Tuesday, December 18, 2007

Penempatan peserta KSPK TMK IPPM 2007


Saya telah berjumpa dengan Cik Azizah di Bahagian Biasiswa pada 17 Dis. 2007. Jam 11.30 pagi. Untuk bertanya mengenai penempatan kita.
Beliau memaklumkan nama telah dihantar ke Bahagian Sekolah.
Oleh sebab terlalu penat nak menapak dan anak demam pula ketika itu. Lantas saya menelefon ke Sektor Sekolah untuk bertanya khabar.
Pegawai yang menjawab (lelaki terlupa nak tanya nama akibat terlalu gembira) memaklumkan nama telah dihantar ke JPN masing2 mengikut ketika kita mohon belajar dulu.

Lantas saya menelefon JPNJ. Tapi malangnya dah setengah jam tak berjawab. Masa2 ini le terpaksa menggunakan khidmat member yang boleh tolong. Tapi dek kerana terpaksa bukannya ambil kesempatan. Akukan jenis tak suka ambik kesempatan. Aku pun telefon kawan baik (Ketua Sektor kat JPNJ) untuk merisik2 apa keputusannya. Almaklum le kerana tak sabar terlupa ketika tu pukul 1.30 pm. time makan.

(Ini utk rakan kat Johor je)
Lebih kurang pukul 2.45 pm aku mendpt berita gembira. (Masa kat klinik Putrajaya masa check anak.) Penempatan ikut sekolah asal. Tiada surat dikeluarkan. Meeting pengurusan jabatan hanya diadakan pada minggu kedua Jan. Kat sini le dia org buat keputusan. Almaklum le tempat kita telah diisi dengan cikgu2 lain.

Bersediakan wahai rakan2 untuk berkhidmat di mana2. Walau bagaimana pun enjoy le dulu kat sekolah lama. Sumbangkan le apa2 ilmu yang banyak dipelajari kat IPPM dulu.

u/p sorry lewat catat kat blog. kereta buat hal le. Nasib baik dah sampai kat Tangkak. Kena g bengkel..
Cikgu Azlan boleh tolong editkan ayat2 di atas. Almaklum le dah lama tak mengarang.

1 Comments:

At December 23, 2007 at 10:31 PM , Blogger ieman5332 said...

assalamualaikum, terima kasih dengan maklumat yang di berikan walaupun saya KSPK IPT kuala lumpur. Cuma Nak tanya, bagaimana pula dengan KSPK yang mintak dipostingkan ke negeri selain daripada negeri asal sebelum berkursusu

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home