hanya perlu mengisi borang EPF 9P (AHL) dan mengemukakannya berserta salinan Kad Pengenalan bersama-sama salinan buku/penyata akaun bank yang masih aktif dan juga surat pengesahan baki pinjaman perumahan terkini.

KWSP akan membatalkan pengeluaran bayaran bulanan sekiranya mendapati pencarum mempunyai hutang tertunggak dengan institusi kewangan, pinjaman telah batalkan/diselesaikan, rumah telah dijual/dilelong/telah dipindah milik kepada pihak lain dan sekiranya pencarum disabitkan menipu dengan mengemukakan dokumen/butiran palsu untuk pengeluaran berkenaan.

Korbanlah Wahai Anak Adam


Sejarah pengorbanan mulia itu tidak tertinggal dalam lipatan sejarah, malah ia dihayati sepanjang zaman.

“Maka, apabila anaknya ini sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata, wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu?”
“Anaknya menjawab, wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya-Allah ayah akan mendapatiku daripada orang-orang yang bersabar. Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah kami), serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim, engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang sebenar.” (as-Shaafat: 102-107)


Melakukan ibadat korban dalam Islam menurut ulama muktabar terbahagi kepada beberapa hukum.Bagi Imam Abu Hanifah, ia wajib, manakala yang lain mengatakan sunat muakkad (iaitu ibadat sunat yang sangat digalakkan atau dituntut melakukannya). Rasulullah s.a.w dalam hadis diriwayatkan Ibnu Majah daripada A'isyah r.a. bersabda, maksudnya: “Tiada suatu bentuk ibadat yang dilakukan manusia pada hari raya korban yang lebih baik dan dicintai Allah daripada menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban yang telah dipotong kelak pada hari kiamat akan datang lengkap dengan tanduk, kuku dan rambutnya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah diterima Allah s.w.t sebelum mengalir ke tanah. ”Penceramah bebas, Mohd Rani Awang Besar, berkata ibadat korban dilakukan pada Aidiladha dan tiga hari seterusnya iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Selepas tarikh itu, penyembelihan tidak diiktiraf ibadat korban. “Masa untuk melakukan korban ialah selepas solat sunat Aidiladha hingga sebelum matahari jatuh (Maghrib) pada 13 Zulhijjah. “Sesiapa yang menyembelih binatang sebelum atau selepas tempoh ini tidak dinilai penyembelihannya sebagai ibadat korban, malah ia sembelihan biasa,” katanya.
Rasulullah s.a.w dalam hadis diriwayatkan Imam Muslim dari sahabat, Barra’ ibn Azib, maksudnya: “Pada Aidiladha, yang pertama kami lakukan ialah melaksanakan solat Aidiladha, kemudian pulang ke rumah (untuk makan pagi). Sesudah itu baru menyembelih haiwan korban. Sesiapa melaksanakan seperti itu maka telah sesuai dengan sunnah kami. Dan, sesiapa menyembelih haiwan korban sebelum solat Aidiladha, maka tidak disebut ibadat korban melainkan hanya sedekah daging biasa yang diserahkan kepada keluarganya.”Penyembelihan korban boleh dilakukan terhadap haiwan ternak seperti lembu, unta, kambing dan biri-biri.Bagi lembu dan unta, boleh dikongsi tujuh orang, manakala kambing atau biri-biri seekor setiap orang.“Jika mahu berkorban lembu untuk dirinya, ia lebih afdal. Boleh juga seekor lembu dikongsi suami isteri.“Cuma, jika syariat menetapkan seekor lembu dikongsi tujuh orang, ia tidak boleh menjadikan lapan orang untuk satu bahagian,” katanya.Bekas Imam Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar, Kuala Lumpur itu berkata, penyembelihan binatang korban suatu ibadat dan tidak sepatutnya dicampur aduk dengan perkara lain.
Menurutnya, umat Islam yang melakukan ibadat korban dilarang menunjuk-nunjuk kononnya dia banyak harta sehingga boleh timbul riak atau sombong.“Tindakan menunjuk-nunjuk adalah riya’ dan dimurkai Allah. Orang yang berkorban perlu tanam dalam diri keikhlasan mencari keredaan Allah,” katanya.Beliau berkata, selain melaksanakan hukum Allah, ibadat korban membantu golongan fakir miskin.Katanya, jika melakukan korban tetapi tidak mengagihkan daging korban kepada orang lain sebaliknya menyimpan untuk diri sendiri, matlamat ibadat korban dianggap gagal.“Justeru, satu pertiga daripada daging korban diagihkan kepada fakir miskin (dalam keadaan mentah) manakala bakinya boleh dinikmati sesiapa saja, termasuk diri sendiri dengan syarat korban itu bukan korban nazar.“Jika korban nazar, seseorang itu tidak boleh menikmati bahagian korbannya tetapi boleh menerima pemberian daripada bahagian orang lain.“Namun, lebih warak (baik) tidak mengambil sedikitpun daripada daging korban itu walaupun daripada bahagian orang lain.“Boleh juga daging korban dimasak, kemudian dijemput orang ramai menikmatinya. Cuma, seseorang itu tidak mendapat pahala sunat sedekah secara mentah,” katanya.
Mohd Rani yang mempunyai pengalaman luas mengendalikan penyembelihan korban, berkata bukan satu kesalahan melakukan ibadat korban melalui wakil, dengan membayar sejumlah wang mengikut harga tertentu kemudian menyembelih di tempat tertentu tanpa dia hadir.“Kaedah itu tidak menjadi kesalahan malah apabila niat untuk berkorban dan seseorang itu mengeluarkan duit, ia memadai dan mendapat pahala korban.“Hanya dalam mazhab Syafie, seseorang itu perlu niat ketika darah binatang yang disembelih menitis.“Dalam mazhab lain perkara ini lebih luas. Apabila sudah diberikan wang, sudah dikira niat. “Kita jangan terlalu berfikiran sempit dalam mazhab kerana Islam adalah agama yang luas, bukan jumud,” katanya.

Friday, December 14, 2007

Kurang Kencing, Aktiviti Lasak Atau Lebih Toksik Boleh Sebabkan Kanser

Saya perhatikan terdapat muda-mudi di lewat usia remaja mereka menghidapi sejenis kanser darah yang dikenali sebagai leukemia limfosit. Kesemua mereka mempunyai satu ciri yang sama. Mereka aktif dalam olahraga, dan dua daripada mereka, seorang lelaki dan seorang perempuan, adalah ketua sekolah, dipilih kerana prestasi baik mereka dalam aktiviti sukan.Ini menyebabkan saya merumuskan satu hipotesis, yang mungkin berlawanan dengan andaian konvensional tetapi penjelasan yang diberikan boleh diterima untuk memahami mengapa dan bagaimana penyakit ini berlaku, dan juga dalam penyelidikan lanjut akan penyakit ini.

