Wednesday, December 5, 2007

Bantulah cari "Gadis OKU lesap 12 hari dilarikan Mat Rempit"

Seorang bapa tidak senang duduk sejak 12 hari lalu apabila anak perempuannya yang baru berusia 14 tahun hilang, dipercayai dilarikan seorang 'Mat Rempit' ketika dia bersama keluarganya berehat di rumah mereka di Selayang Baru, Batu Caves, dekat sini. Nur Fatihah Azli yang disahkan menghidap penyakit lembam atau disleksia itu bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kiara Mas, Jalan Duta di sini, dikatakan 'lesap' bersama seorang lelaki yang menaiki sebuah motosikal jenis RXZ kira-kira jam 6.15 petang, 24 November lalu.
Usaha menjejakinya dilakukan sejak dia menghilang tetapi hingga kini gagal walaupun laporan dibuat di Balai Polis Selayang, sehari selepas kejadian. Menurut bapanya, Azli Daud, 37, seorang kakitangan swasta, dia dan isteri, Noor Azlawati Saripin, 32, bimbang apabila anak sulung mereka hilang selepas puas mencarinya di sekitar kawasan rumah.
"Saya bertambah bingung apabila jiran memberitahu terlihat Nur Fatihah menaiki motosikal berhampiran rumah yang ditunggang seorang remaja lelaki," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Katanya, anaknya yang dikategorikan Orang Kurang Upaya (OKU) itu, mempunyai fizikal yang jauh lebih matang daripada usia sebenar namun mempunyai pemikiran kanak-kanak. "Dia bukan remaja biasa kerana disahkan menghidap penyakit lembam atau disleksia, yang mempunyai pemikiran seperti kanak-kanak. "Risau rasanya jika lelaki terbabit memanipulasi Nur Fatihah dengan melakukan perkara buruk kerana dia tidak tahu apa-apa selain keseronokan untuk berkawan," katanya.
Sesiapa yang mengetahui Nur Fatihah diharap menghubungi Azli di talian 012-3748682.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home