7 aturan asas ketika hubungan seksual
Sebabnya ada ramai pasangan khususnya yang baru berumah tangga masih mentah dalam soal ini. Banyak perkara yang tidak boleh dilakukan ketika berhubungan intim masih belum diketahui walaupun ia sebenarnya aturan yang paling asas. Berikut adalah tujuh daripadanya. Jangan sesekali melakukan perkara ini.
1. Tidak memberus gigi.
Ini sebenarnya adalah yang paling asas sekali. Melihat mereka yang tidak bersih giginya anda boleh kegelian begitulah juga perasaan pasangan jika anda melakukan perkara yang sama. Mana mungkin memberikan kucupan mesra kalau terbayang gigi yang kotor dan terlekat pula sisa makanan di celahnya. Jadi sebelum berhubungan intim perhatikan aspek kebersihan ini. Pastikan mulut dan gigi anda bersih. Selain itu perhatikan juga bau nafas anda. Bagi suami yang kaki merokok, berkumurlah dulu sebelum bersama dengan isteri. Sebabnya ramai wanita yang tidak tahan dengan bau asap nikotin yang terlekat pada badan dan mulut anda.
2. Jangan tunda buang air kecil.
Sering kali berlaku, ketika pasangan menarik tangan untuk berhubungan intim, ada yang terasa seperti hendak membuang air kecil. Meskipun sedang dirayu hebat oleh pasangan tapi sebaiknya janganlah menunda keinginan yang satu ini. Sebabnya ia pasti mengganggu tumpuan anda ketika bersama dengan pasangan. Kalau tidur pun boleh terganggu jika terasa hendak membuang air kecil apatah lagi tatkala anda sedang melakukan hubungan seks. Kecualilah jika keinginan itu datang setelah selesai bersama dengan pasangan.
3. Menolak posisi baru.
Biarpun pasangan mengajak anda mencuba posisi yang pada anda kelihatan aneh tapi janganlah ditolak mentah-mentah. Tak salah anda mencuba selagi ianya tidak bertentangan dengan hukum agama. Mana tahu ia bakal memberikan sensasi yang lebih. Setelah dicuba dan nyata anda tidak selesa, luahkan pada pasangan. Sekurang-kurangnya pada masa hadapan aksi yang itu tidak lagi diulang.
4. Menuduh suami tidak ‘kuat’.
Perkara yang ini memang akan membuatkan suami tersinggung. Walaupun lelaki dikatakan sentiasa dahagakan seks tapi ada masanya mereka tidak bersedia untuk melakukan hubungan intim ini. Tidak bersedia ini tidak bermakna mereka hilang kekuatan atau punya masalah dengan seks. Sama seperti wanita, lelaki juga akan sukar terangsang jika punya masalah, kepenatan dan banyak lagi. Sekiranya suami mengalami situasi ini maka sebaiknya tunda dulu hubungan seks.
5. Pura-pura puas.
Demi menjaga hati suami, ramai isteri berpura-pura puas menikmati seks walaupun hakikat sebenarnya tidak. Tahukah anda kenapa perkara ini wajar dielak? Sebabnya kalau anda berpura-pura puas atau orgasme, suami tidak akan belajar cara memuaskan diri isterinya. Dia akan berfikir dengan usaha yang dilakukan itu, anda sudah pun puas walhal sebenarnya ia masih jauh dari apa yang anda inginkan. Akhirnya anda sebagai isteri juga yang rugi. Sebaiknya jujur saja dengan pasangan kalau anda tidak puas, begitu juga kalau anda puas menikmatinya.
6. Letakkan foto mentua dalam bilik.
Ia mungkin untuk gurauan tapi ada yang terasa terganggu atau tidak tenang dengan tindakan ini. Apatah lagi jika hubungan dengan mentua tidak berjalan dengan lancar. Aktiviti seks memerlukan suasana tenang supaya anda dapat menikmatinya. Bayangkan sedang asyik bercumbu mesra tiba-tiba terpandang potret mentua yang seperti tersenyum sinis. Sudah pasti ‘potong stim’ dibuatnya. Jadi hindarilah apa saja yang boleh membuatkan fikiran anda tegang, risau termasuklah yang satu ini.
7. Elak seks ketika haid.
Ini memang tidak boleh! Sudah termaktub dalam hukum agama sendiri. Ada sebab mengapa ia tidak dibolehkan. Selain tidak selesa ia juga tidak sihat. Sebabnya ketika haid, cairan pencegah jangkitan yang dihasilkan semula jadi oleh vagina diganti oleh darah. Sebarang kemasukan pada alat sulit wanita itu juga akan menyebabkan aliran darah haid berbalik dan menimbulkan infeksi pada rongga pinggul. Walaupun pasangan begitu menginginkan seks ketika ini, mintalah dirinya bertahan. Bertegaslah sedikit dengan suami.
1 Comments:
Tidak memberus gigi sebenaqnya menambah perisa.Kalau tidak kuat minumlah legenda nescefe."Kuat la pulok"...
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home