APA PUNCANYA
Faktor yang menyebabkan masalah jantung, batu karang dalam organ, ketumbuhan dan kanser seperti yang dinyatakan pada bab-bab awal rencana ini turut menyebabkan kanser darah. Aktiviti fizikal keterlaluan dan secara berterusan nampaknya satu lagi punca perkembangan penyakit ini. Leukemia disebabkan pengeluaran sel darah putih secara berlebihan dan tanpa terkawal. Dalam keadaan normal, apabila terdapat jangkitan mikrob, pengeluaran sel darah putih ditingkatkan untuk memerangi mikrob. Pengeluaran sel darah putih memerlukan kalsium bebas, dan ia boleh didapati dalam kuantiti yang banyak dalam tubuh apabila seseorang itu kurang kencing. Seseorang yang berlatih bagi larian marathon minum banyak air ( sebagai contoh 5 liter), tetapi sebahagian besar air ini hilang dalam bentuk peluh, menyingkirkan sedikit sahaja kalsium daripada tubuh. Ini menyebabkan banyak kalsium terkumpul dalam tubuh, oleh itu meningkatkan pengeluaran sel darah putih. Acara marathon membabitkan larian sehingga 40 km. Ada yang memilih 'separuh marathon'. Dalam mana-mana dua acara larian ini, ia merupakan satu usaha yang melampaui had tampung tubuh, menyebabkan tubuh menjadi berasid. Oleh itu, tubuh memasuki satu fasa hiperasid dan tubuh berasa panas. Tubuh berasid menggalakkan jangkitan virus, mencetuskan pengeluaran sel darah putih dan akhirnya menyebabkan leukemia. Bagaimanapun, Leukemia Mieloid Akut berbeza daripada Leukaemia Limfosit. Ini nampaknya berlaku kepada mereka yang tidak terbabit dalam aktiviti lasak, tetapi mereka yang terdedah kepada radiasi berlebihan, atau kepada input berterusan kimia berbahaya seperti antibiotik kuat dan ubat-ubatan dalam proses rawatan. Ini juga menyebabkan tubuh bersifat hiperasid.

ANTARA LANGKAH PENCEGAHAN
Elakkan aktiviti senaman berlebihan melampaui had tampung tubuh, pengambilan ubat-ubatan yang bersifat toksik, bahan pengawet berlebihan dan sisa racun serangga, dan juga pendedahan kepada radiasi yang kesemuanya merupakan aspek penting bagi pencegahan. Meminum air yang cukup serta membuang air secara liberal tanpa tubuh kehilangan bendalir menerusi aktiviti yang mengeluarkan peluh turut penting bagi mengelakkan kanser darah. Wanita mengandung perlu mengelakkan daripada racun seperti yang dinyatakan di atas, selain daripada mengelakkan pendedahan keterlaluan kepada radiasi berbahaya, bagi memastikan anak mereka tidak mengalami kanser darah. Sembelit kronik memburukkan lagi keadaan beberapa penyakit utama dengan meningkatkan pengumpulan kalsium. Bagaimanapun, masih tidak jelas sejauh mana ia menyumbangkan kepada kanser darah.

KESAN SEMBELIT KRONIK PADA PENYAKIT LAIN
Selain daripada apa yang telah dijelaskan sebelum ini, sembelit kronik juga menyebabkan jerawat muka. Perubahan dalam hormon seseorang seperti yang lazim dipercayai, tiada kaitan dengan masalah ini. Jika sembelit itu benar-benar teruk, keadaan jerawat juga pasti teruk.Memakan makanan yang diperbuat daripada tepung halus, termasuk capati, kuih, biskut, kacang tanah, coklat, betik dan lain, memburukkan lagi sembelit, dan juga pembentukan jerawat. Makanan seperti jeli sedikit sebanyak membantu mengurangkan masalah ini.Rawatan menyeluruh bagi jerawat turut membabitkan pembersihan usus berulang kali menggunakan julap herba, pada kadar sekali seminggu bagi tempoh sebulan atau dua. Seterusnya, seseorang itu perlu sama sekali mengelakkan sembelit. Beberapa jenis penyakit kulit seperti psoriasis dan eczema muncul kerana sembelit kronik. Masalah ini juga hilang apabila masalah sembelit ini berjaya diatasi.Masalah nafas berbau yang dikenali sebagai halitosis, flatulens, buasir, barah kolo-rektal, kadar kolesterol yang tinggi dalam darah (kolesteremia), nampaknya ada kaitan dengan sembelit kronik.

Kaedah-kaedah ini serta maklumat rawatan lain terkandung dalam tiga buah buku iaitu "Asthma, Bronchitis, Cough, Sneezing and Sweating"; "Obesity: Causes, Cure and Prevention" dan "Human Diseases" yang ditulis oleh Dr. V.M. Palaniappan. Dr. Palani boleh dihubungi di (6-03) 62722284 / (6) 012-207 1414 / e-mel: vmpalani@streamyx.com.

Thursday, December 13, 2007

Apa nak Buat Dengan Ganjaran Bonus Atau Honorarium 2007

PENGHUJUNG tahun biasanya menjadi fasa yang dinanti-nantikan kebanyakan orang. Waktu beginilah seseorang yang bekerja mengharapkan adanya imbuhan berbentuk bonus dari pihak majikan. Kebanyakan majikan menjanjikan bonus tahunan untuk kakitangan mereka sekiranya syarikat mencapai peningkatan dalam prestasi atau keuntungan. Imbuhan bonus yang diberikan mungkin sebanyak gaji sebulan atau lebih, mengikut berapa banyak keuntungan yang diperoleh syarikat.
Hari ini merupakan gaji bagi kakitangan awam. Mungkinkah mereka mendapat imbuhan pada tahun ini?

