Monday, December 3, 2007

Stail Cukuran Hebat : Ingin Tonjolkan Penampilan Berbeza?

Bagi anda yang bermisai dan berjambang, inilah keistimewaannya! Cukuran yang kemas dan berbeza dari biasa adalah rahsianya. Mari kita cipta imej baru untuk menyambut tahun 2008 ini! Seperti aspek penggayaan yang lain, stail cukuran juga berkembang dan sentiasa mengikut trend-trend terkini yang mampu mengubah penampilan seseorang.

Walau bagaimanapun, semua ini bergantung kepada cita rasa anda samada boleh menerimanya sebagai suatu cara untuk menjadikan penampilan lebih bergaya. Stail cukuran yang trendySeperti juga rambut di kepala yang boleh dipotong atau digayakan dengan stail berbeza, rerambut di wajah juga boleh dipotong atau dicukur serta dieksperimentasi bagi mengubah penampilan anda. Hari ini beberapa stail cukuran berkembang atau dengan erti kata lain, menjadi ikutan di sesetengah tempat di dunia. Kadang kala ia menjadi satu kegilaan golongan muda terutama bagi mereka yang cuba mencari personaliti diri baru. Ramai juga lelaki yang menjadikan selebriti idola mereka sebagai rujukan.

Dari gaya rambut, stail cukuran hinggalah ciri-ciri penampilan lain.Sekiranya mana-mana pelakon lelaki terkenal dilihat berjanggut di dalam filem popular, pasti para peminatnya akan mengikut stail pelakon tersebut. Begitu juga walaupun dicukur kemas, pasti stail itu turut menjadi ikutan. Jadi, secara asasnya ia bergantung bagaimana penampilan dan kesesuaian anda menggayakan stail cukuran tersebut. Anda boleh memilih untuk melicinkan wajah tanpa ada rerambut, atau hanya menyimpan misai dan janggut sahaja, atau memilih untuk membiarkan sahaja tumbuh panjang sehingga menjadi jambang. Untuk lebih kemas, anda boleh membentuk goatee di sekitar mulut dan dagu atau anda boleh memberikan sentuhan unik. Semua ini adalah cara anda dan pastinya bakal mengubah penampilan. Asalkan ia bersesuaian dengan identiti dan bentuk wajah anda agar ia kelihatan menarik lagi bergaya.

5 Tip bercukur
5 tip yang perlu anda ikut ketika bercukur. Ia bukan sahaja membantu anda bercukur dengan mudah mengikut stail yang diingini tetapi juga dapat mengelak daripada kulit terluka atau terhiris.
1. Elak bercukur di awal pagi.
2. Gunakan pencuci wajah untuk menanggalkan sel kulit mati dan membuka liang-liang pori kulit. Tujuannya adalah untuk cukuran lebih kemas dan licin.
3. Basahkan rerambut di wajah menggunakan air suam sebelum bercukur.
4. Gunakan krim pencukur berasaskan vitamin dan Aloe Vera. Ia dapat melembut dan menyuburkan serta melindungi kulit dari berlakunya keradangan selepas bercukur.
5. Gunakan pencukur yang bermata pisau tajam.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home