Saturday, December 1, 2007

PERNAHKAH terfikir batu perhiasan boleh membantu merawat penyakit?

Pada saat mengharap kasih berpanjangan, tiba-tiba dikejutkan dengan berita orang tersayang berlaku curang. Tentu hati bagaikan dihiris belati paling tajam. Ketika sakit dan tertekan, hormon pula semakin tidak keruan. Kemudian, disuakan dengan teknik pengubatan ada jenis batu perhiasan yang membantu menghilangkan kesakitan.
Bagi mereka yang hanya bersandarkan bukti dan teknik pengubatan moden, apabila sakit pastinya akan bertemu doktor untuk memastikan kesahihan penyakit.
Namun, kaedah alternatif dalam perubatan turut meletakkan aspek seperti batu permata, getaran dan warna sama ada medan tenaga elektromagnet (aura) mahupun asas cakra yang ada pengaruh tersendiri dalam merawat penyakit manusia.Pemilik syarikat Crystopea Avenue (CA), Zainah Darus, berkata batu permata ada pengaruh tersendiri kepada manusia selain kaedah perawatan berkesan.“Setiap orang ada aura tersendiri yang ditaksir menerusi aliran elektromagnet mengikut lawan putaran jam.“Aura ada tujuh pintu tenaga yang diwakili warna pelangi dalam badan kita dan dikenali sebagai cakra. “Atas rasa ingin membantu, saya menjual gelang, rantai atau apa saja berkaitan perhiasan untuk membantu mereka yang bermasalah,” katanya.Bentuk gelang yang menarik dengan pelbagai pilihan jenis batu permata seperti amber, akik, kecubung, carnelion, jed, kristal dan peridot berfungsi membantu dalam pelbagai penyakit.Ini termasuk tekanan, darah tinggi serta menghilang ketakutan selain menjauhkan tenaga negatif daripada badan.
Menurutnya, untuk mereka yang ingin meningkatkan keyakinan diri dalam berkomunikasi, batu permata seperti itu turut dibentuk demi memenuhi permintaan orang ramai.“Kami canaikannya dalam pelbagai bentuk dan saiz. Tujuannya memberi pilihan yang pelbagai kepada pengguna.“Pilih mengikut kesesuaian diri dan tujuan pemakaian. Untuk memenuhi hasrat itu, saya akan melihat aura seseorang itu sama ada ia sesuai untuk dipakai oleh mereka atau sebaliknya,” katanya.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home