Inilah antara faktor yang menjadi motivasi kepada seseorang pekerja untuk melaksanakan tugas mereka dengan baik dan setia kepada majikan dan syarikat. Menunggu ‘munculnya’ wang lebihan yang anda tunggu-tunggu selama ini memang membuat seseorang tidak sabar dan asyik memikirkannya. Sebelum menerima bonus lagi, ramai individu sudah pun sibuk berencana dan berfikir bagaimana untuk membelanjakannya. Mereka yang ‘gila’ membeli-belah tentunya sudah tidak sabar-sabar untuk membeli barangan yang diidam-idamkan, lebih-lebih lagi bila berlangsungnya pula karnival beli-belah yang menawarkan potongan diskaun yang cukup mengujakan.

Tidak dinafikan, sebagai manusia, ramai antara kita yang lebih tertarik dengan kualiti hidup jangka pendek berbanding kualiti hidup jangka panjang. Oleh itu, kita cenderung melakukan tindakan yang kurang bijak dan akhirnya memberi kesan negatif kepada diri sendiri. Walaupun bonus boleh dianggap sebagai rezeki tambahan atau ganjaran kepada penat-lelah bekerja selama ini, tidak bererti ia boleh digunakan sewenang-wenangnya tanpa sebarang pertimbangan yang wajar. Lebih menguntungkan sekiranya seseorang itu tidak ‘rambang mata’, sebaliknya berfikir dengan baik dan membuat keputusan yang dapat memberikan manfaat jangka masa panjang. Sekiranya anda tidak terikat dengan mana-mana tanggungan atau komitmen penting serta sudah mengenepikan dana yang sepatutnya menjadi simpanan, tidak salah jika anda bercita-cita untuk menggunakan bonus yang ada untuk memanjakan diri atau menikmati hiburan.

Berikut dikongsi beberapa tips dan idea menggunakan ganjaran bonus yang mungkin boleh dijadikan panduan.

1) Selesaikan hutang Percutian atau membeli-belah sememangnya suatu idea yang menyeronokkan. Namun, jika wang yang diperoleh digunakan untuk menyelesaikan hutang-piutang yang ada, ia lebih ‘mendamaikan’ jiwa dan fikiran. Sebelum tarikh yang anda jangka akan menerima ganjaran bonus itu, periksa dulu hutang-piutang yang ada. Tunggakan bil, kad kredit, pinjaman bank, hutang dengan mana-mana individu atau hutang pinjaman pelajaran barangkali? Jika hutang yang ditanggung lebih daripada satu, selesaikan mana yang terpenting dulu ataupun mana yang kadar bunganya lebih tinggi.

2) Pelaburan Jika anda bebas daripada sebarang bebanan hutang, ia suatu perkara yang baik. Mungkin anda boleh salurkan ia ke skim pelaburan yang dapat memberikan pulangan menguntungkan dalam jangka masa panjang.

3) Keperluan Buat satu senarai keperluan. Adakah anda memerlukan mesin basuh baru, adakah mana-mana bahagian dalam kediaman yang rosak dan perlu dibaiki atau adakah anak anda memerlukan uniform sekolah yang baru?

4) Kehendak Semak pula mana-mana perkara yang anda ingin lakukan namun belum berkesempatan. Contohnya, bercuti ke destinasi pelancongan popular atau memiliki komputer bimbit yang baru dan canggih. Jika tiada tanggungan lain, wang bonus yang diperoleh nanti bolehlah digunakan untuk mana-mana kehendak yang sekian lama dipendam ini.

5) Simpan Alangkah baiknya jika anda dapat mendisiplinkan diri dengan menyimpan jumlah ganjaran bonus yang diperoleh itu setiap tahun. Kepuasan menyimpannya akan anda peroleh selepas sesuatu tempoh dan ia sudah pasti berbaloi. Wang berkenaan dapat digunakan untuk banyak perkara yang anda boleh fikirkan nanti atau boleh juga digunakan di saat kecemasan. Apapun, pastikan anda memilih institusi kewangan yang memberi keuntungan kepada simpanan anda itu.

6) Anak-anak pada yang sudah berkeluarga, masa depan anak-anak seharusnya menjadi keutamaan anda sebagai ibu atau bapa. Kini, terdapat pelbagai skim pelaburan yang disediakan khusus untuk menjamin masa depan dan pelajaran anak-anak. Siapa tahu, wang yang dilaburkan sekarang ini dapat meringankan beban anda di masa akan datang.

7) Gembira Apa pun keputusan yang anda lakukan, pastikan anda gembira melaksanakannya kerana nyata, apa yang digunakan itu adalah hasil titik-peluh anda selama ini.

Test Untuk Kenali Peribadi Anda

Try this out! What you have to do is only to draw a view,
only a simple one, and no need to colour.

Ok, here's how this psycological game goes ...
BUT BEFORE THAT , I WOULD LIKE TO REMIND YOU ,
THAT YOU HAVE TO DRAW A SCENERY WITH ALL T
HESE 'THINGS' THAT YOU HAVE TO DRAW ...

OK, FOLLOW MY INSTRUCTIONS!
1. Lukis gunung. ( it doesn't matter, how high, or how many you want to draw, or how it looks like ).
2. Lukis matahari. ( tak kisahlah nak lukis macam mana )
3. Lukis sungai.
4.Kemudian lukis batu ( anywhere you want to put it, or how many you wanna draw )
5.Then, lukis sawah padi.
6. Then, lukis rumah.
7. Hmm... kemudian lukis pokok (letaklah kat mana pun) .
8. After that, lukis bunga ( nak lukis sekuntum-sekuntum ke, setangkai-setangkai ke, atas rumah ke, bawah rumah ke, terpulang ! )
9. Kemudian lukis burung ( terpulang nak lukis banyak mana ) .
10. Akhir sekali, lukis ular ( seekor saja ye ! Letaklah kat mana-mana pun )

