Sayangkan suami, Isteri sanggup pinang madu sendiri!
Tanyakan pada mana-mana wanita, sebahagian besar akan menjawab bahawa mereka tidak sanggup dimadukan. Walaupun berpoligami adalah sesuatu yang dibenarkan oleh agama, namun naluri seorang wanita pasti akan tersayat dan dirobek apabila perkara tersebut berlaku ke atas dirinya.
Jika bermadu pun wanita tidak sanggup, apatah lagi jika hendak meminang bakal madunya sendiri. Mungkin ada yang menganggap hanya orang `gila’ atau yang ada masalah sahaja sanggup berbuat demikian.
Namun tidak semuanya wanita berfikiran sedemikian. Ada wanita yang terus terang mengakui dia bukan sahaja rela dimadu, tetapi juga sanggup meminangkan isteri baru untuk suaminya.
Apakah tindakan ini dilakukan kerana mereka terpaksa atau memang ikhlas dari lubuk hati, ia terletak pada alasan mengapa perkara itu dilakukan ?.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home