Cerita-cerita yang anda perlu tahu
cerita 1 :
Seorang pegawai polis bernama Zuri masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
ASP Zuri : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
ASP Zuri : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya.
Pendokong watak lelaki 1 ialah Azlan, lelaki 2 ialah Din dan lelaki 3 ialah Kelana serta penjaga ialah pelakon yang diimport dari London iaitu sdra Yusof. Kesemua mereka ini telah menjalani latihan di Akademik TV3 dan rehearsal telah dibuat di Tanjung Rambutan dengan kerjasama RTM Dunia Di bawah bimbingan penerbit yang tidak asing lagi Sdra Zuraimi.
Cerita 2:
Seorang TokNabe membawa cucunya, Yusri ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
Yusri: Atok buat apa tu?
TokNabe: Atok bagi surat kat kawan atok,cu!
Yusri: Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?
TokNabe: ????? (Sah budak ni tak pi tuisyen...jenis slow cucu aku ni macam aku gak!Bukan salah ibu mengandung...)
Cerita 3:
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Budin terpandang Azlan sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati...
Budin : Lan, kenapa menangis?
Azlan : Saya datang untuk ujian darah.
Budin : Awak takut ke?
Azlan : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Azlan, Budin menangis.)
Azlan : Eh, kenapa pula awak menangis?
Budin : Saya datang untuk ujian air kencing...
Cerita 4:
Azani pergi ke klinik mata Dr. Siti. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya:
Azani : Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca cam orang lain?
Dr Siti : Dah tentu....
Azani : Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca.
Cerita 5:
Abang : Kenapa Sayang menangis?
Sayang: Saya telah baca sebuah buku.
Abang : Buku apa?
Sayang: Buku bank abanglah..
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home