Penjelasannya,
JOM KITA LIHAT APA TAFSIRAN LUKISAN ANDA !!!
1. Gunung melambangkan cita-cita dan impian anda. Setinggi mana gunung yang anda lukis, setinggi itulah impian dam matlamat, dan cita-cita anda !
2. Adakah matahari anda bersembunyi di sebalik gunung? Jika begitu anda seorang
yang pemalu dan kurang berani berhadapan dengan orang ramai! Jika sebaliknya ,
tahniah ... kerana anda berani menyarakan pendapat, dan berani bersemuka dengan
sesiapa pun . ( tapi janganlah over-over ye ! )
3. Ok, sungai . Sekiranya anda melukis sungai dari puncak gunung, bermakna ,ia pabila anda ditimpa sebarang masalah, anda akan mengkaji apakah sebenarnya punca masalah anda itu. Ringkasnya, anda seorang yang teliti.
4. Jika batu yang anda lukis, di dalam sungai, ini bermakna anda seorang yang emosional! hehe.. relak lah... dan jika sebaliknya, andalah penyeri seluruh alam!
5. Jika sawah padi anda nampak luas dalam lukisan, ini bermakna anda seorang yang berpandangan jauh.
6. Rumah yang anda lukis melambangkan diri anda sendiri! Sekiranya rumah anda nampak ... well... kurang elok, so, muhasabahlah diri anda ok? good luck!
7. Apabila anda melukis pokok lebih tinggi dari rumah, ini bermaksud, anda seorang yang sangat pentingkan keluarga!
8. Sekiranya anda melukis bunga, setangkai demi setangkai, dan bukannya
sekuntum-sekuntum, anda seorang yang setia!
9. Ok, jika anda melukis burung lebih dari 4 ekor, ini bermakna anda ialah seorang yang mementingkan persahabatan .
10. And finally, ular . Itulah jodoh anda!!! Jika ular yang anda lukis berdekatan dengan rumah yang anda lukis tadi, ini bermakna, jodoh anda berada dekat dengan anda ?
Jadi, hehe... siapakah dia?
Selamat mengenali Diri anda.

Wednesday, December 12, 2007

Belailah anak anda buang perasaan takut

TERDAPAT beberapa jenis ketakutan yang dialami anak anda. Untuk itu, sebagai ibu bapa anda harus bijak mengendalikan masalah anak ini supaya ketakutan itu tidak berpanjangan.

1. Takut berpisah.
Anak cemas berpisah dengan orang terdekat dengannya terutama ibu bapa. Dia tidak semestinya ibu kandung sebaliknya kakak, nenek, ayah atau siapa saja.

Cara mengatasinya: Jelaskan pada si kecil, mengapa ibu harus pergi atau bekerja. Begitu juga penjelasan mengenai waktu meskipun belum mengerti sepenuhnya berdasarkan usianya.

2. Takut masuk ‘sekolah’.
Bukan mudah melepaskan anak di tadika atau sekolah. Mereka harus beradaptasi dengan lingkungan barunya sedangkan ada sesetengah orang tua tidak rela melepas anaknya ke sekolah kerana bimbang anaknya terjatuh ketika bermain.

Cara Mengatasi: Orang tua perlu menghantar anak ke ‘sekolah’ kerana ibu bapa atau sekolah harus bijak menarik perhatian anak.

3. Takut pada orang asing.
Pada usia awal, anak memang enggan dekat dengan orang tak dikenali. Namun, pada usia lapan hingga sembilan bulan, ketakutan itu akan hilang secara berperingkat. Ini normal kerana anak hanya mengenali orang terdekat, contohnya, ibu bapanya. Rasa takut pada orang asing beransur hilang apabila anak cukup pengetahuan untuk menyedari orang asing bukanlah ancaman baginya.

4. Takut pada doktor.
Mungkin si anak pernah mengalami pengalaman buruk seperti disuntik, anak jadi takut pada hal tertentu. Bahkan ada kalangan ibu bapa ‘mengancam’ setiap kali anak nakal lalu mengatakan; ‘Nanti disuntik doktor’ menyebabkan anak fobia.

Cara mengatasi: Izinkan anak membawa benda atau mainan kesayangannya ketika berjumpa doktor sehingga dia rasa aman. Biarkan anak menjalani rawatan doktor bersama boneka sebagai pesakit.

5. Takut hantu.
"Hi, di situ ada hantu. Jangan main di situ!" Kata-kata itu sering menakutkan si anak walaupun secara mental dan fizikal kanak-kanak belum tahu mengenai hantu.

Cara Mengatasi: Jauhkan anak dari menonton cerita hantu. Orang dewasa jangan sekali-kali menakut-nakutkan anak untuk kepentingan diri sendiri.

6. Takut gelap.
Kanak-kanak tidak suka suasana persekitaran yang gelap. Takut pada gelap boleh mengundang ketakutan terutama jika si anak pernah dihukum berkurung di bilik gelap.

Cara mengatasi: Ketika tidur malam, jangan biarkan biliknya gelap gelita. Paling tidak, biarkan lampu tidur yang redup menyala. Cara lain, biarkan boneka atau benda kesayangan menemaninya, seolah-olah penjaganya.

Usah gaduh depan anak

ADA kalangan anak-anak suka mengeluarkan perkataan agak kasar dan celupar sehingga membuatkan ibu bapa malu bahkan tersinggung apatah lagi jika dituturkan di khalayak ramai.

Secara tidak langsung, ini memberi gambaran ibu bapa kurang memberi didikan moral kepada anak sehingga menyebabkan si kecil boleh mengeluarkan perkataan sedemikian. Mungkin ada ibu bapa yang mengambil tindakan drastik seperti mencubit atau merotan dengan niat mahu memberi amaran supaya si anak tidak mengulangi perbuatan itu. Bagaimanapun, bagi si anak, tindakan keras ibu bapa dianggap tidak bertimbang rasa dan kejam sehingga ada ibu bapa yang diancam dengan sumpah seranah.

Rentetan dari itu, segelintir anak yang mendapat teguran atau dimarahi itu cuba mengelakkan diri daripada melakukan kerja yang disuruh oleh ibu bapa kononnya mahu memberontak terhadap tindakan kasar ibu bapa.

Justeru, bagi ibu bapa, apa yang harus dilakukan kerana trend anak zaman sekarang berbeza berbanding kanak-kanak dahulu? Pensyarah Pendidikan Islam dan Moral, Kuala Lumpur Infrastructure Universiy College (KLIUC), Ustaz Azman Ahmad, berkata anak-anak yang mempamer tingkah laku sedemikian boleh dielakkan jika ibu bapa bijak mengawal mereka. “Tingkah laku anak yang mengeluarkan kata-kata celupar mungkin disebabkan pengaruh keturunan atau terpengaruh dengan ibu bapa sendiri yang gemar mengeluarkan kata-kata sedemikian. “Misalnya jika berlaku pertengkaran antara suami isteri, ibu atau bapa mengeluarkan kata-kata celupar dan tidak menyenangkan menyebabkan anak-anak meniru perbuatan itu. “Kanak-kanak memang suka meniru sehingga kadang kala menjadi kebiasaan. “Justeru, ibu bapa perlu berhati-hati dan jangan mengeluarkan kata-kata celupar atau mencarut apabila bertengkar jika tidak mahu anak-anak meniru perbuatan mereka,” katanya.

