Monday, December 3, 2007

Awas, Batu hempedu boleh menyerang dalam senyap...

Anda mungkin mempunyai seketul batu atau beratus-ratus ketul batu hempedu di dalam tubuh anda. Seperti kebanyakan orang yang pernah menghidap penyakit batu hempedu, anda juga boleh mengalaminya tanpa anda sedar kerana ia boleh hadir tanpa sebarang simptom. Jika anda seorang wanita yang berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai tubuh yang agak berisi, kebarangkalian untuk menghidapi penyakit batu hempedu ini agak tinggi.
Hati adalah umpama sebuah kilang kimia dalam tubuh manusia. Hati menghasilkan sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolesterol dan bahan-bahan kimia lain. Cecair pekat ini disimpan di dalam pundi hempedu sehingga ia diperlukan untuk mencerna lemak di bahagian usus kecil kita. Apabila makan, pundi hempedu kita akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik (saluran) dan memasuki duktus hempedu biasa.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home