Tuesday, December 4, 2007

Mumia paling lengkap bongkar rahsia dinosaur

Salah satu daripada mumia dinosaur paling lengkap ditemui mula membongkar rahsia berjuta tahun dan memberi peluang kepada penyelidik menelitinya dengan lebih dekat lagi, seperti memerhatikan spesimen yang masih hidup. Fosil hadrosaur itu yang ditemui di Amerika Syarikat dipelihara secara semula jadi dengan sempurna memberi peluang kepada saintis mengira jisim ototnya dan kini mengetahui dinosaur berparuh seperti burung itu ada lebih banyak otot daripada yang dijangka sebelum ini, dan memberinya keupayaan untuk berlari lebih pantas daripada tyrannosaurus rex. Walaupun digelar mumia, dinosaur itu tidak dipelihara seperti mumia di Mesir.
Badan haiwan itu menjadi fosil dalam batu. Tidak seperti penemuan sebelum ini yang kebanyakannya adalah tulang dinosaur, spesimen hadrosaur itu ada kulit, ligamen, tendon dan kemungkinan organ dalaman, kata penyelidik. Penyelidikan terhadapnya belum lengkap lagi tetapi saintis menganggarkan berat dinosaur itu ialah 3.18 tan dan panjang sehingga 12.19 meter.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home