Beliau yang juga pemilik Smartmind Resourses, sebuah konsultan dan motivasi berkaitan keibubapaan dan keagamaan, berkata dalam banyak keadaan ibu bapa bersalah kerana gagal membentuk keperibadian murni anak. Menurutnya, ibu bapa perlu menunjukkan teladan baik di hadapan anak dengan memberi contoh terpuji supaya anak tidak berani mengeluarkan perkataan yang menjatuhkan moral. Mereka juga perlu diajar membezakan tingkah laku baik dan buruk kerana pemikiran anak belum mencapai kematangan. Ibu bapa perlu menyediakan beberapa contoh bagi mendapat gambaran yang lebih jelas.Azman berkata, jika mahu membentuk tingkah laku anak, ia perlu dilakukan ketika kecil. Sebagai orang tua, mereka idola anak sama ada tingkah laku atau perbuatan, justeru apabila mahu melakukan sesuatu berfikir dua kali sama ada ia boleh memudaratkan si anak.

“Jika mahu melentur buluh, biar masa rebungnya kerana apabila menjadi buluh, memang susah apatah anak-anak zaman siber memang mudah mengikut perbuatan yang negatif. “Saya menasihatkan ibu bapa mempamerkan sikap yang terpuji kerana jika mereka meniru perbuatan baik orang tua, masalah mengeluarkan perkataan celupar atau mencarut tidak timbul,” katanya.

ITP Naik mulai Januari 2008

Mengikut SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 16 TAHUN 2007
kadar baru ITP bagi

Gred 43 dan 44 ialah RM 400 dan
Gred 41 dan 42 ialah RM 250
Berkuatkuasa 01 Januari 2008

Ada Beza?


Tentu anda kenal petai, tapi kenalkah anda pada kedaung.
Ia sama seperti petai tapi ada perbezaan .
Antaranya ialah...
1. Kedaung saiznya lebih panjang daripada petai biasa.
2. Ketebalan kulitnya lebih tebal daripada kulit petai biasa.
3. Matanya lebih besar daripada petai biasa.
4. Rasanya lebih maung(pahit) daripada petai biasa.
5. Kedaung jarang digunakan dalam masakan.
6. Kedaung boleh didapati di dalam hutan.
P/S: Jangan terkeliru ketika membeli petai....

Tuesday, December 11, 2007

MOHON SUMBANGAN

Terima Kasih Di Atas Sumbangan Rakan2 Blog

Cadangan Penggunaan MyKad Untuk Subsidi Minyak

Setelah kenaikan harga minyak dipasaran antarabangsa, kedengaran ura-ura untuk kerajaan menaikan harga petrol dan barangan berasaskan petroleum tahun hadapan. Ekoran itu, timbul desas-desus tentang penstrukturan semula subsidi minyak dan gas yang ditanggung kerajaan untuk rakyat. Pelbagai cadangan dan pandang dilontarkan oleh pelbagai pihak bagi menjamin subsidi diagihkan dengan saksama dan sampai ke matlamatnya.

Satu cadangan yang boleh dipertimbangkan adalah dengan penggunaan MyKad. Dirasakan kerajaan perlu memaksimunkan penggunaan MyKad ini bagi memperluaskan penggunaannya samada untuk pelbagai aplikasi seperti lesen memandu, pasport dan lain-lain lagi sehinggalah kepada pembelian petrol dan diesel di stesen-stesen minyak di seluruh negara.

Sepatutnya dengan kecanggihan MyKad, pemilik kenderaan yang ingin mengisi minyak dipam, perlu memasukkan MyKad pada peranti khas dikiosk dan dari maklumat di MyKad, kerajaan boleh mendapatkan maklumat mengenai pendapatan seseorang seterusnya dapat mengenakan dengan tepat berapa kelayakan subsidi minyak yang tepat berdasarkan peratusan yang ditetapkan sepatutnya diberikan kepada mereka ini.

Mungkin bagi yang berpendapatan tinggi akan menerima kurang subsidi daripada mereka yang berpendapatan kurang. Dengan ini subsidi minyak dapat diagihkan dengan lebih adil dan saksama kepada rakyat mengikut pendapatan dan juga mungkin dipanjangkan kepada jenis kenderaan samada yang diimport atau buatan tempatan.

Monday, December 10, 2007

Apabila Tiada Mood ...

APABILA sindrom `rusa tak ada mata’ (no eye deer - no idea) melanda, buatlah apa pun, diperah, dikerah, `bertapa’, ia tetap tak kunjung tiba. Kering kontang! Ini bukan perkara luar biasa bukan, sama seperti kala kita dilanda perasaan tiada mood. Bila tak ada mood, yang ceria jadi murung, yang suka jadi duka, yang tenang jadi berang. Tak bagus, tak bagus, justeru apa ubatnya? Ada ubatkah? Kalaulah `penyakit’ tak ada mood ini ada ubatnya, saya pasti menjadi antara yang pertama membelinya dan saya pasti juga, terlalu ramai pelanggan menanti di luar sana.

Tapikan, mengapa sebenarnya `penyakit’ ini wujud? Benarkah `penyakit’ ini benar-benar wujud atau ia hanya mainan perasaan manusia, alasan untuk melengah-lengah atau lari daripada tanggungjawab atau keadaan? Bagi pelajar, ini penyakit wajib mereka. Suruh siapkan kerja sekolah, jawapan, tak ada mood. Suruh ulang kaji, tak ada mood. Pendek kata, bab kena belajar, memang memanjang tak ada mood. Cuba suruh tengok televisyen, menghadap game, lepak dengan rakan, terus muncung yang panjang sedepa dek dipaksa belajar tadi, surut, berganti senyum meleret. Bila sudah bekerja, ia antara penyakit wajib juga, bukan? Tak tahulah orang lain, saya selalu sangat tak ada mood tapi tak silap rasanya kalau dikatakan kebanyakan yang bergelar pekerja sering mengalami sindrom tak ada mood ini.

