Sunday, December 23, 2007

C . I . N . T . A

Tuhan memberikan kita sepasang kaki untuk berjalan, sepasang tangan untuk memegang, sepasang telinga untuk mendengar dan sepasang mata untuk melihat tetapi kenapa tuhan menganugerahkan hanya sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.

Itulah namanya C.I.N.T.A
Jika kita mencintai seseorang kita akan sentiasa mendoakan beliau walaupun dia tidak berada di sisi kita. Adakala mungkin tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus berterimakasih atas kurniaanNya itu.
Jangan menolak cinta atau melarikan cinta bila ianya berada di hadapan kamu! Cinta dapat mengubat yang pahit menjadi manis, debu beralih emas, sakit menjadi sembuh, derita menjadi nikmat, kemarahan menjadi rahmat. Amat menyakitkan jika kamu mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.Kadangkala kala kita tidak menghargai cinta sehinggalah apabila ianya hilang dari kamu. Tika itu sesalan tiada gunanya kerana perginya takkan berpatah kembali kepadamu. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.Jangan ucapkan cinta jika kamu tidak mengambil kesah tentangnya dan tak usah menyebut tentang perasaan jika ianya tiada di hatimu. Begitulah indahnya dilamun cinta namun ianya juga menjadikan yang sihat menjadi sakit, yang gemuk menjadi kurus, yang normal menjadi gila, yang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cinta itu disambut oleh para pencinta palsu.
Itulah C.I.N.T.A

1 Comments:

At December 24, 2007 at 2:09 AM , Blogger azlanlin said...

Ermmm..menarik juga n3 saudara...

Bagi Wanita:
Sememangnya memiliki sekeping hati untuk urg yang berjaya memilikinya. Secara tulus dan ikhlas pemberiannya tanpa berbelah
bagi.


Bagi Lelaki:
Walaupun lelaki memiliki sekeping hati, sepenuh kasing sayang akan dilimpahkan kepada isteri yang tersayang. Namun, bagaimana pula kasih-sayang yang mencurah-curah? Mengapa dibazirkan?

Ada baiknya diagihkan kepada wanita yang ketandusan kasih-sayang sama ada untuk yang kedua, ketiga dan keempat?
Sebab itulah, lelaki dibolehkan memiliki 4 keping hati sekali gus...


APA PANDANGAN SAUDARA?

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home