Pagi-pagi masuk kerja dah tak ada mood, tambah pula kalau boss buat hal, `merepek’ pagi-pagi buta. Kerja pula melambak, kena lupakan minum pagi, silap-silap makan tengah hari pun terkorban juga, makin tak baiklah mood. Apa ubatnya? Kerja perlu disiapkan, kalau tidak, boss makin bising, maka buatlah kerja dengan muka 14 (muka masam), muncung sedepa. Mungkin sebab ini jugalah kan ramai kakitangan kaunter, baik di jabatan kerajaan mahupun swasta selalu mencuka bila berdepan dengan pelanggan. Entahlah... Inilah yang selalu berlaku, dia yang bermasalah, kita yang menjadi mangsa. Dia yang tak ada mood, kena marah pula dengan ketua, kita sebagai pelanggan pula yang kena cerca. Tak patut sungguh!!! Mana ada kerja yang tiada dugaan, bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Kalau tak suka kerja di kaunter, layan pelanggan, cari kerja lain. Betul? Kesabaran pastinya bukan kelebihan yang dimiliki semua insan. Mereka yang lebih sabar, kalaupun tiada mood, dilayan sendiri, tidak ditempiaskan pada yang lain. Tapi, yalah, bukan semua orang begitu. Kesabaran juga ada hadnya.

Cuba pergi bercuti. Ini antara satu penawar yang sering cuba saya amalkan tiap kali penyakit tak ada mood ini melanda. Mana tahu, lari sebentar daripada suasana kerja boleh membantu menenangkan jiwa dan mengembalikan kesegaran. Ada ketikanya, strategi ini menjadi tetapi sering kali setiap kali pulang bercuti (termasuklah percutian sambil bekerja), `bateri’ semakin lemah, mood untuk bekerja tetap tiada. Terlintas di fikiran, alangkah seronoknya jika setiap hari dapat begini...relaks, santai, tak payah fikir masalah. Mood untuk bekerja - tiada hinggalah sindrom 'rusa tak ada mata' juga melanda.

Sunday, December 9, 2007

Transkrip Penuh Wawancara RTM Dengan Dr Mohamad Khir

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamad Khir Toyo bercakap panjang lebar mengenai tuntutan kaum India dalam negara, dan kaitannya dengan peristiwa yang berlaku di Kampung Medan, Jalan Klang Lama pada tahun 2001 serta insiden di Kampung Rimba Jaya, Shah Alam baru-baru ini ketika beliau diwawancara dalam program "Bersama Menteri" menerusi RTM1 Sabtu malam. Wawancara itu dikendalikan oleh pengacara Sabaruddin Ahmad Sabri.
Berikut transkrip penuh wawancara itu:

S: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Khir Toyo bersama kita hari ini untuk menjelaskan dua isu. Pada 2001 satu insiden besar iaitu peristiwa di Kg Medan yang berlaku pada masa baru dua bulan menjawat jawatan Menteri Besar. Apa perbezaannya insiden di Kg Medan dan insiden di Kg Rimba Jaya.

MB: Banyak perbezaannya antara dua insiden ini... Sebab insiden di Kg Medan disebabkan oleh perkara-perkara yang telah lama berlaku antara kaum India dan kaum Melayu di situ dan keadaan rumah setinggan yang tidak teratur menyebabkan kedua-dua kelompok itu tidak gembira dan mengambil tindakan dengan tangan sendiri. Disebabkan punca perbalahan ini di Kg Medan ini, kerajaan Selangor melaksanakan program yang mensasarkan Setinggan Sifar di Selangor pada 2005.Melalui program itu keadaan di Kg Medan sudah bertukar... sekarang nampak kawasan perumahan yang lebih teratur dan lebih memberi keuntungan kepada mereka bilamana nampak jelas kadar sosial kaum di situ lebih baik, dan yang lebih penting terdapat peningkatan mendadak kualiti dan pencapaian pendidikan anak-anak di Kg Medan.Ini yang amat memberi semangat kepada Kerajaan negeri Selangor untuk meneruskan usaha mencapai sasaran setinggan sifar di Selangor... kini 97 peratus perumahan baru setinggan telah diselesaikan, cuma hanya ada 1,000 lebih lagi keluarga yang belum selesai (perpindahan) sebab masalah perundangan yang terpaksa diselesaikan melalui mahkamah. Sebab itu kita meneruskan projek ini.Masalah di Kg Rimba Jaya pula, ramai yang salah faham mengenai tindakan merobohkan kuil di kawasan itu yang dikatakan dilakukan sebelum Deepavali. Sebenarnya kita telah menghentikan perobohan kuil itu sebelum Deepavali lagi dan hanya diteruskan selepas lima hingga enam hari perayaan itu, iaitu pada 15 November 2007.Isu kuil ini ramai tidak faham, saya ingin menjelaskan bahawa tanah ini merupakan tanah milik swasta, yang dimiliki rakan kita dari kaum Cina, Syarikat Ho Hah Development Sdn Bhd pada 1977.Pada 1988, Ho Hah mendapat keputusan mahkamah untuk mengeluarkan setinggan di kawasan ini, termasuk kuil dan bangunan yang lain tanpa sebarang pampasan.Pada 2003, syarikat ini disenarai hitam (kerana bankrap) dan kita cuba selesaikan masalah kerana sebahagian besar setinggan kerap bertanya kepada kerajaan apa akan jadi pada mereka. Masalahnya tanah ini bukan tanah kerajaan, sebaliknya tanah persendirian, maka adalah tidak munasabah jika kerajaan memberikan tanah tersebut kepada mereka dan syarikat itu pula telah dimasuk dalam senarai hitam. Maka kerajaan negeri berbincang dengan beberapa syarikat termasuk PKNS, maka syarikat yang berjaya ialah Kem Rimba Jaya yang menawarkan untuk membeli tanah RM2.5 juta.Tetapi kerajaan negeri juga mensyaratkan jika mahu membeli kawasan tersebut, perlu menyediakan kawasan rumah untuk setinggan yang tinggal di situ, tapak untuk rumah ibadah, dan dua lagi tadika, iaitu tadika KEMAS dan tadika untuk masyarakat India.Mereka juga diwajibkan untuk menyediakan sebuah dewan tempat perhimpunan orang ramai. Syarikat itu bersetuju untuk menyediakan semua keperluan kerana kerajaan negeri amat prihatin dengan mereka yang tinggal di setinggan sebab itu walaupun kerajaan Persekutuan menetapkan bayaran bagi rumah kos rendah RM45,000, kerajaan negeri menurunkannya lagi kepada RM35,000 dan duit perpindahan bayaran sewa untuk dua tahun dan sebagainya.Apabila syarikat setuju dan kita tawarkannya kepada setinggan, ada 1,220 keluarga setinggan yang tinggal di situ, dan ada sebuah surau dan sebuah kuil besar serta dua buah kuil kecil.Apabila telah setuju, kira-kira 800 daripada 1,000 lebih keluarga itu setuju untuk terima, dan mereka ini berpindah ke kawasan perumahan milik kerajaan, rumah pangsa Seksyen 26, Kampung Baru Hicom.Maka mereka tinggal dan sewa terpaksa dibayar oleh syarikat (Kem Rimba Jaya) dan oleh kerajaan negeri. Apabila hendak ambil tindakan pada 2003, kita tidak boleh ambil tindakan kerana mereka ambil tindakan mahkamah, jadi kita tunggu sampai 2005 pun tak boleh lagi. Jadi sewa ini terpaksa dibayar oleh kerajaan dan pihak syarikat.Kemudian pada tahun 2007, kita bawa kes ini kepada Mahkamah Rayuan, dan hakim secara consensus menolak keputusan hakim mahkamah sebelumnya. Dan kita mengambil tindakan sewajarnya dengan berbincang dengan pemilik kuil.Sebenarnya pemilik kuil asal telah setuju kerana kerajaan mengarahkan pihak syarikat untuk menyediakan tapak kuil yang lebih strategik dan juga pampasan akan diberikan sejumlah RM40,000 kepada kuil ini, dan kita ambil tindakan setelah persetujuan dicapai... tetapi kita mendapat tentangan kerana ada orang luar yang menganggu keputusan ini, dan kita menangguhkan perkara ini hingga selepas Deepavali baru kita ambil tindakan.Sebenarnya bukan orang tempatan tetapi orang luar, iaitu anggota-anggota Hindraf (Hindu Rights Action Force) yang telah menguasai kuil ini dan tidak membenarkan sami lama masuk kuil. Ini adalah tindakan yang saya anggap memesongkan fakta dan menyemaikan rasa ketidakpuasan hati di kalangan orang India. Hindraf menghasut orang ramai khasnya orang India untuk mengambil tindakan di luar undang-undang dan menyebabkan sehingga 10 orang anggota penguatkuasa kita dimasukkan ke hospital pada ketika itu.Saya melihat isu ini adalah satu isu tempatan yang telah kita selesaikan tanpa penglibatan Hindraf.Hindraf adalah pertubuhan pelampau Hindu yang telah lama bergerak dan ia bukan sahaja ada di Malaysia, malah di England dan beberapa negara lain... ramai yang tidak tahu. Mereka ini bergerak dan merupakan golongan pelampau yang patut diambil tindakan tegas oleh kerajaan sepertimana tindakan yang diambil ke atas pelampau-pelampau Islam atau yang lain. Mereka yang terlibat dengan pelampau-pelampau itu perlu sedar tindakan itu perlu diambil untuk menjaga keamanan negara.Isu kuil ini tidak timbul kerana ia telah diselesaikan dengan baik, kecuali bila ada pelampau-pelampau ini menghasut orang ramai, maka mereka ini yang mudah emosinya dinaikkan, maka mereka membuat dakwaan. Saya telah membuat penerangan dan mereka ini telah melihat kewajaran tindakan kerajaan.Rumah-rumah kos rendah ini (di Kampung Medan) hampir 90 peratusnya telah siap dan mungkin boleh mula diduduki tahun depan. Jadi ini menunjukkan bahawa kerajaan Selangor tidak pernah menyisihkan mana-mana kaum dan semua keluarga India yang tinggal di kampung ini ditawarkan rumah kos rendah seperti kaum-kaum lain.Jadi tuduhan Hindraf konon berlakunya `etnic cleansing' di Kg Medan, saya hendak jelaskan, saya terlibat secara langsung di sini dan saya berada di kawasan itu daripada pukul 8 malam hingga 6 pagi dan saya pernah duduk di dalam kuil di kawasan itu untuk memastikan orang-orang Islam tidak mengapa-apakan orang India sepanjang malam itu.Saya melihat pada ketika itu, mereka ini dihasut orang tertentu menyebabkan mereka mengambil tindakan di luar dugaan. Dakwaan terdapatnya 100 orang India dibunuh tidak betul, hanya ada beberapa yang cedera dan meninggal, dan orang-orang Melayu juga turut cedera.Malah pada masa saya bertemu dengan orang-orang Melayu yang terlibat dalam pertelagahan di sebelah malamnya, apabila mereka mengatakan akan mengambil tindakan terhadap orang India, saya melarang dan menjelaskan kita ada undang-undang dan perlu mengawal keadaan itu.Alhamdullillah kita dapat mengawalnya dengan baik dan punca perbalahan itu dapat diselesaikan dan kini kawasan perumahan di Kg Medan jauh lebih baik sebab kerajaan pro-aktif dan cuba menyelesaikan masalah yang timbul. Tiada satu keluarga pun dari kaum India dipindahkan dari Kg Medan dan kini akhirnya mereka hidup dengan lebih selesa berbanding sebelumnya.

S: Dalam isu ini maksudnya ramai yang terkeliru... Tetapi sejauh mana kebenaran dakwaan bahawa di Selangor jumlah kuil melebihi jumlah penduduk kaum India yang menyebabkan kaum-kaum lain merasa tidak senang hati?(Visual pecahan rumah ibadat mengikut agama di Selangor)1. Islam - 1,3662. Buddha - 1,0153. Hindu - 8104. Kristian - 27

MB: Melihat statistik jumlah rumah ibadat ini, inikah yang dikatakan kerajaan hari ini tidak memberikan kerjasama kepada agama lain untuk mengamalkan aktiviti keagamaan mereka? Jika kita lihat, daripada kira-kira 4.8 juta penduduk Selangor, 2.5 juta terdiri daripada orang Melayu, ada 358 masjid dan (kira-kira) 1,000 surau, Cina (1.3 juta) ada tokong 1,015, orang India 647,000 ada kuil 810, dan gereja hanya 27 buah bagi kira-kira 50 ribu penganut Kristian.Jika dilihat kadar pembahagian kuil yang melebihi kadar rumah agama lain, menunjukkan kerajaan negeri tidak pernah amal diskriminasi agama.Jika Hindraf kata ini masih tidak adil - ini pembohongan besar sebab jika kita tidak adil kenapa ada 810 kuil di Selangor sendiri. Kita beri peluang kepada mereka (untuk mendirikan rumah ibadah) asalkan mengikut undang-undang, tidak bolehlah bina atas tanah milik persendirian.Berdasarkan statistik ini boleh dilihat betapa kerajaan hari ini cukup toleran, orang Islam wajib bersikap adil bukan hanya kepada orang Islam tetapi juga pada yang bukan Islam, jika tidak, ini tidak amanah.Saya harap rakan-rakan kita kaum India jangan mudah terpengaruh dengan Hindraf, mereka ada agenda sendiri dan saya amat bimbang bila mereka ini dikaitkan dengan LTTE, ini satu perkara yang amat menggerunkan dan menunjukkan mereka ini sah kumpulan pelampau yang perlu diambil tindakan.Jangan kita terhasut dengan pujukan mereka ini, harus diingat kita sudah 50 tahun merdeka dan hidup dalam keadaan baik. Kerajaan Selangor tidak pernah mengabaikan tanggungjawab untuk memberi kemudahan kepada semua kaum termasuk kaum India.Umpamanya kita beri bantuan pendidikan kepada anak-anak orang India yang tercicir, beri duit poket, asrama percuma, ini terbukti beri kejayaan kepada mereka. Kita turut tubuhkan tabung untuk anak-anak pekerja estet di Selangor, ini pun untuk pastikan anak-anak mereka tingkatkan kualiti pengetahuan, di Selangor kita juga beri bantuan kepada rumah ibadah bukan Islam, ini kerana kita bersikap adil kepada semua agama.Hindraf sebenarnya memainkan perasaan oleh kerana ramai daripada kita tidak mengikuti perkembangan, maka mereka tertarik dengan Hindraf dan akhirnya terjebak dalam sebuah pertubuhan pelampau yang sedang dibenteras oleh kerajaan.

S: Demonstrasi baru-baru ini turut melibatkan pekerja-pekerja estet khususnya di Selangor yang tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Apa langkah kerajaan untuk pastikan mereka ini tidak mudah dihasut?

MB: Sebenarnya mereka ini ditawarkan RM1 juta seorang sebab mereka ada tuntut RM3 bilion, bila dengar, mereka berceramah membenci kerajaan dan Umno. Kita telah mengambil langkah untuk terangkan kepada mereka dan harap mereka sedar. Teguran (juga) daripada Tuanku Sultan Selangor yang kecewa dan marah dengan Hindraf yang beri imej buruk kepada negara di dunia.Mereka cuba mendapatkan sokongan daripada luar negara dengan mengatakan kita melaksanakan pembersihan etnik, satu perkara yang saya lihat tidak masuk akal. Jika kita melakukan itu pastilah kita tidak beri bantuan.

S: Pecahan rumah ibadat yang dirobohkan - mengapa tindakan ini dilakukan.(visual pecahan rumah ibadat mengikut agama yang telah dirobohkan)1. Masjid/surau - 162. Kuil - 383. Tokong - 194. Gereja - Tiada

MB: 38 buah kuil yang dirobohkan itu adalah kerana ia dibina di tanah milik persendirian yang menjadi masalah kepada kaum yang lain. Kita meruntuhkan masjid dan surau kebanyakannya kerana untuk membina jalan.Apa yang kita robohkan ini kita berikan tempat yang baru dan ini tindakan yang cukup adil kepada orang ramai. Di Kg Rimba Jaya juga sama, kita alihkan ke tempat yang lebih baik lagi.

S: Itulah antara luahan penduduk Kampung Rimba Jaya... kalau kita lihat mereka sebenarnya tiada masalah, tapi isu ini digembar-gemburkan dan disebarkan secara meluas dan ini menyebabkan imej kita di mata luar nampak seperti kita tidak begitu begitu tolerate.

MB: Ini adalah satu pembohongan yang dibuat oleh mereka yang tidak percayakan negara, sebab itu orang luar perlu datang melawat Malaysia. Tahun ini Tahun Melawat Malaysia, kalau mereka rasa tidak pasti, kita jemput mereka datang. Lihat sendiri bagaimana kita hidup secara aman dan bahagia dengan pelbagai kaum di sini. Sebenarnya kita melihat isu ini dimainkan oleh pihak-pihak tertentu yang ingin mencari kesempatan untuk mereka mempopularkan diri mereka lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya akan datang. Jadi inilah tujuannya. Dan mereka tidak lebih daripada itu. Kalau kita lihat 18 tuntutan Hindraf yang dipohon itu tidak masuk akal. Minta bantuan pendidikan RM20 bilion, compensation (pampasan) RM10 juta dan sebagainya. Sebenarnya perkara ini tidak timbul. Dia hanya cuba untuk menimbulkan kebencian di kalangan rakyat. Politik benci inilah sebenarnya yang membawa kemusnahan kepada negara. Dan ia dimainkan pada hari ini.Ini yang sedang dibuat. Ia bukan sahaja dimainkan di kalangan orang India bahkan orang Melayu pun ada. Saya nak jelaskan jika kita main politik kebencian, sebenarnya tidak ada satu faedah atau kebaikan. Tidak ada sesiapa yang untung. Jika mereka menang, benci tetap ada. Saya amat syukur dengan tindakan (Perdana Menteri) Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang begitu sabar mengambil tindakan supaya ia tidak menimbulkan suasana yang lebih mengeruhkan keadaan. Politik ini dimainkan oleh mereka yang bersikap cauvinis yang sepatutnya tidak boleh diamalkan dalam negara kita. Dan kita harus ingat bahawa suka ataupun tidak, negara ini adalah milik bersama. Milik orang India, Cina dan juga Melayu. Tidak ada sebab untuk kita bergaduh. Perpaduan dan rasa kesetiaan antara kita itu cukup penting. Kalau prejudis antara kita, maka sebenarnya kita menuju ke arah kehancuran. Menentang politik kebencian ini adalah satu kewajipan kepada rakyat Malaysia. Kita sebagai rakyat yang berpendidikan yang terdedah dengan pelbagai teknologi, kita mesti berfikir dahulu apakah yang akan jadi kepada diri, keluarga dan negara kita, jangan kita terikut-ikut dengan kegiatan pelampau yang menggunakan politik kebencian untuk meraih sokongan. Kita fikirkan kita akan sedar dan kita akan jadi orang yang bijak, kerana kita tahu apa yang kita mahu, apa yang kita ingin bina di negara kita pada masa akan datang.

S: Politik kebencian ini amat berbahaya. Jika kita lihat peristiwa 13 Mei yang telah berlaku itu adalah akibat kebencian, kebencian yang bermula akibat satu pihak cuba membuat sesuatu benda yang saya rasa akan menyakitkan hati pihak lain. Di sini ada banyak juga SMS menunjukkan semangat bersatunya kita. Kalau kita perhatikan Selangor ini, amat mudah untuk dikumpulkan orang kerana kebanyakan orang kita berada di sini.

MB: Penyebaran SMS yang tidak bertanggungjawab ini perlu k